CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8409|Reply: 142

[Tempatan] Penurunan harga minimum rumah untuk warga asing bukan cadangan KPKT, kata Zuraid

  [Copy link]
Post time 13-10-2019 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-10-2019 09:13 AM

Zuraida: Penurunan harga minimum rumah untuk warga asing bukan cadangan KPKT

https://www.malaysiakini.com/news/495703

News  |  Diterbitkan Hari ini 8:55 malam  |  Dikemaskini Hari ini 8:55 malam



Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata cadangan untuk menurunkan harga minimum hartanah yang boleh dibeli warga asing - seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 - bukan daripada kementeriannya.

"Ramai yang tidak jelas, ingat ini bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...Ia cadangan dari Kementerian Kewangan.
"Dulu perkara ini bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU), sekarang Kementerian Kewangan yang buat pengumuman," katanya kepada pemberita ketika program di Tanjung Piai, Johor hari ini.

Antara kritikan terhadap Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lalu ialah penurunan harga minimum bagi hartanah untuk warga asing.

Ia juga antara cadangan yang tidak dipersetujui pembaca Malaysiakini, berdasarkan undian Belanjawan 2020.

Zuraida berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara itu, jika ada keperluan untuk berbuat demikian.

"Saya akan rujuk dengan Kementerian Kewangan untuk lihat balik perkara ini dan pertimbangkan semula, jika perlu," katanya.

Hari ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan bahawa penurunan itu hanya untuk unit kondominium sedia ada yang tidak terjual dan tidak akan meliputi projek-projek baru.

Katanya, usaha di peringkat kementeriannya hanyalah berkenaan mewujudkan pakej Malaysia-MySecond Home (MM2H) yang lebih menarik kepada warga asing, untuk membeli hartanah mewah yang belum terjual.

Kerajaan cuba menangani isu hartanah mewah yang tidak terjual tetapi Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) membantah sebarang campur tangan kerajaan.

Menurut HBA, pemaju patut menurunkan harga dan campur tangan kerajaan boleh membuatkan syarikat terus membina hartanah mewah yang tidak mampu dibeli rakyat Malaysia.

Terdahulu, Zuraida memantau beberapa projek di bawah kementeriannya di Tanjung Piai.

Katanya, projek tersebut dimohon oleh Allahyarham Md Farid Md Rafik, bekas anggota parlimen di situ, dan telah diluluskan.

Beliau berkata projek itu bukan sempena PRK Tanjung Piai kerana telah diluluskan, dan kehadirannya hari ini hanya untuk memastikan projek tersebut diteruskan walau selepas ketiadaan Farid.

Farid, 42, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia akibat serangan jantung, 21 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan 2 November untuk hari penamaan calon dan 16 November untuk hari mengundi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bincang dalam group wasap ke blom?.ke left dulu ni?
Huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:22 PM | Show all posts
shernazz replied at 13-10-2019 10:18 PM
Dah bincang dalam group wasap ke blom?.ke left dulu ni?
Huhu....

Tak pe nanti ada yang add dia balik dlm group
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 13-10-2019 10:27 PM

Aku Rasa turun atau Tak turun Tak dtg kebaikan atau keburukan pada rakyat....sebab benda tu tersergam indah akibat sifat tamak Tengku Adnan dan UMNO

YG penting apa future Planning untuk buat pprt pada Melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak mo guna wasap sbb berat, sila la guna telegram..boleh share movie sama kann
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Tak silap ramai orang Hong Kong Dan Japanese YG beli properties tu

Tu sesuatu YG bagus la supaya Kita lebih kenal Budaya Negara maju Dan jadi bertamadun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 13-10-2019 10:25 PM
Kalau Tak silap ramai orang Hong Kong Dan Japanese YG beli properties tu

Tu sesuatu YG bagus la  ...

Haha tu ja hujah hang??

Nmpk sgt dah sapa punya idea jual rumah murah2 kat foreigners ni !!


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 13-10-2019 11:19 PM
lonelymd replied at 13-10-2019 11:09 PM
Haha tu ja hujah hang??

Nmpk sgt dah sapa punya idea jual rumah murah2 kat foreigners ni !!


Ko faham ke Apa YG dikatakan minimum 600k tu

Sebelum ni minimum 1 juta...bukan harga rumah tu turun harga tapi Kerajaan benarkan warga asing untuk beli rumah Paling minimum 600k....kalau letak 600k value rumah Mewah tu bukan Nye Melayu macam kau mampu beli pun.

Ni semua rumah YG dibina Masa zaman UMNO jadi Kerajaan la....bukan zaman PH

Foreigner NI semua stay untuk 10 tahun bawa Polisi Malaysia My Second Home...lepastu diorg jual la balik rumah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 12:03 AM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 13-10-2019 11:17 PM
Ko faham ke Apa YG dikatakan minimum 600k tu

Sebelum ni minimum 1 juta...bukan harga rumah tu ...

Kalau dibina zaman UMNO pun, kenapa nak kena jual kepada orang asing?
Bantulah supaya rakyat mampu beli rumah2 tu.
Lepas tu ayat macam ada bau2 untuk cuba nak salahkan kerajaan lama. Bukannya UMNO yang bina rumah2 tu. Developer yang bina guna duit dorang bukannya duit rakyat. Kenapa sibuk nak tolong developer & orang asing?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
G-Pitts replied at 14-10-2019 12:03 AM
Kalau dibina zaman UMNO pun, kenapa nak kena jual kepada orang asing?
Bantulah supaya rakyat mamp ...

ujung2 umno.. bodoh nak mampus haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 14-10-2019 12:16 AM
G-Pitts replied at 14-10-2019 12:03 AM
Kalau dibina zaman UMNO pun, kenapa nak kena jual kepada orang asing?
Bantulah supaya rakyat mamp ...


Itu Kan rumah Mewah....kalau ko mampu beli, beli la rumah Mewah tu...takda siapa halang.

Memang rumah Mewah NI banyak dibina pada zaman UMNO dulu.

Tujuan Kerajaan buat Polisi My Second Home NI biar Duit asing masuk ke Malaysia...which is very good la untuk sector properties.

YG problem sekarang rumah Mewah ni dah terlalu banyak so Kerajaan just longgarkan polisi Malaysia My Second Home tu je...bukan jatuhkan harga value rumah tu....sebab value Nye memang dah drop pun based on teori Supply and demand..

Kalau harga rumah dah below RM 1 juta rakyat Tak mampu beli dan foreigner Tak boleh beli sebab polisi tu tetapkan minimum 1 juta....benda tu jadi problem la.....semua pihak rugi termasuk engkorang NI semua.

Lepastu kenapa nak jual rumah Mewah pada golongan Tak layak....bayang Kan orang PPRT tu letak Kat rumah Mewah...maintainance diorg mampu bayar ke..plus attitude teruk..setinggan

Apa YG PH rancang sekarang ni...diorg decide nak jual semua properties Mewah tu lepastu suruh Pemaju rolling Duit tu untuk buat rumah untuk Melayu2 Tak mampu n miskin tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:12 AM | Show all posts
dino replied at 14-10-2019 12:09 AM
ujung2 umno.. bodoh nak mampus haha

Itu la realiti kerajan suci murni PH sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:17 AM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 12:11 AM
Itu Kan rumah Mewah....kalau ko mampu beli, beli la rumah Mewah tu...takda siapa halang.

Memang ...

Rasanya golongan M40 yang kat middle to upper level M40 bukannya perangai PPRT kot. Golongan ni la yang patut dibantu untuk memiliki rumah2 tu. Kalau nak bantu golongan B40 yang PPRT sampai dapat beli rumah2 tu memang pemurah sangat la kerajaan. Saya pun rasa tak sesuai buat macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
G-Pitts replied at 14-10-2019 12:17 AM
Rasanya golongan M40 yang kat middle to upper level M40 bukannya perangai PPRT kot. Golongan ni la ...

M40 tu ramai je dh beli..but still Ada lambakan...sekarang ni yG memekak bukan diorg tapi Melayu2 miskin tu la memekak rumah murah takda...dah full nak buat pinjaman susah etc.

Benda ni bukan setahun Dua punya perancangan...benda NI dari zaman UMNO dulu la....kenapa buat rumah Mewah banyak sangat....kenapa Tak buat rumah Kos rendah byk2.

PH sekarang ni buka penjualan rumah Mewah YG dah drop below RM 1 juta ni pada warga asing utk selamatkan sektor properties....pemaju NI pun diorg selamatkan la...kalau Tak siapa nak buat flat pprt untuk korang kalau diorg bankrup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 12:21 AM
M40 tu ramai je dh beli..but still Ada lambakan...sekarang ni yG memekak bukan diorg tapi Melayu2  ...

Ni mmg syarat kerajaan dekat developers ke ko yg pandai2 buat cerita, kata kerajaan tolong developers agar lepas ni rumah mampu milik yg dorg akan bina in return?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 14-10-2019 01:45 AM
axl_bach replied at 14-10-2019 01:39 AM
Ni mmg syarat kerajaan dekat developers ke ko yg pandai2 buat cerita, kata kerajaan tolong develop ...


Memang NI la Zuraida tu cakap haritu...YG luluskan rumah nak di Bina tu Mewah atau Kos sederhana rendah tu KPKT la.

Problem KPKT Bawa UMNO Tak peduli pun Kat Melayu2 tu semua...padahal diorg tahu Melayu Paling ramai miskin Kat Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 01:42 AM
Memang NI la Zuraida tu cakap haritu...YG luluskan rumah nak di Bina tu Mewah atau Kos sederhana ...

Mmg ada jaminan ke dari kerajaan sekarang agar mengawal pemaju dari terus bina perumahan mewah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 14-10-2019 02:26 AM
axl_bach replied at 14-10-2019 02:11 AM
Mmg ada jaminan ke dari kerajaan sekarang agar mengawal pemaju dari terus bina perumahan mewah?


Memang la Ada jaminan...dalam berita Kat TV Zuraida Ada sebut pasal benda ni..

Memang ni je solution untuk masalah Melayu Miskin takda rumah....

Kita tengok je lah progress nye camana....aku pru lepas pangkah PAS tapi apa YG Positif dari PH aku support sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 02:24 AM
Memang la Ada jaminan...dalam berita Kat TV Zuraida Ada sebut pasal benda ni..

Memang ni je s ...

The problem is, for now apa2 jaminan dari kerajaan mmg x meyakinkan.....tu masalah dia....

Kerajaan PH ni byk talk then walk....

Kalau btol mmg tindakan ni nk tolong rakyat dan bukannya tolong developers bagus lah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 14-10-2019 02:28 AM
The problem is, for now apa2 jaminan dari kerajaan mmg x meyakinkan.....tu masalah dia....

Kera ...

Kalau Tak Tolong developers siapa nak buat rumah Kos rendah flat pprt tu?

Developer jugak Kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.064694 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list