View: 5596|Reply: 90
|
[Tempatan]
Hartawan Cina ini penyokong tegar Pakatan Harapan sewa pesawat khas angkut 1.5j
[Copy link]
|
|
Hartawan sewa pesawat khas angkut 1.5j penutup mulut, PPE
Diterbitkan Hari ini 11:16 am
Pengasas Country Heights Holdings Bhd Lee Kim Yew menyewa sebuah pesawat khas bagi membawa 1.5 juta penutup mulut dan hidung serta peralatan perlindungan peribadi (PPE) semalam.
Lee berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang berjalan hanyalah penyelesaian sementara dalam pertempuran melawan Covid-19.
Rakyat Malaysia akan memerlukan penutup mulut dan hidung serta peraturan ketat untuk mengelakkan penyebaran Covid-19 selepas tempoh PKP berakhir.
"Kami perlu kelengkapan penutup mulut dan hidung apabila melakukan perjalanan ke luar selepas PKP.
"Saya ingin mengumumkan selepas kerja keras selama 10 hari, saya telah menyewa pesawat khas untuk menerbangkan 1.5 juta penutup mulut dan hidung serta PPE," tulisnya di halaman Facebooknya.
Lee berkata beliau telah memulakan inisiatif yang dipanggil Bantu-bantu Malaysia, yang beribu pejabat di dewan Hotel Palace of the Golden Horses yang bertukar menjadi pusat pengedaran sementara.
"Memakai penutup mulut dan hidung merupakan langkah pencegahan terbaik untuk menghentikan penyebaran Covid-19. Jika ia menjadi undang-undang, maka mungkin ia adalah peluang untuk menggantikan lockdown (penutupan PKP)," kata Lee.
Penutup mulut dan hidung berfungsi menangkap titisan bendalir yang boleh mengurangkan peluang menjangkitkan virus kepada orang lain.
Sejak wabak Covid-19 mula menular di negara ini, penutup mulut dan hidung telah habis dijual di pasaran menyebabkan ketiadaaan bekalan.
Malaysia mempunyai enam pengeluar produk ini, tetapi mereka terhalang oleh kekurangan bekalan bahan mentah yang perlu diimport.
Sementara itu, China juga telah mendermakan satu lagi set peralatan perubatan kepada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma) semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah, sumbangan itu termasuk 100,000 alat ujian saringan Covid-19, 100,000 penutup mulut dan hidung N95, 500,000 topeng pembedahan, 50,000 PPE dan 200 ventilator.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tauke ini kurang berkenan dengan geng UMNO
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DARSITA at 28-3-2020 10:07 PM
Xie xie nie~
Orang berbudi kita berbahasa!! Terimakasih! Semoga kakak adik nurse and doktor tak stress and down and TIDAK masuk CARI forum utk luahkan perasaan!
Btw Nazri Botak tu mmg tak sadar diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Lupa nak cakap ~ orang cina jugakkkk! |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih uncle, moga usaha uncle tidak dipolitikkan sesetengah pihak yang sudah jadi pembangkang. uncle baik hati. rakyat happy. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 29-3-2020 02:06 PM
Xie xie nie~
Nazri aziz kawan baik guan eng |
|
|
|
|
|
|
|
I am gonna miss you leng mui. Enjoy your day with your family.
|
|
|
|
|
|
|
|
I.am.PH replied at 29-3-2020 02:28 PM
Saya fikir petang ini hendak balik ke rumah parent saya dengan menumpang kenderaan NGO, polis akan ...
Jgn mkn kelawar ye .... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah orang politik dlm dewan parlimen gaduh gaduh belakang boleh minum kopi semeja. Org dlm CARI jer yang tak reti berlapang dada dgn pihak yang tak sehaluan dgn mereka.
Zamzam jangan bergitu ya
|
|
|
|
|
|
|
|
Like it or not, memang kena berbaik2 dgn China lah...
tengok dalam WA, Hishamuddin pun panggil Duta China Sir!...
rakyat (sesetengah) ja yang masih enggan wake up to the new reality....
|
|
|
|
|
|
|
|
Lupa pulak nak cakap...
Malaysia memerlukan rakyat yang macam ni lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 29-3-2020 02:44 PM
Like it or not, memang kena berbaik2 dgn China lah...
tengok dalam WA, Hishamuddin pun panggil Du ...
Memanglah tapi bukan cina macam iamph dan tuan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
I.am.PH replied at 29-3-2020 02:03 PM
Tauke ini kurang berkenan dengan geng UMNO
Awak sangat menjijikkan. |
|
|
|
|
|
|
|
I.am.PH replied at 29-3-2020 02:28 PM
Saya fikir petang ini hendak balik ke rumah parent saya dengan menumpang kenderaan NGO, polis akan ...
Hi iamph, am ur fan... keep posting more and stay safe |
|
|
|
|
|
|
|
Hartawan ni dok Msia kaut untung kaw kaw. Sudah semestinya menjadi tanggungjawab social dia utk memulangkan balik kpd society dan negara. Apa aku nak heran. TT ni saja yg terhegeh hegeh. |
|
|
|
|
|
|
|
I.am.PH replied at 29-3-2020 02:28 PM
Saya fikir petang ini hendak balik ke rumah parent saya dengan menumpang kenderaan NGO, polis akan ...
Hai !! I lebs u too puteri shuqi!!!
Mana articles dari kaum selain cina? Kaum India, kaum IBAN, kadazan xde ke?
Puteri kan puteri pembawa obor multiracial |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah pulak aku.. Bukan main kaut duit rakyat malaysia.. Skrg kena la sedar diri bantu negara.. Yg si barua2 komunis sakan la menjilat |
|
|
|
|
|
|
| |
|