CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1490|Reply: 16

[Tempatan] Berita biasa. Parti Amanah kena mesyuarat, pemilihan semula. Entah kali ke berap

  [Copy link]
Post time 13-11-2019 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Amanah Pengkalan Chepa kena mesyuarat, pemilihan semula
Diterbitkan Hari ini 8:35 malam  |  Dikemaskini Hari ini 8:35 malam

Asalnya mesyuarat agung tahunan dan pemilihan Amanah Pengkalan Chepa dijadual dibuat di sebuah sekolah, tetapi ia dibatalkan.

Majlis itu kemudian diadakan di sebuah warung makan.
Mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk mengesahkan senarai calon yang menang. Pun akhirnya ia dibatalkan

Kini Amanah Pengkalan Chepa diarah supaya mengadakan pemilihan sekali lagi oleh ibu pejabat parti itu.

Arahan berkenaan dibuat selepas bantahan sebahagian daripada perwakilan kawasan itu diterima Amanah Nasional, sekali gus menjadikan keputusan pemilihan sebelum ini terbatal.

Dalam satu notis yang dilihat Malaysiakini, Jawatankuasa Aduan Amanah Nasional yang bersidang pada 5 Nov lalu membuat keputusan bahawa mesyuarat Amanah Pengkalan Chepa pada 27 Okt lalu tidak sah dan tidak mematuhi perlembagaan serta tatacara parti.

"Justeru, mesyuarat tahunan Amanah Pengkalan Chepa hendaklah diadakan semula dengan mematuhi perlembagaan dan tatacara Amanah," kata notis yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Agung Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Notis itu bertarikh 6 Nov lalu.

Patut tujuh hari

Malaysiakini pada 5 Nov lalu melaporkan pemilihan kedua itu dibantah oleh sesetengah perwakilan yang tidak bersetuju dengan kaedah pelaksanaan yang didakwa melanggar perlembagaan parti.

Menurut sumber, bantahan tersebut sudah dikemukakan kepada Amanah Nasional agar tindakan dan pemilihan yang lebih adil dijalankan semula.

Bagaimanapun sumber tersebut enggan mendedahkan alasan terperinci mengenainya.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Kelantan, Mohd Alawi Abdul Rashid, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan mengenai notis arahan mengadakan pemilihan semula kali ketiga itu.

Menurutnya, bantahan dan penerimaannya itu dibuat susulan mesyuarat yang diadakan sebelum ini tidak menepati syarat mengeluarkan notis pertukaran tempat.

"Mengikut notis asal mereka mahu jalankan mesyuarat itu di sebuah sekolah, tetapi ditukar ke tempat lain (warung) dengan tempoh notis yang singkat.

"Sepatutnya notis dikeluarkan tujuh hari sebelum mesyuarat berlangsung. Justeru, Amanah Pengkalan Chepa perlu mengadakan pemilihan semula, sekiranya gagal bakal berdepan dengan pembubaran," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 12:17 AM | Show all posts
Pakai melingkup la parti belaan DAP ni.. baguih2.. mari masuk Parti Bunga Raya... kata knights dengan senyum sinis sambil mengunyah dodol liat gila..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mensyuarat tingkap je la korang
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 09:07 AM | Show all posts
lagi xmenang calon feveret lagi tu la buat lagi sekali
parti tok guru katanya tapi xboleh terima ketentuan illahi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 10:07 AM | Show all posts
lgi kerap pemilihan
lagi kerap ada makan-makan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 14-11-2019 12:25 PM

Boleh masuk tender katering la bg mesyuarat  PAN.. Aku boleh kaya ni.. Sebab setahun 10 kali mesyuarat dibatalkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2019 10:16 AM | Show all posts
sarah82 replied at 14-11-2019 10:13 AM
Boleh masuk tender katering la bg mesyuarat  Bersatu.. Aku boleh kaya ni.. Sebab setahun 10 kali mes ...


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 10:19 AM | Show all posts
Amanah ni berapa orang ahlinya ? dengarnye  budak skinhead ramai lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
be-keng replied at 14-11-2019 10:16 AM

Ye la.. Dah depa asyik batal je.. Lps tu mesti lps bergaduh habis tenaga kan.. Aku offer la katering.. Makan2……gaduh balik..

Esk lusa nak buat mesyuarat dan pemilihan semula.. Aku buat solat hajat bagi calon bukan pilihan ibu pejabat menang... Maka akan dibatalkan lagi..

Kira sampai AJM la... Aku juga yg untung.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:09 PM | Show all posts
sarah82 replied at 14-11-2019 10:19 AM
Ye la.. Dah depa asyik batal je.. Lps tu mesti lps bergaduh habis tenaga kan.. Aku offer la kateri ...

thread kutuk PAN ni kak. yang ko konar ke Bersatu nanti knight marah


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:16 PM | Show all posts
apa mender meeting kt warung makan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
be-keng replied at 14-11-2019 12:09 PM
thread kutuk PAN ni kak. yang ko konar ke Bersatu nanti knight marah

Blur jap.. Wakakakakaka.. Knight tak gaduh lagi dgn aku.. Jap nak edit
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:26 PM | Show all posts
ade sorg supporter DAP tuh kt komens ection MK ke the star.. aku pon x ingat.. dai kata dai join PAN untuk memahami pemikiran melayu...

aku gelakkan kan aje,... aku cakap kt dia.. PAN ni barua DAP,... of kos la uols suka...

dia kata lagi.. melayu kene jadi melayu PAN.. barula boleh hidup aman damai dengan masyarakat lain..

alahaii.. atuk nenek ko dari dulu hidup x aman ke?.. pan xde pon dolu2
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:36 PM | Show all posts
parti gila babee
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 12:45 PM | Show all posts
ada lg ka org yg jadi ahli pan nih....hahaha

msg2 pakat kluar sbb malu dpt presiden plg bodoh dlm sejarah........ elephant vs elephant grass will suffer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 01:01 PM | Show all posts
ahli ramai ke tidak tak penting
yg penting kerap ada pemilihan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk presiden parti pun xselera. IQ nmpak sgt rendah.. Korang rs dia ada pikir jgk ke masalah pemilihan ni....tgu masa nk bkubur je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.065403 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list