View: 5862|Reply: 53
|
[Jenayah]
Kanak2 tiga tahun mati ditikam
[Copy link]
|
|
Muhaamad Hafis Nawawimhafis@hmetro.com.my
“SAYA tidak tahu punca mengapa dia (adik ipar) tergamak menikam anak saudara saya kerana ketika kejadian kami berada di tempat kerja,” kata Mohd Afandi Ibrahim, 34.
Mohd Afandi adalah penjaga kanak-kanak perempuan, Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, yang maut ditikam bapa saudara di Felda Cherul 2, Kemaman, Terengganu, hari ini.
Menurutnya, dia menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan Nur Hafiya ditikam ketika berada di rumah mentuanya di Felda Cerul 2.
“Saya dan isteri (Noradila Ramli) menjaga Nur Hafiya sejak ibu meninggal dunia Ramadan lalu akibat kemalangan sementara bapanya pula bekerja di Johor.
“Jadi, kami berdua yang membantu menjaganya yang mana sebelah siang, dia bersama datuk dan neneknya sebelum isteri akan mengambilnya jam 6 petang selepas pulang dari tempat kerja,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, adik iparnya yang menikam kanak-kanak itu sebelum ini tidak tinggal bersama keluarga mentuanya dan baru saja pulang ke kampung sejak empat bulan lalu.
Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari menyebabkan mangsa berusia tiga tahun maut serta-merta.
Difahamkan, dia ditikam di dada oleh lelaki berusia 26 tahun itu menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 10 sentimeter.
Suspek dipercayai penagih dadah dan menghidap masalah mental.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dijangka hari ini.
Berita berkaitan
• Kanak-kanak 3 tahun dibunuh bapa saudara
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 8:15 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rosli Ilhamcnews@nstp.com.my
LELAKI yang menikam kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Felda Cherul 2, Kemaman, hari ini, dipercayai di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan oleh penduduk kampung sebelum menyerahkannya kepada polis.
Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek yang juga bapa saudara mangsa positif methamphetamine.
“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk mendapat perintah tahanan reman.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari menyebabkan mangsa, Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, maut serta-merta.
Hanyan berkata, kejadian disedari ibu saudara mangsa yang kemudiannya bertindak menghubungi suaminya sebelum mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherul.
“Mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut,” katanya.
Berita berkaitan
• 'Kenapa tikam Hafiya?'
• Kanak-kanak 3 tahun dibunuh bapa saudara
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 9:48 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tengok berita tv3... Di sebut berlalu di kemaman terengganu... Terus iols dah boleh agak, mat pit la ni.. tak payah nak kata masalah mental bagai.... Dah taik dadah tu taik dadah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Ganu ghamai ke mat pit ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh agak kalau mendadih kompem mental..solutionnya para pendadih ni patut dihukum mati je ikut logik..dibiar hidup yang tak berapa nak 'hidup' tu peratusan untuk menjahamkan hidup org lain amatlah tinggi.. |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya negara kita sediakan Univ Serenti ............................
|
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka replied at 28-1-2020 04:59 AM
masalahnya negara kita sediakan Univ Serenti ............................
Bagi iols pusat serenti mungkin membantu kepada pemulihan para penagih awal yang baru berjinak2 dgn dadah..kalau dah tahap tegar tu dah tak berkesan dan ibarat mengabihkan boreh je kan GAM.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni kwn gua citer la..kat Indon xda univ serenti
penagih 2 ni depa masukkan penjara dgn makanan khas
nasi gaul dengan pasir
Gua ingat kalau Malaysia buat,mahu taubat
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu koi pernah terbaca dalam majalah,ada satu pusat pemulihan yang menggunakan kaedah islam dan tradisional iaitu menggunakan air kelapa yang dibacakan dengan ayat2 al quran terpilih lalu diberi minum para penagih beberapa kali(rasanya yang tegar pun insyaallah boleh dipulihkan khabarnya)..perawatan rohani dan jasmani..tapi lupa lokasi pusat tu kat mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada anak buah gua masuk pusat rawatan Islam yg tok garu pegang mentol menyala tu
haram menjadi
skrg dah main ketum pula
|
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka replied at 28-1-2020 05:30 AM
ada anak buah gua masuk pusat rawatan Islam yg tok garu pegang mentol menyala tu
haram menjadi ...
Alamak..sowi ye GAM nak cakap..ibarat peribahasa anji*g kalo da bese makan taik,tak dapat makan,hidu pon jadilah kan..huhuhu
Semoga anak sedara uols insap satu hari nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
FC dah tengok tengok semua posting Ellez ... ok lah memng bukan niat nak iklan.
Semoga dapat atasi masalah tu.
Semoga pembunuh tu dapat hukuman bunuh juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Dadah lagi.. Ni pun satu masalah.. Yg patut diselesaikan pada akar.. Selagi punca dadah tak kasi hapus sampai sekor pun x ada.. Selagi tu la penagih dadah wujud di malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai... nak sewa rumah sana pun takut iolsss... takut kena pecah masuk...
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dh xda..ye la pemerintahan membangun bersama Islam
|
|
|
|
|
|
|
|
kan syed saddiq kata xnak gunakan term penjenayah kat penagih
|
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ade mat pit
kat situ la penduduknya x aman
sentiasa dlm ketakutan
waima sorang jer penagih dlm kampung tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk pun dah tau kerja penagih & serta merta terbayang Ganu......
Tak de org nk tikam budak kecik...sejahat jahat perompak pun tak tergamak tikam budak kecik.....mat pit je yg sanggup tikam, semelih budak & mak bapak |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah dijangka. I tetap dgn pendirian penagih harus dihukum mati sahaja atau pindah kan dipulau khas utk mereka |
|
|
|
|
|
|
| |
|