Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2062
View
30
Reply

[Tempatan] APA salahnya saya mengambil sedikit makanan mereka (gelandangan) kerana saya juga hidup daif,” ujar seorang penghantar surat yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 35

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-12-2019 08:44 AM | Show all posts |Read mode



“APA salahnya saya mengambil sedikit makanan mereka (gelandangan) kerana saya juga hidup daif,” ujar seorang penghantar surat yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 35.

Menurutnya, dia tidak perlu rasa segan berbaris bersama gelandangan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, untuk mendapatkan makanan kerana menganggap dirinya senasib.

“Saya menyewa PPR di Cheras dengan kadar RM124 sebulan. Namun saya perlu menampung kos rawatan ibu yang menghidap penyakit buah pinggang, menyekolahkan dua anak, pelbagai bil selain perlu menampung perbelanjaan adik di universiti.

“Pendapatan bersih saya hanya sekitar RM1,200 sebulan. Jumlah ini kecil jika dibandingkan dengan beban perlu ditanggung apatah lagi dengan kos sara hidup yang tinggi di KL (Kuala Lumpur),” katanya.

Dia memberitahu isterinya cuba menolong menambahkan pendapatan keluarga dengan membekalkan kuih ke gerai berhampiran.

ISU gelandangan atau miskin bandar tidak akan selesai selagi masalah ekonomi, peluang pekerjaan dan isu kos sara hidup tidak diselesaikan.

“Biasanya saya singgah mengambil bungkusan makanan diedarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau NGO Dapur Jalanan untuk dibawa pulang untuk anak-anak. Ini membolehkan saya berjimat belanja dapur antara RM50 hingga RM100 sebulan.

“Malah ada ada juga NGO yang mengagihkan sabun, berus dan ubat gigi. Ini adalah rezeki kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, aktivis masyarakat yang juga pensyarah kanan pusat pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, isu gelandangan atau miskin bandar tidak akan selesai selagi masalah ekonomi, peluang pekerjaan dan isu kos sara hidup tidak diselesaikan.

Menurutnya, jika punca ini tidak diatasi, komuniti jalanan akan terus bertambah kerana mereka berasakan ini jalan keluar pada permasalahan.

“Walaupun diakui ada di antara mereka benar-benar daif dan pelbagai program dijalankan kerajaan seperti program Anjung Singgah dan Program Rumah Bimbingan Gelandangan namun ia belum mencukupi bagi mengatasi masalah ini dalam jangka masa panjang.

“Komuniti jalanan ini harus dikategorikan mengikut sebab dan kemahiran asas contohnya bagi membimbing mereka. Agensi Islam serta masjid khususnya juga harus meletakkan sebahagian peruntukan asas untuk membantu golongan ini dengan program jangka panjang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 6:45 AM
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:49 AM | Show all posts
Sementara itu, aktivis masyarakat yang juga pensyarah kanan pusat pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, isu gelandangan atau miskin bandar tidak akan selesai selagi masalah ekonomi, peluang pekerjaan dan isu kos sara hidup tidak diselesaikan.


ini oghang akademik yang pandai punya pendapat...bukan pendapat menteri bowdow PeeH...sikit2 nak salahkan PeeH kata ahcai kat saya nanti...wakakakakakakakakakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya adoi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:07 AM | Show all posts
kesiannya dia
biar la dia nk ambil
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:11 AM | Show all posts

Biarlah dia ambil kekadang tu makanan donation sampai tak berusik pun sebab terlalu banyak,
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku elok la dia ambik, dr makanan tu terbuang
Bkn dia buat jual pun...dah mmg susah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:25 AM | Show all posts
tak menjadi kesalahan pun dia nak ambil. makanan diagihkan kepada yg memerlukan, tak semestinya  rakan jalanan sahaja, malahan utk mereka yg kurang kemampuan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:30 AM | Show all posts
DARSITA replied at 6-12-2019 09:11 AM
Biarlah dia ambil kekadang tu makanan donation sampai tak berusik pun sebab terlalu banyak,

betul...  pernah je keluar berita banyak makanan terbuang tak berusik bersepah2...  sampaikan bila ada siapa ntah (menteri kot) cakap jangan bersedekah tanpa register, orang mengamuk2...  padahal nak elakkan makanan yang membazir...  jadinya, aku ok je mamat ni pi amek makanan tu...

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:44 AM | Show all posts
makanan byk sampai dibuang - buang. bagi jelah org ambil. dah nama pon sedekah. tak payah la pilih pilih orang
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 09:54 AM | Show all posts
bagi aje lah daripada membazir
gelandangan pun kadang x makan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:19 AM | Show all posts
mmg patut dia ambil... kat area chowkit/kl tu terlampau banyak org bg makanan kat gelandangan, sampai terlebih2 makanan.
ada gelandangan yg kalau kita bagi makanan, dia akan tanya lauk apa.. sbb dia tak nak lauk yg dia tak makan.
lepas tu aku tgk ramai yg letak makanan tepi2 gelandangan yg tgh tido...bila gelandangan tu bangun, dia tak usik langsung makanan tu..terus je bangun, kemas2 & jalan..membazir je huhuh

kalau korang nak buat aktivti bagi makanan kat gelandangan...better pikir plan lain..sbb ramai sgt bagi..mungkin boleh bagi benda lain mcm ubat gigi atau sabun/shampoo pack kecik2/sikat/beg ke... tak pun bagi makanan lambat basi mcm keropok/biskut
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:20 AM | Show all posts
dah dia tak mampu..
biar la dia ambil untuk makan..
bukan dia buang pun..
i pun rasa kalau dah sedekah, sesiapa pun boleh ambil..
tapi kalau yang ambil tu orang terlebih mampu, tu tandanya dia miskin minda..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:22 AM | Show all posts
kalau korang jalan2 area chowkit/kl pagi2 ahad... sian tgk perkerja pembersihan/sapu sampah tu bersihkan makanan gelandangan2 ni..banyak jugak yg tk terusik..membazir sangat.. baik bg dkt org2 yg tak mampu..jgn hadkan makanan tu utk gelandangan shj
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:53 PM | Show all posts
Apa salahnya dia ambil sebab dia sendiri dalam kesusahan dan yang memberi tu pun pasti dah tahu masaalah yang dia hadapi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 01:30 PM | Show all posts
ok lah tu bukan dia jual pun.dia amik utk bg anak2 dan bini
mkn ,mmg tgh susah dr dibiarkan membazir baik bagi jer kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg pertikaikan dia ambil ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 02:23 PM | Show all posts
baik hantar kat uni2 ke...
ramai je yg x cukup makan
blajar dlm keadaan berlapar
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia layak amik,mkn je lahhh
Daif kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 03:00 PM | Show all posts
sukacactus replied at 6-12-2019 09:24 AM
Pada aku elok la dia ambik, dr makanan tu terbuang
Bkn dia buat jual pun...dah mmg susah

tau xpe, da la makanan lepas masak ni cepat basi bila dibungkus

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 6-12-2019 03:00 PM
tau xpe, da la makanan lepas masak ni cepat basi bila dibungkus

Haah sebab wap panas tu berkuap dlm bekas tertutup tu yg cepat basi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091058s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list