View: 1989|Reply: 16
|
Jho Low Mengaku Jadi Kambing Hitam Skandal 1MDB
[Copy link]
|
|
Pembiaya Malaysia dalam buruan, Jho Low telah ditawarkan suaka oleh sebuah negara pada Ogos tahun lepas atas dasar berlaku penganiayaan politik dan pencabulan hak asasi manusia yang berterusan terhadapnya, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin.
Kredit Foto - straitstime.com
Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar harian Singapura, The Straits Times melalui e-mel, beliau turut menafikan dirinya adalah perancang utama skandal berbilion dolar tersebut kerana beliau bukanlah terdiri daripada kalangan ahli politik dalam skandal yang bermotifkan politik ini.
Jho Low turut mengakui beliau menjadi kambing hitam dalam skandal kewangan terbesar itu.
Jho Low menggambarkan dirinya sebagai orang tengah yang diminta dalam 'membantu' urusan manfaat kerajaan Malaysia dengan satu pihak di Asia Barat berikutan hubungan baik yang dimiliki dengan beberapa pembuat dasar.
Low berkata demikian ketika menjawab soalan Koresponden Serantau akhbar itu di Kuala Lumpur, Leslie Lopez menerusi temu bual e-mel mengenai tawaran suaka yang diterimanya.
"Seperti diketahui, saya mempunyai kebimbangan terhadap keselamatan peribadi yang serius, oleh itu tidak akan menyentuh mengenai lokasi saya atau maklumat lain seumpamanya.
"Bagaimanapun, saya boleh mengesahkan bahawa saya telah menerima tawaran suaka pada Ogos 2019 daripada sebuah negara yang mematuhi prinsip-prinsip Deklarasi Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Eropah berkaitan Hak Asasi Manusia atas dasar berlaku penganiayaan politik dan pencabulan hak asasi manusia yang berterusan ke atas saya," kata Low yang dipetik dari Bernama.
Kredit Foto - Bernama
Menjadi temu bual pertama kali yang dibalas Jho Low tanpa perantara firma perhubungan awam, Jho Low dikatakan lebih meyakini sistem keadilan Amerika Syarikat yang mana kedaulatan undang-undang dihormati dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret di Malaysia telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Low bagi membantu siasatan dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa Malaysia untuk membawa pulang ahli perniagaan berusia 38 tahun tersebut sepanjang tahun lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan bahawa Jho Low telah ditawarkan suaka oleh sebuah negara, namun tidak menyatakan nama negara itu.
Jho Low bukan sahaja dikehendaki pihak berkuasa bagi pembabitannya dalam kes penyelewengan dana 1MDB, tetapi juga merupakan saksi penting perbicaraan yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli perniagaan yang dilahirkan di Pulau Pinang itu dikatakan menetap di beberapa lokasi termasuk Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing dan Hainan di China.
Kalau betul dikambing hitamkan, balik Malaysia lah bersihkan nama, kan? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
balik dulu.....sembang melalui emal...macam sembang lembu pun boleh terbang...ahaks!! |
|
|
|
|
|
|
|
dia yg membabi hitamkan org lain... banyak songeh la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kau tuduh dia, dia tuduh kau...sampai AJM pun tak selesai gini |
|
|
|
|
|
|
|
Kambing hitam atuk kau la
Bagi miranda ker macam2..
Dasarr |
|
|
|
|
|
|
|
dia pun nak jadi kambing...kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
kau mana sesuai kambing.. babi sesuai lah. dajjal. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi apa tuh, nak tahu lerr...
|
|
|
|
|
|
|
|
wowww wawancara melalui email..btw more tu beruang kutub..bukan kambing |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yang kambinghitamkan kau, bibir merah or bibir hitam? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pulak perbicaraan guna email
kahkah
kelako punya rule of pundet |
|
|
|
|
|
|
|
Semua ngaku nak jadi kambing sekarang..
Jho Low kata dikambing hitamkan.
DSN kata Jho Low tipu dia... hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Jho Low tak salah...jd Pok Jib ker yg salah...yg untung Che Det gak dpt peluang jd PM blk... |
|
|
|
|
|
|
|
Cari jho low di kampung sinaran baru.. dia guna nama Abu & menyamar sbg petani
|
|
|
|
|
|
|
|
RumiMenari replied at 7-1-2020 07:09 PM
Cari jho low di kampung sinaran baru.. dia guna nama Abu & menyamar sbg petani
bukan dh jd beruang ke |
|
|
|
|
|
|
|
natrahn replied at 7-1-2020 05:09 PM
Semua ngaku nak jadi kambing sekarang..
Jho Low kata dikambing hitamkan.
x kisah la.. yg penting bwk je balik Jho Low tu ke Malaysia.. yg nampak sekarang kerajaan PH yg takut nk ekstradisi Jho Low balik, habis la game kerajaan PH sebelum PRU15 dh tkde modal
ni pun nk up balik modal basi Altantuya |
|
|
|
|
|
|
|
mcmn akhbar boleh cari jho low tapi hamid bador cari tak jumpa. kesian pdrm bwh hamid bador. |
|
|
|
|
|
|
| |
|