CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 18

[Tempatan] Rakyat Perlis paling ramai hidap kencing manis. Isteri orang Perlis please take

  [Copy link]
Post time 17-11-2019 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat Perlis paling ramai hidap kencing manis
Bernama | Diterbitkan pada November 17, 2019 15:42 MYT

KANGAR: Perlis dikesan sebagai negeri tertinggi di Malaysia mempunyai rakyat yang menghidap penyakit kencing manis berdasarkan kepada nisbah jumlah penduduk.

Sehubungan itu, penduduk negeri ini dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan atau minuman mempunyai banyak gula yang berisiko tinggi terkena penyakit berkenaan.
Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Kangar, Zaferidin Hashim semasa memberi ceramah kesihatan anjuran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Guru Jaya di sini, hari ini.

Beliau turut menyarankan orang ramai supaya banyak memakan ulam yang boleh membantu menolak bahan makanan yang membahayakan usus.
Dalam pada itu, katanya, adalah lebih wajar jika setiap makanan dimasak sendiri kerana kesegarannya lebih terjamin tanpa dimasukkan bahan perisa yang berlebihan sehingga memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Katanya, sebagai pengguna orang ramai mempunyai hak memastikan kualiti makanan yang dijual di kedai makan dalam keadaan baik, selain memberi nasihat kepada pemilik premis makanan untuk menjaga kebersihan tempat memasak. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Overdose makan mempelam?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:35 PM | Show all posts
Kasihan orang Perlis....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab kat perlis ada ladang tebu n kilang gulakah ???
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab harumanis terlampau manis ke..tp tu la negari lain x sesuai tanam kononnya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua salah....

Pagi2 menyorok dgn pulut ikan masin

Tghari makan pulut ayam...

Ptg makan pulut dgn mempelam.

Malam layan ikan bakar kuala Perlis.

Hari raya.. Layan ketupat daun palas cicah susu pekat atau gula..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-11-2019 11:28 PM
Semua salah....

Pagi2 menyorok dgn pulut ikan masin

Ketupat palas sedapnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 17-11-2019 11:32 PM
Ketupat palas sedapnyaaaa

Hahaha.. Mmg la..kena pulak kat Perlis biasanya depa buat ketupat daun palas guna pulut hitam.. Fuhhh.. Sedap ya amat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-11-2019 11:33 PM
Hahaha.. Mmg la..kena pulak kat Perlis biasanya depa buat ketupat daun palas guna pulut hitam.. Fu ...

Hooi lapo nii.. kek kl ni mana ade benda alah ni semuaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 17-11-2019 11:35 PM
Hooi lapo nii.. kek kl ni mana ade benda alah ni semuaa

Kat jitra ada.. Kalau malas.. Pi market je.. Kalau rajin buat sendiri.. Hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
perlis katakanlah ada 100,000 penduduk. 10 ribu kencing manis. kiranya 10% penduduk kena kencing manis. katakanlah kl ada sejuta penduduk. amik 5 % kencing manis ada 50,000 org. walaupun kl lagik ramai org kena,tetapi perlis juara sebab ikot peratus sebab ade setengah agensi suka kira ikot peratos
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Peratusan tertingga ikut nisbah penduduk kan.. Klo da perlis tu kecik gitu,  haruslah % nye pun tinggi... Tp x lah bermaksud kt negeri lain x ramai ada dm, tp sbb rakyat negeri lain ramai,  jd lah % nya kurang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 07:11 AM | Show all posts
luar Perlis ada ka org jual ketupat pulut hitam?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 18-11-2019 07:11 AM
luar Perlis ada ka org jual ketupat pulut hitam?

Ada.. berlambak.. kdg2, pagi2 ni kedai jual nasi lemak, kuih tepi jalan pun ada jual.. ketupat palas pulut hitam, ketupat jagung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 09:33 AM | Show all posts
najib888 replied at 18-11-2019 07:21 AM
Ada.. berlambak.. kdg2, pagi2 ni kedai jual nasi lemak, kuih tepi jalan pun ada jual.. ketupat pal ...

area mana?
kalau bubur pulut hitam biasa la nmpk


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:51 AM | Show all posts
area utara la bro.. Alor setar alang-alang makan ketupat palas, makan sekali dengan serunding daging or ikan...

tapi aku lagi suka pagi2 makan nasi lemak, atau pulut sambal (pulut berlemak santan + serunding ikan- dibungkus dalam daun pisang). Pagi2 ni, kebanyakkan orang suka makan makanan2 yang manis + pedas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Org perlis mmg suka makan benda manis2. Pagi 2msti nak makan pulut. Depa suka makan cucuq yang manis2. Petang2 buat serawa plakkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 18-11-2019 07:11 AM
luar Perlis ada ka org jual ketupat pulut hitam?

Nanti kalau aku rajin.. Aku post resepi dan gambar aku buat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 05:30 PM | Show all posts
dulu penah report kelate paling manis ... kang Perlis dah memintas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071049 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list