"Ha, hambik satu production kena pujuk heret tak nak bagi takut."
Kredit foto: IG
Alahai, comel saja Intan Najuwa ketakutan ketika berdepan 'jarum panjang' untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Kredit foto: IG
"Mommy tolong... Sakit tak?" ujarnya ketakutan.
Ramai terhibur dengan kecomelan Intan itu dan turut berkongsi pengalaman sendiri yang takut dengan jarum suntikan.
Namun, ramai juga kurang senang dengan aksi ditunjukkan Intan dan menyifatkannya seorang yang 'gedik'.
Kredit foto: IG
Biasalah, setiap orang memiliki tahap ketakutan berbeza terhadap sesuatu.
Memang Intan seorang pelakon berbakat, tapi tidak mungkin dia akan buat-buat takut depan jarum, kan? - CARI |