View: 3194|Reply: 10
|
"Adakah Usus Kita Sihat Atau Tidak?"
[Copy link]
|
|
Foto : Harian Metro
Tahukah anda bahawa kita boleh tahu tahap kesihatan usus melalui pemerhatian apabila membuang air besar?
Foto : Rintihan Nurani
Terdapat tiga faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan usus sihat iaitu kekerapan membuang air besar, warna serta konsistensi najis anda.
Menurut blog Junaidi Shukri, usus yang sihat menghasilkan najis berwarna perang kekuningan, tidak berbau, berbentuk pisang atau kacang (diameter 3 sentimeter, panjang 6 sm) dan kekerapan membuang air mestilah dua kali sehari.
Merujuk Berita Harian, Dr Mogana Sivalingam berkata, sekiranya lebih tiga hari dalam seminggu tidak membuang air besar, bermakna anda sedang berdepan masalah sembelit.
Antara tanda-tanda anda mengalami sembelit adalah membuang air besar kurang tiga kali seminggu, perubahan secara tiba-tiba dalam corak amalan membuang air besar, najis keras dan sukar dikeluarkan serta perut kembung.
Gambar hiasan
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengambil sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak (25 gram serat sehari), makan buah-buahan, kurangkan makanan diproses seperti daging dan sosej, makan makanan segar, minum banyak air, bersenam sekurang-kurangnya berjalan kaki selama 30 minit setiap hari serta elakkan diri daripada menahan apabila terasa hendak membuang air besar (sebaiknya dua kali sehari).
Semoga info ringkas ini mampu membantu anda memiliki usus yang sihat. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Info berguna buat mereka yang masih belum tahu mengenainya |
|
|
|
|
|
|
|
bagus info ni, baru tahu jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
info bagus, tapi iols tak tergamak nak tgk najis sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni takde masalah nak membuang, tapi suka tahan diri dari membuang. Kalau da btul2 tak tahan baru membuang. Sebab tu slalu sembelit |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut blog Junaidi Shukri, usus yang sihat menghasilkan najis berwarna perang kekuningan, tidak berbau, berbentuk pisang atau kacang (diameter 3 sentimeter, panjang 6 sm) dan kekerapan membuang air mestilah dua kali sehari.
jgn buat lawak.... ade ke yg tak berbau? kalau tulis "kurang berbau" aku faham la......................................................... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin utk pasangan bercinta..
lautan api sanggup diredahi
|
|
|
|
|
|
|
|
sama ler...tak pernah tengok rupa paras depa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|