View: 3725|Reply: 35
|
[Tempatan]
Nama Tok Pa sekali lagi disebut-sebut calon TERBAIK Menteri Kewangan. First Clas
[Copy link]
|
|
Anwar, Tok Pa antara yang layak ganti Guan Eng
22 November 2019
KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya ada dua tokoh pemimpin yang dikatakan layak menggantikan tempat Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.
Katanya, kedua-dua tokoh itu ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Jeli yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Beliau berkata, mengikut pengamatannya kedua pemimpin itu mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam kabinet khususnya berkaitan dengan hal ehwal ekonomi dan kewangan.
Jelas Mohd Zuhdi, Kementerian Kewangan merupakan salah satu portfolio yang paling ketara kegagalannya menyebabkan ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu dan kehidupan rakyat semakin tertekan.
“Sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad benar-benar mahu membaiki kelemahan ketara kerajaan Pakatan Harapan (PH), Guan Eng perlu ditukar segera.
“Tempatnya diganti oleh seseorang yang benar-benar berpengalaman dalam kabinet sebelum ini khususnya berkaitan dengan ekonomi dan kewangan, iaitu Anwar atau Mustafa yang dikenali sebagai Tok Pa,” katanya dipetik kenyataannya kepada Harakahdaily.
Mohd. Zuhdi menjelaskan, cadangan itu dikemukakannya berikutan Dr. Mahathir ada membayangkan akan membuat rombakan kabinet selepas PH kalah teruk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu.
Sememangnya, ujar beliau, pihaknya mengalu-alukan pengumuman rombakan itu yang sekaligus Pengerusi PH mengakui kelemahan ketara kerajaan pimpinannya yang menjadi punca utama kekalahan itu.
Mengulas mengenai nama Mustafa yang dikatakan layak menggantikan Guan Eng, Dr. Mohd Zuhdi berkata, bekas Menteri Kewangan II itu sudah tentu akan berdepan kesukaran kerana mungkin dibantah oleh parti komponen PH.
“Ini kerana Mustapha baru saja menyertai PPBM dan tidak boleh diterima oleh kebanyakan pemimpin dari PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM sendiri.
“Maka calon yang boleh diletakkan harapan untuk mengganti Guan Eng ialah Anwar. Beliau pernah menerajui portfolio Menteri Kewangan ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ini.
“Selain itu, Anwar juga mempunyai rangkaian hubungan luar yang baik sama ada dengan negara barat atau negara dunia Islam,” katanya.
Beliau menjelaskan, melihat kepada kepentingan negara dan rakyat yang perlu diutamakan, Mahathir perlu berlapang dada untuk menerima kemasukan Anwar ke dalam kabinetnya.
Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson seharusnya melupakan hasratnya untuk mengambil alih jawatan perdana menteri dalam tempoh penggal Parlimen ini sehinggalah selepas PRU-15.
“Saya yakin hanya dengan tolak ansur seperti ini negara dan rakyat dapat diselamatkan dari terjerumus dalam krisis ekonomi dan tekanan sara hidup yang lebih teruk.
“Boleh jadi pandangan yang dikemukakan ini akan memperkuatkan semula kerajaan PH dan menyebabkan Muafakat Nasional menghadapi kesukaran untuk berhadapan dengan mereka dalam PRU ke-15 akan datang.
“Namun, sebagai sebuah blok kerjasama yang mendukung Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), kepentingan negara dan rakyat harus diutamakan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tokpa tu masuk akai....but yg sorang lagi tu.....jadik menteri kewayangan versi melayu ler |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong la jangan bang non |
|
|
|
|
|
|
|
Knp org pas ni kejap benci anwar kejap sokong anwar |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar? Dulu penah jadi menteri kewangan-ke laut dalam gak |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 22-11-2019 07:13 PM
Knp org pas ni kejap benci anwar kejap sokong anwar
strategi politik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu nak rombak tu rombak la cepat bingaii
Tau x this kind of rumors
Akan buat ekonomi malaysia worse
Nampak tak stabil and tak kondusif
Dengan perangai suka hati implement itu ini
Pelabur pun takut tak pasal2 diorang impacted dengan rules yang out of nowhere
Now .. ketidak pastian politik plak
Puihhh
Ringgit lately menyusut pesat
Sakit plak hati kiteeee |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 22-11-2019 07:13 PM
Knp org pas ni kejap benci anwar kejap sokong anwar
Double meaning tu...kita tgk jer nanti |
|
|
|
|
|
|
|
yg terlibat dgn business
kecik ka
besar ka
memanag terasa kesan ekonomi
19 bulan kebelakangan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Senang2..tok pa je la pengganti tun m...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
29/11/19 ni black friday sale.. Jgn sebab kamjad angpa bermain politik, ringgit jatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
.. buat apa bagi kepada dia .. jenis yang TIDAK SETIA .... berpihak kepada yang MENGUNTUNGkan dia ... |
|
|
|
|
|
|
|
Bung Nuwar paling sesuai jd Menteri Kewangan...dulu beliau ada pengalaman dgn IMF... |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar mana reti apa. Zaman dia menteri kewangan la terjadinya skandal forex yg dia claim hanyalah paper loss. Zaman tu pun dah kaki kencing |
|
|
|
|
|
|
|
Now asal bukan anwar, asal bukan guanjeng.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus tu kalau Anwar... Boleh buat loan kat yahudi...atok x yah susah2 pi jepung... Tok pa pun ok... Spm10A tau.... Dua orang ni ex Umno yang dah suci lah kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kekalkan guanjeng sbgai mentri kew paling bingai dlm sejarah. Biarkan org rmai makin bengang ngan pakatun hancingjing |
|
|
|
|
|
|
| |
|