Video Cikgu Suraya di YouTube mendapat kecaman netizen kerana tergolong dalam video 'soft porn' dan tidak sesuai ditonton umum serta mencemarkan imej seorang guru.
Foto: Instagram Jasmine Suraya
Lakonan bersama Youtubers, Alieff Irfan itu sebenarnya bukanlah video lucah seperti yang difikirkan netizen. Video berjudul Special Armed Forced di YouTube itu merupakan kisah ejen perisikan yang sepatutnya dijadikan sebagai filem pendek.
Netizen terlalu cepat menilai dan masih ada beberapa episod lagi yang akan ditayangkan.
Jasmine mengakui itu adalah kesilapannya bersama Alieff Irfan kerana tidak peka dengan sensitiviti masyarakat, namun tidak adil juga penonton untuk mengecam tindakan mereka tanpa menonton keseluruhan episod.
Tambahnya lagi, video itu bukanlah untuk memaparkan babak tidak senonoh antara seorang guru dan anak murid. Dia mengakui pernah mendengar tentang kisah Cikgu Suraya tetapi tidak mengetahui tentang isu popular yang pernah menjadi bualan hangat netizen.
Ketika ditemu bual mStar Online, dia menjelaskan video itu sekadar hiburan dan dia menerima tawaran tersebut kerana namanya juga adalah Suraya jadi tidak salah untuk dia melakonkan watak tersebut.
Harap Alieff Irfan dan Jasmine lebih peka dengan isu semasa yang pernah menjadi kecoh sebelum ini. Ini boleh menimbulkan lagi tanggapan negatif netizen jika episod seterusnya lambat ditayangkan. - CARI
|