Gambar sekadar hiasan
Adakah anda perasan setiap kali mencium bayi, terdapat satu bau yang amat wangi dan mendamaikan.
Tetapi, bau ini lama-kelamaan akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar.
Tahukah anda bau apa itu?
Foto : TheAsianParentMalaysia
Seperti yang dijelaskan ahli kimia George Prety, aroma bau badan bayi terhasil daripada aktiviti metabolisme tubuhnya. Kalenjar peluh bayi menghasilkan bau bayi yang begitu menggoda.
Menurut Majalah Sains, ini kerana bayi memperoleh sumber makanan sewaktu dalam kandungan melalui sistem pencernaan. Bau bayi akan berubah setelah beberapa minggu dilahirkan.
Pendapat kedua yang diterangkan oleh George adalah bau ini datang dari lapisan putih yang disebut sebagai vernix caseosa pada kulit bayi. Lapisan ini berfungsi untuk melindungi bayi ketika masih berada dalam rahim ibu.
Lapisan ini kemudiannya akan diserap kulit bayi ketika baru dilahirkan. Lapisan inilah yang dipercayai membuat aroma bayi begitu harum dan unik.
Kalau ada bayi, memang tak puas menciumnya, kan? - CARI |