CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9631|Reply: 30

Kesenian & kebudayaan Pahang

[Copy link]
Post time 24-10-2019 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Negeri Pahang  mempunyai 11 daerah dan setiap daerah mempunyai ciri2 khas tersendiri, baik dr penuturan, makanan mahupun kesenian.

Sy membuka thread ni kerana rasa terpanggil utk mengumpul cerita2 tentang kesenian dr Pahang. Harap2 ade forumer yg dpt membantu sumbang info.

Sy nk cerita setakat apanyg sy tahu dr bacaan (yg sgt limited) dan cerita org2 tua.

Dalam gambar ni contoh tarian piring. Tp tarian piring yg betul2 origin yg sy pernah tengok, bkn begini. Ianya ditarikan oleh kaum lelaki dgn elemen2 silat di dalamnya. Skrg ianya cuma ditarikan di majlis2 kahwin.

Dikatakan berasal dr kg tekal, sebuah perkampungan di dlm Temerloh (tmt koi)

Next post sy akn tepek YouTube ye.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2019 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sighhh line siput sgt. Nak posting pun ssh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts

Tarian Piring Pahang biasanya diiringi rebana ibu, gong anak, gendang silat
Gabungan seni tari dan seni silat
Penari pakai cincin besi di jari telunjuk dan mengetuk piring melagukan irama
Katanya tarian Piring dari sumatera barat, tarian minangkabau
Dibawa masuk oleh rombongan sultan pahang yang melawat seberang
Pertama kali dimainkan di kampung tekal



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 24-10-2019 06:36 AM

Tarian piring yg original yg sy pernah tengok, ditarikan secara solo oleh penari lelaki.
Skrg org2 tua je.
Pergerakan tarian tersebut ditarikan berasaskan silat.
Dikatakan tarian ini dibawa masuk dr Pagaruyung, Indonesia yg membuka penempatan di Tekal tu.

Tarian piring ni ade semacam bunyi gemercing, kerana terdapat cincin yg dilagakan ke piring semasa menari.

way back in 90' sy pernah menonton tarian piring, di mana penari menari secara solo di atas piring.
Baru2 ni sy berkesempatan berbual dgn pengiat kesenian di Temerloh, beliau mengatakan masih terdapat 1 keluarga yg boleh menari atas piring.
Toknye turun ke anok, anoknye turun ke cucu.

Moga tarian ini akn terus ujud.[youtube]6ZCvx15EdxA[/youtube]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 24-10-2019 06:30 AM
Tarian Piring Pahang biasanya diiringi rebana ibu, gong anak, gendang silat
Gabungan seni tari da ...

Eh sama pulak post kite.hahahah thanks kim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Di Pahang juge terdapat variasi zapin. Yg ade dlm pengetahuan sy, Zapin Pekan & Zapin Raub.
Daerah lain sy kurang pasti ander ke dok.

Zapin Raub dicipta oleh Ayah kpd Tok Mezah (koi x ingat nama), asal dr Felda Tersang Raub. Ditarikan di serambi (balai).
Pergerakannye tidak berlebihan & tidak ade lompat2 mcm zapin lain.[youtube]I-cA1riHB0A[/youtube]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2019 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
YouTube yg sy tepek di atas tu, dah dimodenkan. Hurmmm.x brp berkenan la plak. Versi asal pd sy lbh kelembutanya[youtube]Kg6wnimHXCA[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling favorite sy,adalah Zapin Pekan. Tp sy tak ada pengetahuan lsg berkenaan senj tari yg ini.
Seri panggung sgt mak iti dlm clip video ni.
[youtube]5h18dGMwB_Y[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts


Kesenian gamelan Melayu dipercayai tiba di Tanah Melayu dari istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-17 lagi. Dikatakan bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama instrumen muzik gamelan telah dibawa dari Pulau Penyengat, Riau pada 1811 bagi menyerikan perkahwinan Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang, Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III (1761-1812). Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan dikenali sebagai ‘Joget Pahang’; malah turut disaksikan oleh Frank Swettenham, seorang pegawai British, sewaktu menjadi tetamu istana Sultan Ahmad al-Muadzam Shah (1882-1914) di Pekan, Pahang pada tahun 1875, seperti yang diceritakan dalam penulisannya berjudul ‘A Malay Nautch’.



Pengaruh kesenian ini berkembang pula ke Terengganu apabila Joget Pahang dipersembahkan di majlis perkahwinan Tengku Long, puteri Sultan Ahmad dengan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) dari Terengganu pada 1885. Walaupun perkahwinan diraja ini tidak bertahan lama, Sultan Zainal Abidin III yang telah tertarik kepada seni gamelan meneruskan kesenian ini di istana Terengganu dengan meminjam instrumen dan pemuzik dari Riau-Lingga; tanpa penari.



Seterusnya, perkahwinan Tengku Sulaiman, putera Sultan Zainal Abidin III dengan seorang lagi puteri Sultan Ahmad, Tengku Mariam pada 1913 bukan saja memulihkan hubungan dingin kerajaan Pahang dengan Terengganu, malah telah menyumbang kepada kesinambungan gamelan Melayu di Terengganu setelah kesenian ini lenyap di Riau-Lingga dan Pahang. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914, tiada pewaris takhta yang berminat memelihara tradisi Joget Pahang manakala isteri baginda, Che Zubedah berangkat ke Terengganu untuk menetap bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam; dan turut membawa bersama set gamelan miliknya. Tengku Ampuan Mariam yang sememangnya terlatih dalam seni Joget Pahang meneruskan kesenian tersebut di Terengganu, dengan sokongan Tengku Sulaiman yang juga menunjukkan minat terhadap muzik gamelan.



Pada 1920, apabila Tengku Sulaiman menaiki takhta dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, baginda berhasrat menubuhkan kumpulan Gamelan Terengganu lantas menggunakan khidmat bekas pemuzik Pahang bagi melatih pemuda-pemuda tempatan bermain gamelan; sementara permaisuri Tengku Ampuan Mariam memimpin latihan gadis-gadis tempatan menari Joget Pahang yang telah ditukar namanya menjadi tari gamelan Terengganu. Sultan Sulaiman bersama Tengku Ampuan Mariam kemudian berjaya memiliki set gamelan sendiri pada 1936 dan persembahan gamelan sering diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Tengku Ampuan Mariam turut menghasilkan manuskrip yang mengandungi huraian dan lakaran tarian gamelan; yang kini menjadi rujukan sejarah dan tradisi gamelan Melayu. Dikatakan terdapat 95 buah ciptaan lagu gamelan; kira-kira 60 daripadanya adalah bersama tarian. Sebahagian besar daripada repertoir tersebut merupakan lanjutan tradisi di Pahang manakala selebihnya diperkembangkan sewaktu di Terengganu. Walau bagaimanapun, gamelan Terengganu mengalami zaman gelap apabila Perang Dunia II menular ke Tanah Melayu pada 1941, diikuti dengan kemangkatan penaungnya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 1942. Sejak itu, set gamelan baginda tersimpan rapi di Istana Kolam, yang menjadi kediaman Tengku Ampuan Mariam.



Pada 1966, sewaktu Mubin Sheppard sedang mengkaji seni ukiran Melayu di Istana Kolam, beliau terpandang akan set gamelan yang sekian lama tersimpan itu, lantas memohon izin Tengku Ampuan Mariam untuk menghidupkan semula gamelan Terengganu. Setelah diperkenankan, Puan Adnan binti Abdullah (Mak Nang) yang merupakan bekas penari istana ditugaskan melatih penari baru serta menari bersama, sementara bekas pemuzik istana, Encik Muhammad bin Ismail (Pak Mat) melatih muzik. Kumpulan pemuzik gamelan ini yang dikenali sebagai Orkes Gamelan Diraja Terengganu telah membuat kemunculan kali pertama di khalayak umum di Pesta Muzik dan Drama Asia Tenggara yang berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1969. Kumpulan ini sekali lagi diberi penghormatan membuat persembahan di Universiti Malaya pada tahun berikutnya iaitu di Temasya Seni Melayu (1970); dengan turut menampilkan penari generasi baru. Sejak itu, kesenian ini berkembang di luar lingkungan istana dan diajarkan di sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi di serata Malaysia sehingga dikenali sebagai ‘Gamelan Melayu’.



Pada 1973, set gamelan di Istana Kolam telah diserahkan kepada kerajaan Pahang dan kini dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang. Set gamelan inilah yang menjadi rujukan bagi instrumentasi asas gamelan Melayu iaitu keromong, gambang, saron kecil, saron besar, gendang, gong kecil dan gong besar, serta 3 biji kenong.

Sumber Rujukan Terpilih



“Joget Gamelan: A Cultural Puzzle”, Taman Saujana: Dance, Drama, Music and Magic in Malaya, Long and Not-so-long Ago, halaman 1 - 16
Penulis: Tan Sri Haji Mubin Sheppard
Penerbit: International Book Service, Petaling Jaya (1983)



Lambang Sari: Tari Gamelan Terengganu
Penulis: Harun Mat Piah & Siti Zainon Ismail
Penerbit: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, dengan kerjasama Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1986)



Joget Gamelan Terengganu & Pahang: Penerus Tradisi Seni Persembahan Istana Kesultanan Melayu Melaka
Penulis: Haji Ahmad Omar bin Haji Ibrahim
Penerbit: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia), Kuala Lumpur (2005)



“A Malay Nautch”, Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society
JSBRAS 2, halaman 163 - 167 (December 1878)
Penulis: Sir Frank Athelstane Swettenham



Joget Pahang: Satu usaha menghidupkannya kembali
Jurnal ‘Pahang dalam Sejarah’, Bilangan 1, halaman 28 - 29 (1982)
Penulis: Dato’ Mohd Mukhtar bin Abu Bakar, Pengarah Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan
Penerbit: Lembaga Muzium Negeri Pahang



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 24-10-2019 07:08 AM
Terpaling favorite sy,adalah Zapin Pekan. Tp sy tak ada pengetahuan lsg berkenaan senj tari yg ini.
...

me pun suka zapin
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 24-10-2019 06:35 AM
Tarian piring yg original yg sy pernah tengok, ditarikan secara solo oleh penari lelaki.
Skrg org2  ...

Mcm keras je pergerakan pakcik tu..klu pompuan lg lembut  agaknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 24-10-2019 10:08 AM
Mcm keras je pergerakan pakcik tu..klu pompuan lg lembut  agaknya..

Sebab dia berasaskan silat.tu yg keras tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 24-10-2019 07:40 AM
Kesenian gamelan Melayu dipercayai tiba di Tanah Melayu dari istana Kesultanan Riau-Lingga sejak ...

Tq kurex for the input.

Selain tarian itu sdri, sy sgt tertarik dgn costume bg pergerakan tarian.
Utk tarian timang burung, costume mesti dilengkapi kipas tenun, n lengan baju separas siku dan berbentuk kipas. Head gear selalunye akan ade gandek.

Manakala utk tarian gamelan tenun (lupe nama betul) pakaian mesti berkemban dan bahagian bahu ditutupi dengan kain berbentuk teratai.

Tu yg sy ingat setakat ini.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 10:42 AM | Show all posts
dulu-dulu mak sedara iolls khawin (orang karak, waris prang lanchang) mesti ada tarian piring ni

cuma dah lama mati, tapi baru-baru ni nampak cubaan nak revive kan balik time kenduri khawin
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 24-10-2019 10:37 AM
Tq kurex for the input.

Selain tarian itu sdri, sy sgt tertarik dgn costume bg pergerakan taria ...

Utk perhiasan kepala dipanggil gerak gempa.. Manakala bahagian pinggang dihiasi pending yg ikat antara keduanya dengan selendang..

Selain tu togoh turut dihiasi pada bahagian dada..

Nak tambah, dulu sebelum ada negara, kita berbudaya dengan yg lain.. Sebab tu ada tarian menora, makyong, caklempong, kuda kepang.. Agama nenek moyang kita pun asalnya agama hindu.. Jadi memang adat resam kita sama..

Cuma sejak akhir2 ni, makin banyak pulak yg suka claim tu dari negara dorang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 11:08 AM | Show all posts
satu lagi tarian tradisI Pahang ialah Tarian Labi-labi. my least favorite. Tarian ni lebih kepada komedi. Dikatakan berasal dr belah2 Endau-Rompin dan Pekan. Kalau di belah Rompin/Pekan hanya terdapat dua penari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2019 11:24 AM | Show all posts
Tarian Pelanduk pula berasal dari Bukit Bentong, Kuala Lipis. Tak de versi asal yg sy jumpa di Youtube.
yang sy tepek kat sini dah dimodenkan & lebih catchy.[youtube]6fCi7zES-zs[/youtube]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 11:30 AM | Show all posts
Tarian Walinong Sari. Saya tatau asal-usul tarian ni, tetapi cerita berkaitan dgn Puteri Walinong Sari deserve her own thread. Puteri Pahang yg menghilangkan diri di Gunung Tahan, dikhabarkan berkahwin dgn Putera Kayangan[youtube]Nf_jZyGv6jA[/youtube]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
asalnya dari solok sumatra barat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 24-10-2019 11:30 AM
Tarian Walinong Sari. Saya tatau asal-usul tarian ni, tetapi cerita berkaitan dgn Puteri Walinong Sa ...

nak baca!! hehe dulu kecik2 selalu dengar lagu ni pastu cam terfikir sape la putri ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.947863 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list