CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1865|Reply: 5

[Dunia] HSBC dijangka buang 35,000 staf

[Copy link]
Post time 18-2-2020 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Penstrukturan semula HSBC jejas 35,000 pekerja


HONG KONG/LONDON: HSBC Holdings akan mengurangkan sehingga AS$100 bilion (RM415 bilion) aset, mengecilkan saiz bank pelaburan dan memulihkan perniagaan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, langkah yang menyaksikan 35,000 pekerja akan diberhentikan dalam tiga tahun.

Pengumuman penstrukturan semula itu dibuat di tengah-tengah penurunan keuntungan sebelum cukainya sebanyak 33 peratus, yang terjejas daripada hapus kira sekali yang dikaitkan dengan perniagaan perbankan komersial dan perbankan pelaburannya di Eropah.

Strategi baik pulih yang lebih meluas itu juga dibuat di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang perlahan dalam pasaran utama HSBC, penularan COVID-19, pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) dan kadar faedah bank pusat yang lebih rendah.

Walaupun bank yang beribu pejabat di London itu menerima manfaat daripada pelaburan berbilion dolar di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya di China, namun prestasi lembap di Eropah dan AS telah menyusutkan pulangannya.

Kemas kini strategi itu dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interimnya, Noel Quinn.

HSBC berkata, proses melantik CEO tetap masih berterusan dan ia dijangka dibuat dalam tempoh enam hingga 12 bulan seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Semasa mengumumkan usaha penstrukturan semula, Quinn juga terbabit dengan proses lantikan CEO tetap itu, kata sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.

“Ini seharusnya mewujudkan pasukan yang lebih kecil, sederhana dan lebih berdaya saing, yang lebih baik untuk memberikan pulangan tinggi kepada pelabur,” kata Quinn dalam satu kenyataan, merujuk kepada inisiatif penstrukturan semula itu.

Bank terbesar di Eropah dari segi aset, yang sebahagian besar pendapatannya adalah dari Asia, melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak AS$13.35 bilion (RM55.41 bilion) untuk 2019 berbanding AS$19.89 bilion (RM82.55 bilion) pada tahun sebelumnya.

Jumlah itu jauh berbeza dibandingkan dengan anggaran purata broker iaitu sebanyak AS$20.03 bilion (RM83.1 bilion).

Penurunan keuntungan itu adalah hasil hapus kira AS$7.3 bilion (RM30.3 bilion) yang dikaitkan dengan perbankan global dan pasaran dan unit perniagaan perbankan komersial di Eropah, kata HSBC dalam pernyataan pendapatannya. - Reuters

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2020 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bank UK lingkop? Sapa suruh UK lantik Lim Guan Eng sebagai Exchequer, so cash lar kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2020 10:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2020 10:53 PM | Show all posts
HSBC Eropah, Amerika kurangkan 35 ribu pekerja

60 1 minute read

Bank HSBC di Eropah dan Amerika membuat keputusan untuk mengurangkan pekerjanya sehingga 35,000 orang sehingga 2022.

Keputusan tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula bank itu di Eropah bagi mengurangkan kos sehingga 3.5 bilion Pound Sterling (RM18.9 bilion).

Kelembapan ekonomi global menyebabkan pelbagai syarikat melaksana pelan rasionalisasi masing-masing termasuklah mengurangkan kakitangan.

Ketua Eksekutif Interim, HSBC, Noel Quinn berkata, syarikat kini mempunyai 235,000 pekerja dan akan mengurangkannya kepada 200,000 dalam tempoh tiga tahun.


Memetik laporan BBC.COM, beliau berkata jumlah pengurangan itu adalah diluar jangkaan. Ini kerana penganalisis terdahulu menjangkakan hanya 10,000 sahaja.

“Syarikat alami kerugian sehingga 7.3 bilion Dolar Amerika Syarikat (AS) (RM30.5 bilion) melibatkan operasi bank dan pelaburan di Eropah.

“Bagaimanapun, bank belum memutuskan bahagian yang akan terlibat. Namun, angka sehingga 200,000 akan dicapai pada 2022,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, HSBC juga dijangka mengurangkan pegangan asetnya lebih 100 bilion Dolar AS (RM418.2 bilion) sehingga akhir tahun 2022.
Peluang ekonomi Asia Pasifik

Sementara itu, Pakar Hal Ehwal Ekonomi dan Strategik China, Dr. Shirley Yu, menyatakan HSBC menerima impak tersebut apabila Ketua Eksekutifnya, John Flint meletakkan jawatan.

Menurutnya, Ketua Eksekutif bank itu di China turut meletakkan jawatan pada Ogos lepas selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan transaksi Huawei.

Dalam pada itu, Shirley turut membayangkan kedudukan ekonomi global sekarang dan impak sama dihadapi oleh syarikat multi-nasional (MNC) yang lain.

“Struktur risiko global kini semakin meningkat, pasaran baharu dan lama menghampiri kegawatan. Malah, pasaran yang baharu kini berisiko tinggi,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya pasaran barat beralih fokus kepada timur berdasarkan perkembangan ekonomi di Asia Pasifik.

“Peningkatan pengeluaran di Asia Pasifik mengalami peningkatan dan dijangka berterusan dalam tempoh jangka panjang.

“Justeru syarikat antarabangsa mesti mengubah haluan mereka dan menfokuskan kepada pasaran di Timur,” jelasnya.

Tambah Shirley lagi, China kini mempunyai kelebihan dalam risiko dan peluang strategik.

“China mempunyai peluang dan risiko strategik. Justeru, kerjasama syarikat global dengan China adalah peluang terbaik mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 01:22 AM | Show all posts

Bila ramai perkerja dibuang maka harga sewa rumah pun akan naik mencanak canak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2021 11:01 AM | Show all posts
ni sumber lagi details
nanti ada yg ingat Malaysia shj kena buang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.104071 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list