Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
5216
View
144
Reply

[Tempatan] Maaf Kak, Saya Dah Mula Sayang Suami Kak, Demi Thesis, Wanita Ini Pura-Pura Bercinta Dengan Suami Orang, Tetapi Jatuh Hati Betul-Betul

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-10-2019 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Thesis merupakan fasa penting untuk para pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari bagi memahami suatu pengetahuan dengan lebih mendalam.

Antara metodologi kajian ialah melalui soal selidik, temubual, pemerhatian, eksperimen dan kajian kes. Tidak kira apa cara yang digunakan, etika penyelidikan mestilah dipatuhi antaranya kejujuran, integriti, tanggungjawab sosial serta perlindungan ke atas subjek manusia dengan melindungi mereka daripada segala kesan buruk.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengaku sebagai pelajar jurusan Syariah telah berkongsi hasil kajiannya melalui laman Luahan Orang Bujang, membuatkan golongan isteri-isteri di luar sana berang disebabkan cara kajiannya yang didakwa boleh merosakkan rumah tangga orang.

Berikut adalah perkongsiannya.

Salam min. Saya merupakan pelajar jurusan Syariah . Sekarang ini, saya sedang bercinta dengan beberapa orang suami untuk dijadikan sebagai unknown respondents untuk kajian saya. Kajian saya adalah berkaitan kecurangan suami dalam rumah tangga.

Kebanyakan suami yang saya pilih adalah merupakan pekerja makan gaji di sekitar Kuala Lumpur etc. pegawai askar, bomba, penguatkuasa, akauntan dan lain-lain. Cara kerja saya adalah bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali.

    Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya suami tersebut berkemungkinan suami kakak-kakak sekalian.

80% dari responden saya ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu.

Ada yang sanggup beli telefon dan kad sim baru semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang. Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah;

    Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.
    Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.
    Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
    Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun aku kau.
    Perempuan di luar yang lebih menggoda.

Jadi, saya ingin ajukan soalan terbuka kepada pihak suami. Apa sebenarnya yang suami inginkan dari seorang isteri? Layanan setiap hari? Kelihatan cantik setiap saat? Zuhud dan lupakan media sosial?

Dan khilaf saya, terjatuh cinta dengan salah seorang responden saya, penguatkuasa JPJ di UTC. Maaf akak, saya dah mula sayang suami akak.

Luahan individu ini membuatkan netizen yang rata-rata golongan isteri berasa tidak senang duduk dengan pengakuannya yang disifatkan tidak menepati etika dan tidak patut dilakukan atas nama kajian.
..Tahniah sebab dah berjaya meretakkan masjid yang elok terbina. Kalau agak-agak taknak runtuhkan sila la plaster semula dan carilah tanah lapang lain dan bina masjid di situ ya.

Jika saya penyelia kamu, saya akan usulkan agar kamu digantung pengajian dan penyelidikan kamu dibakul-sampahkan

Jatuh cinta memang mudah bagi mereka yang murah..

Suruh si suami jandakan isteri dia, mesti isteri dia cantik balik

Kenapa sanggup buat macam ni?

Jangan lupa jemput kenduri, teringin nak tengok jugak lawa tahap mana.

Nikah duduk serumah sekali pun tak..





Sumber: Luahan Orang Bujang
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Zebenarnya target nak siapkan thesis atau target nak bercinta dgn laki org? Objektif kene clear plisss.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau ambik tak henpon tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:24 AM | Show all posts
page tu suka buat confession mengarut. anak beranak KRT..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
?????
Ada jugak manusia mcm ni.. Dlu wt thesis xdela smpai mcm ni... Ni stiry real or sesaja gatai je?  
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:45 AM | Show all posts
Thesis ke menggeletis? ,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:49 AM | Show all posts
kak hasanah ker?
habis la bini2 org JPJ kot laki depa kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Supervisor mana luluskan proposal budak ni???
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:00 AM | Show all posts
gatai menghela..bukan nak buat kajian sangat pun sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:00 AM | Show all posts
test power ke dek? macam2 thesis ko bole buat melibatkan masalah rumahtangga, meruntuh rumahtangga gak yg ko pilih, siap training lagi ye dek....semoga selamat dunia akhirat yer...puihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp boleh pulak dia buat cmtu ek?pura2 bercinta sedangkan kalau nak bt kajian bukanke ke ada consent respondent tu?

Tak telus kajian dia..moga kajian dia direject..lagi satu,xleh ke just normally intebiu those respondents tanpa pura2 bercinta?wadehek sgt..jantan murahan,pmpuan ni lagi murah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:15 AM | Show all posts
Pasni jgn marah kalau ada org lain buat tesis kat laki yg ko kebas tu ye dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:16 AM | Show all posts
pcaya sgt lh ngn laki org..aku takut kau pulak jd tesis geng2 laki org abis madu sepah dbuang, murahan sungguh budak nih...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Gatalnya ko dekk...hahaha
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-10-2019 10:22 AM | Show all posts
Pink_Purple replied at 22-10-2019 10:00 AM
gatai menghela..bukan nak buat kajian sangat pun sebenarnya..

poen dah berdenyut nak diterokai lah tu sis  buat kajian konon...entah2 poen kau yg kena kaji di korek sana sini

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:23 AM | Show all posts
kesimpulannya, laki orang memang miangnya lain macam
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:40 AM | Show all posts
Modngengade replied at 22-10-2019 10:22 AM
poen dah berdenyut nak diterokai lah tu sis  buat kajian konon...entah2 poen kau yg kena kaji di ...

sedap la menghela dengan laki orang..
duit ada, kete ada..pandai pujuk..

student syariah..xkan pilih tajuk macam tu..nk pi bercinta dgn laki orang, keluar dating..buat perkara yang melanggar tuntutan agama..xkan penyelia dia ngok sangat nak lulus tajuk tu..kalau buat tajuk pengabaian tanggungjawab suami dalam rumahtangga ,logik juga..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:41 AM | Show all posts
ini buat tesis ke cari testis?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:48 AM | Show all posts
wat tesis ke gentel testis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 11:05 AM | Show all posts
mcm membohong aje..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.185159s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list