CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3555|Reply: 20

[Dunia] Doktor Terawal Memberi Amaran Coronavirus Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 7-2-2020 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Bukan berita palsu

Sumber: Berita Harian

SHANGHAI/BEIJING: Seorang doktor di China yang merupakan antara terawal memberi amaran mengenai ancaman coronavirus baharu, meninggal dunia pada Jumaat akibat wabak itu.

Kematian Li Wenliang, 34, yang bertugas sebagai pakar mata di sebuah hospital di Wuhan, diratapi dalam media sosial ketika Beijing mengisytiharkan ‘perang rakyat’ terhadap wabak yang menular dengan pantas itu.

Wenliang dan tujuh individu lagi ditahan polis Wuhan, bulan lalu, kerana didakwa menyebarkan maklumat ‘palsu dan haram’ mengenai coronavirus selepas beliau memberi amaran kepada doktor melalui media sosial mengenai tujuh kes jangkitan virus misteri baharu untuk cuba membantu.

Dalam media sosial, ramai rakyat China menyifatkan Wenliang sebagai wira dan mangsa tragik, menggambarkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan dalam menangani kemunculan virus itu pada peringkat awal wabak.

Pada Jumaat, wilayah Hubei di mana terletaknya Wuhan, melaporkan 69 kematian baharu, menjadikan jumlah korban coronavirus di China kini mencecah lebih 600 mangsa.

Ia turut melaporkan hampir 2,500 kes baharu, menjadikan jumlah jangkitan di China kini melebihi 30,000, menurut siaran televisyen negara ini.

Presiden China, Xi Jinping, berusaha untuk meyakinkan rakyatnya dan dunia bahawa China akan mengatasi wabak coronavirus.

“Seluruh negara telah bertindak balas dengan segala kekuatan melalui langkah kawalan dan pencegahan paling teliti serta ketat, memulakan satu perang rakyat untuk kawalan dan pencegahan epidemik,” agensi berita Xinhua memetik beliau berkata demikian dalam perbualan telefon dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. - REUTERS

Wenliang adalah doktor di China antara terawal memberi amaran mengenai ancaman coronavirus.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian plak ngan doktor ni.. Nasib badan, tkorban gara2 wabak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 12:21 PM | Show all posts
dah macam konspirasi pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2020 12:28 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 7-2-2020 12:22 PM
Dengarnya di doc gigi kan..

dalam berita tu kabo pakar mata
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 12:29 PM | Show all posts
edoraixora replied at 7-2-2020 12:28 PM
dalam berita tu kabo pakar mata

Ye ke..smlm baca x ingat dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 12:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mkin rmai mngsa korban. rip doc.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rip doc. Kesiannya. Malaysia pun dah macam china. Sibuk nak tangkap rakyat sendiri. Dedahkan rakyat sendiri dengan prc. Semua benda nak berahsia. Nasib la sabah dan sarawak ada kuasa autonomi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar jasa doktor ini. But awal umur dlm 30an, masih bahaya ye? Ai thot yg tua2, dan budak2 yg deadly
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Takzih pada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau china dikatakan menyalurkan maklumat kematian palsu pd dunia, kenapa i nak percaya doc ni mati sebab wabak spt yg dilaporkan di media... I speku dia di bunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 02:02 PM | Show all posts
This man decided that his oaths as a doctor and his conscience as a human being were more important than the predictable consequences of speaking out. He died a hero, loyal to his calling.

Beberapa artikel tempatan (China) menyatakan doktor ni meninggal oleh kerana rawatan beliau ditangguh, mungkin sengaja. Dah saat akhir baru boleh guna mesin ECMO. So his lung probably never got the chance to heal, also the hospital did not have the equipment and had to borrow from a private hospital and transported it there.

However, since fatality rate is 2% (lower in young people). Some says he is either killed by gov or fatality rate is just a fake number.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 02:03 PM | Show all posts
Edited by fish at 7-2-2020 02:05 PM
RumiMenari replied at 7-2-2020 01:30 PM
Kalau china dikatakan menyalurkan maklumat kematian palsu pd dunia, kenapa i nak percaya doc ni mati ...

mmm....
tp ada jak gmbr dia terlantar di katil hospital guna bantuan oksigen
mungkin jg diberi rawatan, tp lambat atau entah laa...

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 03:49 PM | Show all posts
Kematian Dr Li Wenliang cetus siasatan pihak berkuasa

BEIJING: Agensi pemantau China hari ini mengumumkan siasatan ke atas kematian seorang doktor ‘pemberi maklumat’ yang mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap cara kerajaan menangani isu coronavirus,

Suruhanjaya pemeriksaan disiplin berkata, satu pasukan akan dihantar ke Wuhan iaitu lokasi Dr Li Wenliang meninggal dunia, bagi melaksanakan ‘siasatan komprehensif ke atas isu membabitkan beliau seperti dilaporkan orang ramai;.

Li, 34, meninggal dunia awal pagi Jumaat, kata Hospital Besar Wuhan dalam satu hantaran di media sosial China, dikenali sebagai Weibo.

Kematian pakar optalmologi itu mencetuskan kesedihan dan kemarahan orang ramai terhadap krisis berkenaan yang sehingga kini sudah meragut 630 nyawa.

Sekurang-kurangnya 31,000 orang sudah dijangkiti coronavirus di China dan penyebaran wabak terbabit turut berlaku ke atas lebih 24 negara seluruh dunia, sekali gus mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kecemasan global.

Li adalah antara lapan doktor yang dihukum oleh polis di Wuhan kerana membincangkan secara terbuka virus seakan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) itu di media sosial Disember lalu.

Mahkamah agung China pada Januari lalu mengkritik polis Wuhan kerana menjatuhkan hukuman terhadap penyebar berita, dengan berkata wabak terbabit tidak akan bertukar serius jika orang ramai mempercayai khabar diterima ketika itu. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia pun dah mcm ni.. Semua benda kn sembunyikan.. Kesian ke kita la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
fish replied at 7-2-2020 02:03 PM
mmm....
tp ada jak gmbr dia terlantar di katil hospital guna bantuan oksigen
mungkin jg diberi r ...

Gambar tu mungkin edisi penyucian je.. tak kan la nak bg nampak ketara.. ntah la.. susah nk percaya.. once penipu mmg sampai mati penipu.. nak2 negara komunis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tangkap? Polis yg menangkap kena jangkitan virus masa kejadian tangkap2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 07:45 PM | Show all posts
speku ejen yahudi,    tulah pasal 'kenal' je nama ejen deols

kalu PRC bunuh dia secara senyap,    naper omputih dpt tahu ....   media yahudi kat Wuhan tak kene jangkitan virus pon
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 02:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.064437 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list