CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6697|Reply: 34

Hotel Kucing Lima Bintang - Netizen Nak Jadi Kucing Lepas Lihat Catzonia

[Copy link]
Post time 29-10-2019 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto - Twitter Catzonia





Permintaan bagi sewaan hotel dan kondominium untuk haiwan peliharaan nampaknya semakin meningkat di Malaysia apabila pemilik haiwan peliharaan terutama kucing kerap berdepan masalah untuk menguruskan haiwan kesayangan masing-masing jika terpaksa berkerja di luar kawasan atau pergi melancong dalam tempoh yang agak lama.


Jenama Catzonia merupakan salah satu pilihan yang kini amat popular dalam kalangan peminat kucing yang menyediakan perkhidmatan pusat jagaan harian premium yang mengutamakan keselesaan paling optimum kepada haiwan peliharaan itu.





Hotel kucing ini menjadi pilihan kepada golongan kenamaan, selebriti dan pemilik kucing yang amat menitikberatkan kesejahteraan haiwan kesayangan ketika mereka berada di luar kawasan atau pulang ke kampung.


Pakej hotel penginapan kucing berkelas lima bintang yang lengkap dengan pelbagai kemudahan ada di sini, berbanding perkhidmatan yang biasa ada di pasaran.






Selain bilik selesa yang menempatkan katil, taman permainan mini dan tandas khas, kucing yang ditempatkan di kemudahan lima bintang itu juga diberikan makanan premium sebanyak tiga kali sehari, dibersihkan dan sesi bermain bersama penjaga pusat jagaan berkenaan, terdiri daripada kakitangan Catzonia yang juga pencinta kucing.





Malah, kemudahan berkenaan juga dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dengan pancaran secara langsung ke telefon pintar pelanggan menerusi aplikasi khas bagi memastikan pelanggan dapat memantau aktiviti haiwan kesayangan mereka yang sudah dianggap sebahagian keluarga sendiri.


Kemudahan berkenaan ditingkatkan dengan tahap kebersihan optimum melalui sistem pengudaraan yang dibangunkan sendiri oleh Muhammad Syahir Zainal, 29 bekas jurutera yang terbabit dalam beberapa projek rel mega di Malaysia, demi mengadaptasikan minatnya kepada haiwan kesayangan.



Netizen begitu teruja melihat keadaan kucing di Catzonia. Sampai ada yang mahu bertukar menjadi kucing usai melihat keadaan kucing yang begitu selesa dan mewah di sana.



Ada  juga netizen yang berminat untuk kerja di Catzonia.




Tempat yang 'cute' serta pekerja  yang lemah lembut...


Kredit Foto - Twitter Catzonia






Menguruskan kucing memberi kepuasan yang sangat luar biasa bagi sesetengah individu. Apatah lagi apabila ianya mampu memberikan pulangan agak lumayan seperti Catzonia. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm penjara x mcm hotel pun..kecuali dpt bermanja dgn awek2 penjaga kucing..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Stray cat la yg kesian kadang smpai mati pn x merasa nk dibelai2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2019 11:25 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 29-10-2019 11:03 AM
Mcm penjara x mcm hotel pun..kecuali dpt bermanja dgn awek2 penjaga kucing..

hehehe..tu pun ye.. ramai nak ngurat pekerja kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 12:18 PM | Show all posts
ape yg luxury sgt nya. meols tgk biasa2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 12:41 PM | Show all posts
I hantar my cats dlm6 kali kat sini . Hantar di cawangan damansara and Shah Alam.

My cat still takut. Bila check dengan CCTV- nampak dia setiap masa duduk dalam litter box ang bertutup tu. Malam2 baru keluar. Bila balik, rasa ringan sikit. agaknya dia tak lalu makan, padahal I bekalkan makanan dr rumah.

Harga penginapan - dlm RM1k+ untuk  14 hari masa hantar the last time. Cuma puas hati sebab kucing tak duduk dlam sangkar. Dia ada cat bed sendiri dan ada cctv.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2019 12:43 PM | Show all posts
koasser sangat nak hantar kat hotel2 kucing ni.. takut kalau kucing meols berjangkit penyakit dengan kucing yang dihantar kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 01:20 PM | Show all posts
Meraong kucing kalau  hantar sini. Tak biasa mingle kucing lain.
Gadoh besar pulak nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2019 01:38 PM | Show all posts
Rasanya mereka bagi khidmat yang agak baik sebab persekitarannya pun baik dan bersih.  Kucing2 pun akan ada diberikan masa untuk bebas keluar dari kawasan bilik yang disediakan.  Jadi taklah terkurung je sepanjang masa yang boleh buat mereka stress.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 01:42 PM | Show all posts
uda replied at 29-10-2019 12:41 PM
I hantar my cats dlm6 kali kat sini . Hantar di cawangan damansara and Shah Alam.

My cat still ta ...

Lain kali cuba bawakan sesuatu dari rumah bila hantar untuk bording.  Macam towel ke selimut ke bantal ke yang selalu dia guna hari2.  Sebab sesetengah kucing akan rasa lebih tenang bila dia ada bau sesuatu yang dia biasa bau setiap hari semasa dirumah.  Tempat baru kadang suasa berbeza dengan rumah sebab tu kucing kadang rasa sediki stress dan mula kurang berselera nak makan berbanding bila ia ada dirumah sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah, cats pun boleh duduk hotel 5 bintang sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 03:06 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-10-2019 01:42 PM
Lain kali cuba bawakan sesuatu dari rumah bila hantar untuk bording.  Macam towel ke selimut ke ba ...

Bawak juga but still doesn't help. Dia mmg jenis penakut kot.
Ni Dec nanti- macamanalah pulak, kesian kat dia orang
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 03:27 PM | Show all posts
silakan jadi kucing
dapat kat org vietnam sembelih buat gulai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2019 03:42 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-10-2019 01:38 PM
Rasanya mereka bagi khidmat yang agak baik sebab persekitarannya pun baik dan bersih.  Kucing2 pun a ...

kalau baca komen pengguna, so far so good..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 29-10-2019 11:23 AM
Stray cat la yg kesian kadang smpai mati pn x merasa nk dibelai2

Sian kan..makan pun kais pagi kais petang...selalu disepak terajang...sedih la bila fikirkan semua tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 29-10-2019 03:27 PM
silakan jadi kucing
dapat kat org vietnam sembelih buat gulai

Hahahahaha..,dulu pernah berjiran ngn myanmar/vietnam lupa dah,kucing yg lalu lalang kt kawasan rumah tu hari ni nmpk,bsk hilang dah..pastu selalu ada bau hanyir from their house..:fav drg anak kucing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2019 04:35 PM | Show all posts
uda replied at 29-10-2019 03:06 PM
Bawak juga but still doesn't help. Dia mmg jenis penakut kot.
Ni Dec nanti- macamanalah pulak,  ...

Kadang boleh juga cuba sesekali hantar just untuk grooming.  Kasi dia biasa dgn suasana sana dan biasa bergaul dengan cat2 yang lain.  Bila dia dah biasa kat sana dia akan rasa lebih selesa sebab dah makin kenal staff dan house cat sana.  My cat pun macam tu dulu  sebab dia pun sebelum ni akan susut sikit kalau kena hantar bording.  Tapi sekarang dah ok perut pun penuh je dah tak rasa ringan lagi bila balik rumah lepas hantar for bording.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
AmandaRollins replied at 29-10-2019 04:26 PM
Sian kan..makan pun kais pagi kais petang...selalu disepak terajang...sedih la bila fikirkan semua ...

kt sini xde hartawan bermurah hati nk buat taman kucen bersih cantik dalam hutan bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2019 05:28 PM | Show all posts
macam kecik je kotak kucing tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2019 05:33 PM | Show all posts
missinpiece replied at 29-10-2019 05:26 PM
kt sini xde hartawan bermurah hati nk buat taman kucen bersih cantik dalam hutan bandar.

Kan.. tengok kat Turki kucing jalanannya gemuk-gemuk... Kat Malaysia ni kurus kering ja..siap disepak, dianiaya...

Pulau kucing pun takdak lagi kan kat sini?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.068166 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list