CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Projek kondominium, The Address Taman Desa runtuh. Developer Maxim Holdings. Les

  [Copy link]
Post time 14-2-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 14-2-2020 07:07 PM
Selayaknya kontraktor itu membunuh diri dengan segera sebelum dibambu masyarakat

mentri ph relaks ja x bunuh diri walaupun dibambu hari2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Projek ni berapa juta pulak masyuk poket Tengku pelesu laki bintang porno indon tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dapat keluarkan pekerja2 terperangkap tu dan semuanye selamat

Jem teruk balik kerja tadi, buat lagi teruk sebab sebelum tu hujan. Stress dalam kereta. Sampai rumah baru tau sebab apa. Area rumah pun jeam jugak sebab ada accident dekat traffic light. Tengok ada 2 ambulans.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga2 yg tercedera segera sembuh dah dilindungi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-2-2020 09:57 PM
projek apa ni.. prima rumawip?

Rumawip xpanggil condo... Apartment jer... Hujung2 level pprt sajork
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2020 12:57 AM | Show all posts

Runtuhan struktur: Siasatan terperinci akan dijalankan JKKP dan JPN - Zuraida

Februari 14, 2020 23:34 MYT

KUALA LUMPUR: Susulan kejadian runtuhan struktur bangunan di Taman Desa pada Jumaat, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa siasatan terperinci akan dijalankan di lokasi kejadian.

Jelasnya ketika ditemui media di lokasi kejadian, siasatan akan melibatkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN).
"Esok (Sabtu) saya akan rujuk kepada Menteri Wilayah Persekutan Khalid Abdul Samad, Jabatan Perumahan Negara dan Jabatan Keselamatan... dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) juga ada di sini yang telah mengambil bukti awal dan sebagainya.

"Mereka akan jalankan siasatan kejadian hari ini (Jumaat), esok saya akan koordinasi dengan Menteri Wilayah Persekutuan, bagaimana pada awal projek ini, adakah ia mengikut proses yang betul dan juga spesifikasinya," kata Zuraida
Tambahnya, jika sesebuah bangunan itu tidak selamat, maka tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat terutamanya pemaju pembinaan.

"Kalau kita dapat laporan, rumusan dan sebagainya, sudah tentu kita tidak akan sacrifice. Kita akan pastikan bahawa projek ini kita harus ambil tindakan dan sebagainya, (dan mengetahui) bagaimana keadaan itu boleh terjadi," jelas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

Sebahagian daripada struktur bangunan yang sedang dibina itu runtuh pada Jumaat dan mengakibatkan dua mangsa yang juga pekerja warganegara Bangladesh terperangkap di bawah runtuhan.

Mangsa pertama berjaya dibawa keluar kira-kira jam 5.15 petang manakala mangsa kedua pada jam 9.30 malam.

Kira-kira 150 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APAM) dan beberapa agensi lain turut terlibat dalam operasi itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2020 01:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedekut bahan atau kontaktor tak cukup mahir  . Beam.. Wall.. Pendek kata, struktur bangunan tak cukup gagah dan kukuh tu pasal boleh rebah ke tanah. Kesian ye yg dah beli.. Berani lg ke nak tinggal kalau dah siap nanti???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2020 01:16 AM | Show all posts
Taman Desa condo developer confirms slab collapse, says cause under investigation
Friday, 14 Feb 2020 08:59 PM MYT


KUALA LUMPUR, Feb 14 — The developer of The Address condominium project in Taman Desa, Kuala Lumpur has affirmed a structure in the building gave way during construction earlier today.

In a statement on The Address’ official Facebook page, Maxim Holdings management also sought to assure its home buyers of its commitment to the development.

“Dear valued purchasers and concerned parties, we note your concern on the giving way of The Address 2 swimming pool slab (6th floor) during concrete casting as occurred this afternoon.

“Whilst we acknowledged the occurrence of the incident we must emphasis [sic] that the cause of the same is being investigated.

“We assure you that we are committed to ensuring the highest of building standard and the integrity of the development is of prime importance. We will spare no effort in ensuring our obligations under the SPA are fulfilled fully. Please have our assurance on that,” it said in the statement.

The project’s management team also said it will be providing updates in the coming days, and advised those with concerns or queries to seek clarification from the company’s staff.

The statement did not touch on reports of several individuals who were believed to be injured in the incident.

The incident was reported to have occurred about 3.30pm during a downpour.

Residents nearby the partially built condominium project alerted the authorities after hearing a loud crash, and feared several people may be buried under the debris.

KL Fire and Rescue Department chief Nordin Pauzi said two people were found trapped and managed to extricate one.

The man, a Bangladeshi man aged 37, was said to be seriously hurt and was sent immediately for treatment at Hospital Kuala Lumpur’s “Red Zone”.

Nordin added that rescuers were still trying to reach the second person who is trapped in a space under level one of the collapsed structure at the time of writing.

“With the cooperation of all parties, we have confirmed there is only one victim remaining. Rescuers are having a hard time due to the unstable condition of the building,” he said in a statement.

The Address, a 202-unit, low-density residential project on a rise next to a public school began construction at the end of 2017 and has faced considerable resistance from Taman Desa residents who complained of noise pollution and of the developer ignoring construction conditions set by the Kuala Lumpur City Hall.

This is not the first time the project has suffered construction problems.

On January 23, 2018, a crane toppled on its side during construction and caused damage to the adjoining property, Tiara Faber Condominium.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2020 01:18 AM | Show all posts
Mangsa kedua berjaya dikeluarkan dari runtuhan
Februari 14, 2020 22:16 MYT

KUALA LUMPUR: Mangsa kedua yang terperangkap dalam runtuhan struktur di Taman Desa dekat sini, berjaya dibawa keluar anggota mencari dan menyelamat kira-kira jam 9.30 malam Jumaat.

Mangsa berusia 26 tahun yang juga warga Bangladesh itu dibawa keluar dari runtuhan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin turut berpatah balik ke lokasi kejadian selepas pulang beberapa minit sebelum itu untuk melihat keadaan mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberi bantuan pernafasan kerana dia sesak nafas ekoran terperangkap hampir 5 jam di bawah runtuhan,” katanya kepada pemberita

Mengulas mengenai strutktur binaan itu, jelas Zuraida, pihaknya terdiri dari Bomba dan Penyelamat dibantu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP) akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Kawasan pembinaan ini akan ditutup, JKKP dan Bomba akan menyiasat punca kejadian termasuk menilai semua spesifikasi pembinaan yang telah dijalankan dan sebagainya,” kata Zuraida.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Jumaat itu, dua mangsa yang juga pekerja di kawasan pembinaan itu terperangkap selepas struktur enam tingkat itu runtuh.

Mangsa pertama berjaya dibawa keluar jam 5.15 petang dan dihantar ke Hospital sama untuk menerima rawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:38 AM | Show all posts
Harga simen mahai.. naik hampir 40% se-tan.. bancuh konkrit tak cukup simen ka apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:44 AM | Show all posts


Tanah area situ lembut. Kadang bahan dah bagus tapi belum cukup masa dah naik bangunan. Kadang bahan tak cukup bagus dah sambung kerja. GREEDY.

Tapi yang jaga peroject ni budak mentah lulusan pun accounting apa lah sangat yang dia tau? Engineer, surveyor etc tipu dia pun tak tau. Janji progress construction naik setiap minggu dia gumbira.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapalah yg beli projek bgn ni...nasibbb
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 15-2-2020 01:44 AM
Tanah area situ lembut. Kadang bahan dah bagus tapi belum cukup masa dah naik bangunan. Kadang b ...

What,  budak akaun yg jaga?

Anak owner developer ke?

Saya tak fikir dorng ni msalah bahan,  sebab projek kondo tu,  kalau projek govermen boleh bersyak wasangka bahan tak elok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2020 08:02 AM | Show all posts
Struktur kondominium runtuh: Mangsa kedua berjaya dikeluarkan
39 1 minute read

MANGSA kedua yang terperangkap dalam insiden runtuhan sebahagian struktur kondominium 37 tingkat yang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, telah berjaya diselamatkan malam tadi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata pekerja warga asing berusia 26 tahun itu, berjaya dibawa keluar dari kawasan runtuhan oleh pasukan penyelamat kira-kira 9.30 malam ini.

“Mangsa hanya mengalami sesak nafas selepas terperangkap lama di bawah runtuhan, dan dia telah diberikan alat pernafasan.

“Kecederaan lain akan dikenal pasti ketika mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur nanti dan saya berterima kasih dengan semua pihak yang terlibat dalam insiden ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang pekerja binaan terselamat manakala seorang lagi terperangkap, selepas sebahagian struktur kondominium itu runtuh, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata mangsa berusia 30 tahun itu ditemui di tingkat satu runtuhan dan dibawa keluar pukul 5.15 petang tadi.

Zuraida berkata runtuhan yang berlaku melibatkan kawasan tempat letak kereta di tingkat enam bangunan, dan berikutan insiden itu pembinaan projek kondominium berkenaan dihentikan serta-merta, sehingga siasatan selesai oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Pihak pemaju amat kesal dengan insiden yang berlaku dan sedia untuk disiasat pihak berkuasa, katanya.

Beliau berkata DOSH telah diarahkan untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca runtuhan, dengan siasatan akan segera dilakukan esok dan punca kejadian dijangka diketahui dalam tempoh satu bulan.

“Pihak DOSH akan selesaikan secepat mungkin siasatan, dan sebarang kerja pembinaan di tempat ini akan dihentikan serta merta.

“Saya juga akan koordinasi dengan Menteri Wilayah Persekutuan (Khalid Abdul Samad) untuk lihat punca kejadian, serta adakah proses serta spesifikasi yang (digunakan) betul,” katanya.

Katanya bukti awal berhubung insiden itu telah diambil oleh DOSH dan sebarang tindakan akan dilakukan berdasarkan hasil laporan. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-2-2020 09:57 PM
projek apa ni.. prima rumawip?

Ni kondo mewah ni.... maxim projek dia hebat2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ada juga drama tamil ni kat key yel
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah siap...dah duduk..then runtuh lagi haru.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:47 AM | Show all posts
Mati la SHO. Mana lagi nak lari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:49 AM | Show all posts
aku rasa la kan
scaffold atau formwork prop utk kerja tu yg failed
tak cukup atau dah damage still erect
sebab tu collapse masa tgh concrete

kalau salah jgn LOD aku pulak maxim
ni theory aku je bukan fake news
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059229 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list