CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9383|Reply: 55

Kebakaran Hutan Di Tenggara Australia

[Copy link]
Post time 2-1-2020 01:59 PM | Show all posts |Read mode


Kebakaran hutan di Tenggara Australia.

Di negeri Victoria, kebakaran hutan di hari tahun baru di wilayah Gippsland telah menyebabkan seorang mati manakala 17 lagi masih hilang dan 24 penempatan komuniti di wilayah ini telah terputus hubungan manakala bomba dan penyelamat berusaha untuk memastikan jalan raya selamat di gunakan untuk kerja pemindahan para penduduk dan pelawat di kawasan itu.

Para penduduk dan pelawat pekan Mallacoota diminta untuk menyelamatkan diri dan berlindung di pantai Mallacoota.

Manakala di New South Wales, 382 bangunan musnah akibat kebakaran di daerah pinggiran pantai selatan manakala para pelawat di minta untuk keluar dari kawasan yang terlibat dan juga Taman Negara Kosciuszko sebelum jam 10 pagi esok. 40, 000 ribu penduduk terputus bekalan elektrik dan juga talian telefon akibat kebakaran ini. 7 orang termasuk 2 ahli bomba maut dalam kebakaran hutan di musim panas ini.

Kerajaan Persekutuan telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk membantu kerja kerja pemindahan penduduk yang terjejas dan juga bantuan bantuan lain seperti makanan, petrol dan lain lain lagi. Di masa kini, angin sejuk dari kutub selatan meredakan keadaan .

Hari Sabtu 4hb Januari ini dijangka heat wave akan melanda sekali  lagi dan suhu dijangka naik ke 41 darjah. Kerajaan mengistiharkan darurat di kawasan terjejas. Di Australia, kebakaran hutan di musim panas 2019/2020 telah merangkumi kawasan seluas 5, 900, 000 hektar tanah (jangkaan) , lebih 2, 500 bangunan (termasuk 1, 300 rumah) musnah.

Sumber:  The Australian, Australia Broadcasting Corporation dan 9news.com.au










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2020 02:25 PM | Show all posts
kesiannya...kat mesia ni banjir tu dah teruk...tapi tempat orang terbakar acres and acres of land...lagi menakutkan...nauzubillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2020 02:37 PM | Show all posts
fliphair8 replied at 2-1-2020 02:25 PM
kesiannya...kat mesia ni banjir tu dah teruk...tapi tempat orang terbakar acres and acres of land... ...

semoga di permudahkan semuanya untuk Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2020 02:43 PM | Show all posts
Kami di Sydney sekarang di peringkat dua, larangan penggunaan air dimana kami tidak boleh membasuh kereta, siram pokok dan sebagainya dengan menggunakan hos air. Kami perlu guna baldi atau bekas lain untuk siram pokok attau basuh kereta. Industri dan perusahaan yang menggunakan air yang banyak  dimestikan memohon permit, jika tidak denda berat dikenakan.

ini adalah kerana kurangnya hujan turun dari musim bunga hingga sekarang mengakibatkan tasik tadahan air kami turun ke paras 40 peratus.

Manakala, ada sesetengah tempat  para petani dan peladang Australia tidak menerima hujan selama hampir 3 tahun lebih. Mereka sangat gembira bila hujan turun sebanyak  5 cm (purata)  di bulan Oktober yang lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Asap dari kebakaran hutan menyebabkan Canberra dan Bandar Goulburn antara bandar paling tercemar udaranya. Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya mengurangkan aktiviti luar dan memantau orang2 tua serta kanak2.

Semasa Sydney dilanda jerebu akibat kebakaran hutan di Blue Mountains bulan lepas, perkhidmatan feri dibatalkan kerana kadar penglihatan yang sangat rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni paling teruk dlm sejarah ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar

Smeoga dipermudahkan urusan padamkan kebakaran..
Nmpak pun bahang ni, teringt bomba pernh bgtau, yg pakai lens ni boleh cair kanta kalau panas sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 2-1-2020 02:43 PM
Kami di Sydney sekarang di peringkat dua, larangan penggunaan air dimana kami tidak boleh membasuh k ...

Godspeed. Sekarang hutan seluruh dunia tengah terbakar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 2-1-2020 04:00 PM
Ni paling teruk dlm sejarah ke?

Mengikut saksi kebakaran kali ini lebih teruk dari kebakaran Black Friday 2009.
Saksi mengatakan kejadian di tengahari itu seperti malam hari kerana asap tebal  menjadikan siang seperti malam. Dan angin keringdan kuat yang berubah arah menjadikan  ianya sukar untuk melawan api yang terbakar seprti ribut dan juga bara api yang berterbangan menyukarkan untik dikawal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 2-1-2020 04:39 PM
Allahuakbar

Smeoga dipermudahkan urusan padamkan kebakaran..

Memang panas...berita tv jam 6 petang semalam ada tunjukkan ahli bomba terpaksa letak jaket mereka di tingkap kereta bomba sewaktu mereka melintasi kawasan kebakaran dan lepastu mereka tunjukkan sebahagian sisi kenderaan cair akibat kepanasan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 05:30 PM | Show all posts
Aku terbayang macam mana la Koala Bear lari selamatkan diri dan ada yang terbakar..  aduhai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Orgkgdukobesi at 2-1-2020 05:37 PM
buragazz replied at 2-1-2020 05:30 PM
Aku terbayang macam mana la Koala Bear lari selamatkan diri dan ada yang terbakar..  aduhai...


2 bulan lepas ada satu video di berita tv tentang satu koala yang diselamatkan oleh orang ramai selepas kebakaran tapi akhirnya koala tersebut mati selepas melecur hampir 70%

Link utk berita itu https://www.google.com/amp/s/amp.theguardian.com/australia-news/2019/nov/26/koala-rescued-from-nsw-bushfire-dies-due-to-extensive-burns
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu moga semuanya dipermudahkn buat penduduk dan petugas di sana, tgk gambar pun rs ngeri apa lg yg berdekatan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 2-1-2020 04:58 PM
Mengikut saksi kebakaran kali ini lebih teruk dari kebakaran Black Friday 2009.
Saksi mengatakan  ...

Semoga Allah membantu semua di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 2-1-2020 02:43 PM
Kami di Sydney sekarang di peringkat dua, larangan penggunaan air dimana kami tidak boleh membasuh k ...

Basuh kereta mcm boleh ditolak tepi dah darurat air takde

Pokok mesti kena siram. Pokok nk hidup juga

Yg petani tak hujan 3thn tu... cane bertani? Ke stop dah menanam??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Donutfilling replied at 2-1-2020 07:22 PM
Basuh kereta mcm boleh ditolak tepi dah darurat air takde

Pokok mesti kena siram. Pokok nk hidu ...

Some petani/ peladang give up...jual tanah jual ternakan, some petani dan peladang still hold on...sebab ada kempen/ dana dari  kompeni besar dan gomen dan juga inisiatif rakyat untuk tolong mereka dari segi kewangan   /material
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 2-1-2020 02:43 PM
Kami di Sydney sekarang di peringkat dua, larangan penggunaan air dimana kami tidak boleh membasuh k ...

Tiga tahun Tak hujan?? Mak aiiihhh konspirasi dajjal.ker
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu. Tengok gambar pun dah ngeri apalagi mereka yang menghadapinya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2020 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya korang. Takleh bayang 3 tahun xhujan.. Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.533245 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list