CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8156|Reply: 22

Gadis Pengantin Yang Disumpah

  [Copy link]
Post time 27-8-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Patung yang memakai pakaian pengantin di sebuah butik di bandar Chihuahua di utara Mexico bukan sebarangan patung!

Teori yang berlegar sejak dulu, La Pascualita sebenarnya bukanlah sekadar patung. Kononnya, La Pascualita berasal daripada tubuh seorang gadis yang telah diawet menjadi patung!

Ada juga yang menggelarnya sebagai pengantin yang mati akibat disumpah!

Pada bulan Mac 1930, pertama kali patung La Pascualita dipertontonkan kepada umum disebalik kaca butik tersebut.

Sebaik diletakkan disebalik cermin, patung yang didandan dengan pakaian pengantin ini cukup mudah menarik perhatian mata pengunjung yang lalu lalang di situ.

Ramai yang memuji La Pascualita dan dianggap sebagai manekuin terbaik pada kualitinya pada zaman itu.

Raut wajah yang cantik mempesona, bola mata yang bulat dan galak serta kulit wajah yang cantik kemerahan, membuatkan mata yang memandang tidak lekang untuk terus melihat La Pascualita.

Bagaikan ada kuasa magnet yang menarik mata pengunjung untuk terus memerhatikan susuk tubuh patung ini.

Warga kota Chihuahua merasakan ada suatu kelainan pada menekuin La Pascualita. Memandang patung itu bagaikan melihat seorang gadis hidup, yang mempunyai jiwa.

Banyak ciri-ciri manusia terlihat pada patung ini. Rambut, raut wajah, kulit, malah kukunya tampak seperti manusia sebenar.

Apabila diamati, penduduk mendapati wajah La Pascualita mirip dengan wajah Pascualita Esparza, pemilik butik itu pada zaman berkenaan.

Maka, tersebarlah khabar angin yang mengaitkan patung itu dengan anak pemilik butik tersebut.

Penduduk mula percaya, manekuin La Pascualita adalah anak gadis Esparza yang telah menemui ajal akibat digigit labah-labah beracun pada hari perkahwinannya.

Esparza dituduh mengawet mayat anak gadisnya, lalu dipakaikan pakaian pengantin pada hari perkahwinan tersebut. Setelah itu, patung mayat anak gadisnya itu ditayangkan disebalik cermin butik tersebut.

Ketika khabar angin itu hebat diperkatakan, Esparza telah tampil menafikan dakwaan penduduk. Namun, tindakannya sudah terlambat. Tiada siapa yang percaya dengan penafiannya.

Dari sudut positif, khabar angin itu berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Bukan warga tempatan sahaja, malah pelancong dari luar termasuk para pengkaji sanggup datang untuk menyaksikan sendiri keanehan La Pascualita.

Kononnya, anak matanya boleh bergerak.

Ini kerana manekuin berpakaian pengantin ini turut diiringi dengan pelbagai kisah seram. Kononnya, anak mata patung ini boleh bergerak-gerak, mengikuti gerak langkah pengunjung didalam butik berkenaan.

Ada yang mengatakan posisi patung ini sering berubah-ubah daripada posisi asal. Kononnya, La Pascualita akan 'hidup' dan bergerak-gerak terutamanya pada waktu malam.

Namun, apa yang lebih menggemparkan, sejak tahun 70an, kulitnya yang kelihatan seperti 'hidup' terutama pada jari-jemari dan tangannya. Garisan tapak tangan dan kukunya kelihatan betul-betul seperti manusia.

Bahkan, pada kakinya juga kelihatan garisan varises atau urat nadi yang timbul, menguatkan lagi kepercayaan bahawa La Pascualita pada asalnya adalah seorang manusia!

Kuku dan garisan jari-jemarinya tampak hidup.

Bagaimanapun, kajian yang dijalankan sebuah muzium menafikan dakwaan itu. Ini kerana mustahil seseorang itu mampu mengawetkan mayat manusia dengan bentuk yang amat sempurna.

Ditambah pula dengan kulitnya yang mulus seperti porselin walaupun sudah berusia puluhan tahun.

Namun, penafian itu tidak berjaya mengekang kepercayaan pengunjung. Semakin ramai yang datang, bukan sekadar memerhati malah turut merenung berjam-jam lamanya ke arah patung itu.

Jawapannya tetap sama, mereka percaya La Pascualita berasal daripada seorang manusia!

Anda percaya?

Credit: SentiasaPanas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar yang tengah tu Pascualita sebenar ke TT? Kalau ya, berbeza wajahnya dengan wajah mannequin tu. Mannequin tu memang lawa. Tapi seram pulak baca matanya boleh bergerak mengikut siapa yang memandangnya dan posisi juga beralih bila malam (walaupun tak pasti benar atau hanya rumour)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2019 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 27-8-2019 09:43 PM
Gambar yang tengah tu Pascualita sebenar ke TT? Kalau ya, berbeza wajahnya dengan wajah mannequin tu ...

Fox, gmbr tgh tu ialah Pascuala Esparza, pemilik asal butik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 09:40 AM | Show all posts
mate die scary kot..cm sme je bentuk ngan pemilik die.. btol kot anak die..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
grizz replied at 28-8-2019 09:40 AM
mate die scary kot..cm sme je bentuk ngan pemilik die.. btol kot anak die..

Kan..ade iras2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 11:24 AM | Show all posts
grizz replied at 28-8-2019 09:40 AM
mate die scary kot..cm sme je bentuk ngan pemilik die.. btol kot anak die..

lagi scary tgk emoji uols.

tiba2 ja berjalan masuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2019 11:49 AM | Show all posts
MFR_IN replied at 28-8-2019 11:24 AM
lagi scary tgk emoji uols.  

tiba2 ja berjalan masuk

tersalah emoji la plak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 12:25 PM | Show all posts
asterok ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 03:58 PM | Show all posts
agak seram jg lah kalau sampai anak mata
mengekor kemana org berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2019 10:03 AM | Show all posts
MFR_IN replied at 28-8-2019 11:24 AM
lagi scary tgk emoji uols.  

tiba2 ja berjalan masuk



penuh saspen
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2019 03:45 PM | Show all posts
Ulang siar ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 10:40 AM | Show all posts
patung tu cantik tp menyeramkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 04:57 PM | Show all posts
patung ni cantik sgt...terpukau tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg nampak 'hidup'
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 11:44 AM | Show all posts
Edited by anees~nuhara at 18-9-2019 11:48 AM









eh ade iras laa
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 12:56 PM | Show all posts
kalau tengok tang tangan tu macam real je..
hahaha, atau sekadar ilusi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
House of wax
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2019 01:52 PM | Show all posts
night at the boutique


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 02:20 PM | Show all posts
for a mannequin that was made on 1930, memang sangat woow..
the detailing..nampak real..
no wonder banyak speculation.
wondering jugak, mannequin ni handmade ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
seram pulak tengok
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075947 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list