Kisah mereka seperti filem Hollywood - Tarzan dan Mowgli. Ho Van Lang, 47, layak digelar tarzan sebenar kerana tinggal di dalam hutan dan terasing selama 41 tahun.
Menurut Docastaway, beliau tinggal bersama bapanya, Ho Van Thanh, 88, di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai selepas melarikan diri dari Perang Vietnam.
Thanh seorang veteran membuat keputusan melarikan diri bersama anaknya yang ketika itu berusia dua tahun dari kampungnya pada tahun 1972 setelah bom Amerika Syarikat membunuh isteri dan kedua anaknya yang lain.
Rumah Pokok Yang pernah didiami Lang dan bapanya ( kiri) dan telah tiada apabila beliau kembali ke hutan pada tahun 2015
Mereka berdua membina rumah di atas pokok, memakai pakaian dari kulit kayu dan memburu haiwan liar untuk kelangsungan hidup. Lang benar-benar tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar termasuk kewujudan kaum wanita di dunia.
Ho Van Lang makan apa sahaja untuk kelangsungan hidup di hutan
Kehidupan mereka berjalan lancar selama ini sehinggalah kesihatan Thanh mula merosot. Mereka telah ditemui penduduk tempatan pada tahun 2013.
Lang dan bapanya ketika ditemui (kiri) - Bapanya di bawa mendapatkan rawatan selepas ditemui (kanan)
Keadaan terkini Ho Van Thanh yang masih ingin kembali hidup di hutan
Ho Van Lang masih belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan moden
Alvaro Cerezo bersama Ho Van Lang ketika kembali semula ke hutan untuk belajar ilmu survival bersama Lang
Alvaro Cerezo, pengarah urusan Docastaway yang berjaya menemui dan mengesan Lang dan keluarganya pada November 2015 memaklumkan Lang masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan zaman moden di kampung tempat tinggalnya sementara bapanya masih berazam untuk kembali tinggal di hutan.
Lang masih jahil dan naif terhadap peraturan sosial, malah bersikap kebudak-budakan - suka meniru mimik muka malah turut bermain sembunyi-sembunyi. Sikapnya ini walau bagaimanapun menjadikan Lang seorang yang sangat menawan. - CARI |