CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10764|Reply: 152

[Tempatan] Gangguan seksual jiran. Mula-mula raba punggung remaja perempuan kemudian nak ca

  [Copy link]
Post time 2-10-2019 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Dah raba anak, nak cabul ibu pula


LELAKI mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di dua mahkamah berasingan di Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan mencabul jirannya, September lalu.

Tertuduh, Mohd Asri Ramli @ Ngah, 54, didakwa mengikut dua pertuduhan iaitu Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meraba punggung remaja perempuan berusia 15 tahun di parkir motosikal di Flat Kondo Rakyat Kuala Ibai, kira-kira 6.50 pagi pada 24 September lalu.

Tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Nooriah Osman sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 4 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan.

Manakala di Mahkamah Majistret pula, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap ibu remaja berkenaan berusia 44 tahun dengan niat mencabul kehormatannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di parkir kereta di Flat Kondo Rakyat Kuala Ibai, kira-kira 7 pagi, 24 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mana boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana antara dua seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi pertuduhan ini, mahkamah menetapkan 15 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak menawarkan jaminan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Oktober 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2019 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tempek berita ni kat kereta pakcik gatai jiran selang 4 buah rumah dari rumah aku. Gatai nak mampos.. Tak sedar aku membesar depan mata dia.. Anak dia punya baya2 aku..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 12:09 AM | Show all posts
Tak dapat anak... mak pun dia nak sapu...
Pergh nafsu pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-10-2019 11:50 PM
Aku nak tempek berita ni kat kereta pakcik gatai jiran selang 4 buah rumah dari rumah aku. Gatai nak ...

Dia nk buat sis bini dia kot....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-10-2019 11:50 PM
Aku nak tempek berita ni kat kereta pakcik gatai jiran selang 4 buah rumah dari rumah aku. Gatai nak ...

Ok camni sis

Sebelum pulul 12 tgh malam chuols pergi pangkah pintu rumah dia pakai kapur putih

Tau la nasib dia bile 40 org penyamun dtg rompak rumah dia. Dasar anjir
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 3-10-2019 12:42 AM
Dia nk buat sis bini dia kot....

Bukan.. Gatai.. Bini dia x sedar diri... Pernah iolls dlm keadaan sexy.. Biasa la dok rumah.. Dia buka pintu tak bagi salam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2019 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 3-10-2019 12:42 AM
Ok camni sis

Sebelum pulul 12 tgh malam chuols pergi pangkah pintu rumah dia pakai kapur putih
...

Hahaha.. Dia tu mmg semua org x suka.. Gatai nak mampus.. Tp i paling teruk dia ganggu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 12:28 AM
Hahaha.. Dia tu mmg semua org x suka.. Gatai nak mampus.. Tp i paling teruk dia ganggu

Sembur je pepper spray or pakai taser dek
Unless suka sama suka then layan saja lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2019 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mne nk lupuskn org mcm ni ek.geram .
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 3-10-2019 01:45 AM
Sembur je pepper spray or pakai taser dek
Unless suka sama suka then layan saja lah

Tak ada makna suka.. Mcm2 dah cara dibuat.. Yg dia kurang sikit gangguan.. Ada 2-3 org pakcik jiran pi sound dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 01:53 AM
Tak ada makna suka.. Mcm2 dah cara dibuat.. Yg dia kurang sikit gangguan.. Ada 2-3 org pakcik jira ...

Hati2 sis
Takut aku dengar
Elok boh cctv kat luar tu...mana la tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2019 06:59 AM | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 01:27 AM
Bukan.. Gatai.. Bini dia x sedar diri... Pernah iolls dlm keadaan sexy.. Biasa la dok rumah.. Dia  ...

ko suruh la laki ko sound pak cik tu

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 3-10-2019 06:59 AM
ko suruh la laki ko sound pak cik tu

Kalau ada suami lain la.. Tu pakcik2 jiran aku pi sound dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 3-10-2019 05:58 AM
Hati2 sis
Takut aku dengar
Elok boh cctv kat luar tu...mana la tau...

Aku dok rumah tu seorg.. Jadi lantak la kan aku nak buat apa.. Ni dia mai diam2...terus buka pintu.. Terkejut aku ..aku tgh jln nak g kedai. Tiba2 dia dok sebelah.. Minta no phone la.. Yerk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-10-2019 11:50 PM
Aku nak tempek berita ni kat kereta pakcik gatai jiran selang 4 buah rumah dari rumah aku. Gatai nak ...

Jgn marah over2 sgt sis....kot2 1 hari jodoh sis dgn dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 07:11 AM
Aku dok rumah tu seorg.. Jadi lantak la kan aku nak buat apa.. Ni dia mai diam2...terus buka pintu ...

Sebab dia tau dok sorang la yg dia berani tu
Org kalau dah sangap ni mmg xtau malu, semua dia redah
Bw pepper spray ke mana2
Takut nama sis masuk news je nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Crystars replied at 3-10-2019 08:08 AM
Jgn marah over2 sgt sis....kot2 1 hari jodoh sis dgn dia.....

Choiii.. X nak aku dgn lelaki tua gatai tu.. X over la..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 3-10-2019 08:13 AM
Sebab dia tau dok sorang la yg dia berani tu
Org kalau dah sangap ni mmg xtau malu, semua dia red ...

Hahaha..skrg jarang balik rumah tu.. Selamat la sikit.. Kalau balik mmg tak tido rumah tu.. Tido rumah jiran makcik single mom..makcik ni garang. Dia tak berani kacau
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 10:08 AM | Show all posts
sarah82 replied at 3-10-2019 07:11 AM
Aku dok rumah tu seorg.. Jadi lantak la kan aku nak buat apa.. Ni dia mai diam2...terus buka pintu ...

sis tak tanya dia ke napa mai bukak pintu rumah org sesuka hati.. tu kira da mcm penyamun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 3-10-2019 10:08 AM
sis tak tanya dia ke napa mai bukak pintu rumah org sesuka hati.. tu kira da mcm penyamun..

Ada tanya.. Dia dgn selamba jawab.. Ingatkan tak ada sapa.. Kejadian selepas Isyak.. Masa tu aku lupa kunci pintu lps bagi makan kucing..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.209925 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list