View: 7663|Reply: 30
|
'Nak Tengok Saya Kencing?' - Lelaki Usap Kemaluan, Buat Gangguan Seks Terhadap K
[Copy link]
|
|
Gangguan seks memang boleh terjadi di mana-mana. Oleh sebab itu orang ramai sentiasa diingatkan untuk berhati-hati, apa lagi jika mempunyai anak kecil yang tidak sepatutnya dibiarkan berjalan keluar sendirian.
Seorang netizen bernama Nana Nizar baru-baru ini berkongsi di Facebook mengenai kisah anak perempuannya mengalami gangguan seks ketika berada di dalam lift sebuah kawasan perumahan. Kejadian itu dirakam dalam CCTV yang diperolehi daripada pihak pengurusan.
Kredit foto: Lobak Merah
Menurut Nana, beliau membenarkan anak perempuannya yang ditemani adik lelaki untuk ke kedai. Bagaimanapun, ketika berada dalam lift seorang lelaki yang tidak dikenali membuat gangguan seks terhadap anak perempuannya.
'Mulanya ada seorang wanita dewasa bersama kedua anak saya dan lelaki itu dalam lift, bagaimanapun apabila wanita itu keluar, lelaki itu mula menghampiri anak saya' kata Nana.
Kredit foto: Lobak Merah
Lelaki itu dilihat mengusap-usap kemaluannya dan memegang mulut kanak-kanak tersebut. Apabila kanak-kanak itu keluar dari lift, dia pantas memegang tangannya dan berkata;
'Nak tengok saya kencing?'
Namun, kedua kanak-kanak itu bertindak pantas dan melarikan diri sebelum melaporkan kejadian kepada Nana (ibunya) yang meminta rakaman CCTV daripada pihak pengurusan.
Kredit foto: LM
Netizen yang membaca perkongsian itu menasihati ibu bapa supaya lebih berhati hati apabila membenarkan anak keluar rumah.
'Jadikan kes ini sebagai pengajaran, dah banyak berlaku' kata seorang netizen.
'Cepat buat laporan polis, harap si pelaku tu ditangkap' kata seorang lagi.
Bagaimanapun, ada juga yang menegur mengapa netizen mengecam ibu dan mangsa kejadian tersebut dan tidak bersimpati.
Memandangkan rakaman itu tidak jelas, ada yang meminta supaya wanita dewasa pada awal rakaman dapat dihubungi untuk mengenalpasti dan mengecam lelaki tersebut.
Kredit foto: LM
Tidak pasti sama ada laporan polis sudah dibuat atau tidak kerana status Facebook si ibu itu telah dipadam. Apa-apapun, semoga pelaku tersebut dapat ditahan dan dikenakan hukuman sebelum sesuatu yang lebih teruk berlaku.-CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Mak... O mak... Kenapa la lepaskan macam tu sebab zaman sekarang dah banyak kes pedo... Ditemani adik lelaki pulak.. Sedangkan anak buah lelaki kurex yg darjah 2 sekarang ni pun kurex akan teman kan ye.. Siap sedia di hencap forumer..
Macam bangla je pedo tu |
|
|
|
|
|
|
|
mak la salah. anak xboleh keluar without parents or org dewasa. Period! Bila jd apa apa baru nak complaint bagai... kenapalah ibu bapa suka biar anak keluar kesana sini. Duk umah je la diam diam |
|
|
|
|
|
|
|
Pedo ni merata2, bertambah2..anak2 laki or perempuan smua x slamat skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ibu ini akan lebih berhati2 di masa akan datang,Bagi saya,I will never take for granted keselamatan anak anak,dalam satu saat saja dapat merubah segalanya!!Kalau dalam lif,orang dewasa pun tak dapat melawan kalau kena gangguan macam ni,apatah lagi kanak2..dah banyak kes2 macam ni,tapi masih lagi sesetengah ibu bapa sambil lewa saja..harap lebih peka dan berhati2... |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang bukan macam zaman dulu2. Dah tak boleh biar budak2 jalan sendiri kena org dewasa temankan. Pedo dah banyak kat luar tu sama banyak dengan anjing kurap. Geram aku |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku yg salah nya si jantan sangap gila pedo tu... jangan nak kecam sangat laki tu. Manatau dia genius kan... kalau genius kan patut dpt 2nd chance walaupun jijikkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Makkkk oooiii.. kan dah byk kes budak kena ganggu kat kedai bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
mintak pengurusan tmpt tu print besar2 gamba ni da tampal dekat tiap lif rumah tu.
tulis besar2 awas pedo musibat ini!! |
|
|
|
|
|
|
|
dah tahu skrng kes mcm ni makin bleluasa parents ttap la xalert pastu dh kna kt ank sndri bru nk mnggelupur. dua2 salah pelaku ngn mak pak. ank2 kecik gtu wlau pndai g kedai sndri bli brang xsmestinya semua bnda dorang tau nk take action klau jd bnda pelik2 kt dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Busuknya dunia sekarang. Dah tak selamat untuk semua orang.
Akak zaman cinonet tahun 90an dolu, takda maknanya tiap masa ditemani urang dewasa bila pi berjalan. Akak pernah hitchiked stranger pakcik tua Cina jugak di umo 11 tahun, yang kasihan akak tertinggal bas pehtu baik hati hantar akak ke sekolah. Sekarang ini, semua orang jahat. Dengan jiran sebelah rumah pon terpaksa suspicious. Mak2 pulok, dengan laki sundri pon perlu curiga 24 jam tak benarkan laki cebok berak anak pompuan kecil. Apa fakap sangat dunia kita tinggal sekarang ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib tak jadi apa2 kat budak tu.
Dulu boleh lagi suruh anak pegi kedai beli kelapa parut lah beli kuih lah. Sekarang ni, nak suruh pun fikir banyak kali.
Teringat budak kena culik lepas pegi kedai, bila jumpa dah mati. Tolong lah ambil pengajaran kes2 sblm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia dah xselamat.. makin teruk kes jenayah dia berbanding dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak budak ni baru kuar drp gua ke haper ... zaman skrg ni budak duk dlm umah sendiri pun tak selamat ... apalagi kalau duk diluar rumah! |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak jaga la anak2 msg2. Mintak dijauhkan dari perkara mcm ni terjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Pedo ada kat mana mana.
Hati2 lah, jaga anak korang.
Jangan smpi nasi dah jadi bubur |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang dah tak macam dulu². Pendedahan terhadap pornografi sangat mudah orang nak dapat. Tu yang ramai semacam sangap jekk.
Jaga la anak tu. Tambah2 hak pompuan.. aduii. |
|
|
|
|
|
|
|
makpak jgn sengal sgt lepas anak2 kecik naik turun lift sendiri mcm tu..sedangkan yg dh besar pon bahaya leh jadi mcm2..inikan plak kecik2 lg..bongok takde akal punya makpak! |
|
|
|
|
|
|
| |
|