CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1663|Reply: 20

[Tempatan] Hari terakhir buat Utusan selepas 80 tahun

[Copy link]
Post time 9-10-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Masalah aliran tunai, Utusan Melayu tamatkan operasi

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd menamatkan perkhidmatan semua pekerjanya pada 31 Oktober ini berikutan berdepan prestasi syarikat yang merosot.

Menerusi satu memorandum pekeliling yang dikeluarkan akhbar berkenaan, tarikh akhir bekerja bagi kakitangan syarikat itu adalah hari ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Utusan Melayu telah melalui tempoh perniagaan paling kritikal sejak mula beroperasi 80 tahun yang lalu.

“Keadaan syarikat semakin merosot selepas Mei 2018. Pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan harapan untuk meletakkan syarikat kepada kedudukan lebih kukuh dan terjamin.

“Antara langkah yang diambil ialah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang menyaksikan lebih 700 kakitangan melepaskan jawatan mereka. Ini adalah pemberhentian kerja berskala besar yang terpaksa dilakukan bagi kelangsungan syarikat,” katanya dalam memorandum berkenaan.

Beliau berkata, syarikat juga telah berusaha dengan menjual aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi.

“Namun, edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang semakin menurun dan sasaran RM4 juta iklan sebulan yang gagal dicapai menyebabkan aliran tunai Utusan semakin tenat.

“Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak. Syarikat kini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Lembaga Pengarah Utusan pada 7 Oktober lalu meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim.

“Langkah itu terpaksa diambil kerana lembaga pengarah berpendapat bahawa syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan. Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuatkuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019.

“Sehubungan dengan itu, tarikh akhir bekerja telah ditetapkan pada Rabu, 9 Oktober 2019 manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019,” katanya.

Satu taklimat kepada kakitangan akan diadakan jam petang ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat tinggal Utusan,kosmo,mangga,mastika,HAI,URTV...dsb..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:48 PM | Show all posts
mastika tu legend betul. setiap bulan mesti beli sebab nak baca cerita mistik dalam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:51 PM | Show all posts
tak tau nak kesian ke tidak.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Begini jua pengakhiran Kodak bila camera digital dicipta, begitu jua pengakhiran diskette yang diganti thumdrive dan storage yang lain nya, Motorola pun menyembah bumi, apatah lagi Nokia hidup segan mati tak nak pulak,

Mana2 bisnes yang lambat catch up new trend, new technology, new evolution memang bakalan tertinggal jauh, satu hari tertinggal umpama setahun ke belakang, dunia bergerak terlalu pantas, yang pantas lah yang menang,

Dalam gelombang teknologi semasa yang dulu nya kalau nak kena ada PC baru boleh buka internet, sekarang pakai fon pun boleh, memang beri kesan besar pada media cetak, majalah playboy pun ke laut dalam tapi tu lah yang aku paling kesal orang dalam tak invest duit itu elok2 untuk kelangsungan bisnes di masa hadapan, tapi aku tak ada ditempat mereka, aku pun tak boleh nak cakap lebih2,

Semoga yang baik2 saja untuk semua bekas karyawan semoga beroleh rezeki ditempat lain yang lebih baik, 4,5 tahun lagi kita bakalan ada gergasi baru media, biasalah yang patah tumbuh yang hilang berganti, sementara itu bersabar lah dengan ujian ini, semoga dilimpah dengan rezeki yang lebih banyak lagi okey

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 9-10-2019 04:14 PM
Begini jua pengakhiran Kodak bila camera digital dicipta, begitu jua pengakhiran diskette yang digan ...

Tp mesti pening jgk nk kene byr mcm2 tp sedangkan kje dh xde..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts


Hilang satu lagi nama Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada lagi puisi, sajak dan cerpen Mingguan. Mungkinkah suatu hari nanti Sang pengkarya boleh menyumbang karya mereka pada majalah Gila-Gila?
Karya tetap karya walau ditulis diatas sekeping tisu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 04:59 PM | Show all posts
Bolehlah simpan untuk kenangan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:08 PM | Show all posts
sbb tu la susah...
bile jd media yg tak telus..
slalu jd pro kerajaan.. sptt Nye peranan media ni..
x blh berat sebelah..
skrg bile kerajaan dh bertukar..
kan ke susah....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 9-10-2019 05:08 PM
sbb tu la susah...
bile jd media yg tak telus..
slalu jd pro kerajaan.. sptt Nye peranan media ni. ...

Setuju tu..dulu bukan main lg pro kerajaan..apa benda pun utusan la pencacai utama..dgrnya tv3 pun mati segan hidup x may juga..x Tau la betul ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 9-10-2019 04:14 PM
Begini jua pengakhiran Kodak bila camera digital dicipta, begitu jua pengakhiran diskette yang digan ...

Tutup satu pintu..bukak pintu lain

Itu nature yang tuhan ciptakan

Buat apa nk emosi..sentimental..melankolik..nostalgia sme tu..perabeh boreh

Pasal tu aku tak caya bab re union sme tu..dari kecik sampai tua..haiwan pun ada sejarah..nak eran apa

Bila sentimental sangat..hidup tak kemana

N melayu punye rock..nama je batu tapi yg top sme lagu jiwang rock...mendayu dayu mcm anjing kurap kesakitan ilang betina

Utusan mula elok..bila oang politik amik alih buat propa bohong depa..tadak duit je pump masuk sme DUIT HARAM..ingat Allah redha??

Ni la bala nya makan duit haram..oleh anak haram jadah tu sme..nomo satu mamak pariah kerala tu

Dah nk mampus baru sembang agama itu ini..masa senang mkn duit haram tk mo sedo kan diri..nasib la ko labuuuuu

It is not just about change laa..kita orang islam..ada agama..syariat..halal haram..bukan mcm kominis kapir tu

Aspek ni yg mamak gila n the gang and semuaaaaaa politician..n yg ada kuasa mcm hamid badot tu WAJIB INGAT N SEDAR..kita ni hamba Allah swt..jgn riak!

Tentera BADAR brapa? Apa senjata? 3 lawan 1 n depa still menang..why???

Dont swept away by all those so called technologies laaa..makin mudah hidup makin bnyk musibah!!! Why? Hidup tadak bertuhan..berperaturan tuhan..berhukum apa tuhan kabokan..utusan tuhan di buat bahan lawakk..kitab tuhan di pijak pijak..di cabar..di riducule..tak btuii ka?

Bila dah tersempit..ajak bersatu demi islam..demi tuhan

Bila dah berkuasa..makan duit haram!!!

Rasain laa ko manusia..

Tadak tempat paling aman melainkan atas sejadah!

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:32 PM | Show all posts

bmf gagal ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 9-10-2019 05:29 PM
Tutup satu pintu..bukak pintu lain

Itu nature yang tuhan ciptakan

Realistik sikit dalam ramai2 staff tak kan tak ada yang solat, yang puasa sunat, yang beribadah apa semua, logik lah kalau bercakap jangan main hembus,

Orang kalau ditimpa musibah kita jangan gembira sangat, kita pun banyak dosa, susah sangat nak doakan staff2 ka, kau nak memekak dekat Madey pergi sosial media dia lah,

Kau sembang jangan nak emosi sentimental bagai, yang kau melalak reply kat komen aku bagus sangat ka, punya banyak tempat boleh komen, hamak sangat reply komen aku apasal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 06:32 PM | Show all posts
Dulu berebut nak baca Pancaindera tiap kali ayah beli Utusan Malaysia  hari Ahad, sebab nak baca gossip. Tu zaman sekolah, belum kenal forum lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 07:49 PM | Show all posts
sepanjang panjang tali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 9-10-2019 06:32 PM
Dulu berebut nak baca Pancaindera tiap kali ayah beli Utusan Malaysia  hari Ahad, sebab nak baca gos ...

Mak-mak suka baca bahagian hal ehwal rumahtangga pastu reramai mengata pasal laki orang kat tangga rumah, pastu tak lupa juga arwah Mama Juwie dgn spek hitamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 08:15 PM | Show all posts
Itulah karma akibat buat fitnah dan main rasis.

Tak suruh tutup akhbar english dan cina ke supaya maruah tidak tercabar
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 9-10-2019 08:14 AM
Begini jua pengakhiran Kodak bila camera digital dicipta, begitu jua pengakhiran diskette yang digan ...

masalahnya kalau utusan join digital dia punya main income. jualan confirm turun. bahagian advertismeent confirm hilang. i suggest utusan tiru forum cari.my. ataupun jual je forum.cari ni pada utusan pastu letak logo utusan. kalau nak buat digital macam ebook ....mmg rugi la. tapi kalau buat rupa forum ala ala cari.my .mesti laku punya lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:33 PM | Show all posts
semua jualan akhbar cetak tak kira bahasa memang merosot
cumanya utusan dan tamil merosot cepat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.077982 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list