CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6010|Reply: 42

Lebih baik tolong orang yang perlu bantuan - Shahrol Shiro

  [Copy link]
Post time 3-4-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Enggan terpalit dalam polemik tercetus antara netizen dan selebriti sejak akhir-akhir ini, pelawak, Shahrol Shiro tidak berlengah menghulurkan bantuan kepada golongan terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bersama teman-teman, Shahrol mengambil inisiatif membantu penduduk kurang bernasib baik di kampung halamannya di Kluang, Johor.

“Sekarang bukan masa kita bertelagah siapa yang layak atau tidak mendapat bantuan. Cuba kita tengok sekeliling kita, ada yang terputus bekalan makanan ketika dalam tempoh PKP, jadi apa kata kita saling bantu membantu, itu lebih baik,” katanya kepada BH Online.


Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 35, berkata, menyedari ada insan memerlukan hingga ada yang tidak menjamah nasi sepanjang PKP, dia tidak teragak-agak menghulurkan bantuan.

“Memandangkan saya menetap di Kluang, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu masyarakat di sini.

“Dalam tempoh PKP, saya lihat ada insan yang terputus bekalan makanan. Jadi kita bantu apa yang patut seperti menghantar barangan keperluan. Ini adalah salah satu usaha saya bersama anak-anak muda di kampung.

“Kadang-kadang kita dapat tahu ada insan yang layak dapat bantuan tapi tidak dapat secara terus. Jadi, saya bersama rakan-rakan masuk ke kampung untuk meninjau keadaan insan yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Pada awalnya, Shahrol mengagihkan bantuan kepada petugas barisan

hadapan, tetapi selepas banyak pihak menghubungi, pertolongan itu diperluaskan.

“Saya memuat naik status di laman sosial di mana sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghantar WhatsApp pada nombor diberi,” katanya.

“Saya ada terima mesej dari Sabah dan Sarawak, tapi jauh sangat untuk saya bantu. Di Kluang saya menerima lebih kurang 300 nama insan yang memerlukan.

“Insya-Allah saya akan bekerjasama dengan anak-anak muda dan penghantar barangan dan makanan seperti Food Panda untuk mengagihkan bantuan mengikut zon. Kalau saya seorang buat semua ini, tidak boleh juga, risau lambat barangan akan sampai,” katanya.

Tambah Shahrol, bekalan dihulurkan seperti minyak, tepung dan beras adalah sumbangan peribadi bersama teman-teman.

Sumber: Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Steady shahrul...respect...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 06:02 PM | Show all posts
Effort yang bagus, Shahrul..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup yb .   
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup yb
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni lh
Keep up the good work

Mesti happy gile org2 yg dpt bantuan ni
Especially yg terputus bekalan tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kami jumpa kat KPJ Masa anak dia admitt wad.. org nya ok aje xsombong.. anak2 akak ckp dia dah join politik so dia dah tak melawak lg.. ooo baru akak tau... hidup YB sharul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sharol memang dah lama berkhidmat utk rakyat Kluang. Bukan masa ni je. In fact sepjg tahun dia akan bantu mana yg mampu. Dan dia dah start membantu utk covid ni sebelum Black kecoh lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada tokoh yb la dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tu. Daripada dok bertelagah pasal bantuan lebih baik tgk2 sekeliling kita, mungkin ada yg perlukan bantuan mkanan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sharol org kuat umeno kan?? Xperla asal bukan DAP..eh tiber Aku politik pulakkk

Xpe Ayam PH xmasuk sini. Dia dibayar kat bod CI je
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 4-4-2020 12:03 AM
Sharol org kuat umeno kan?? Xperla asal bukan DAP..eh tiber Aku politik pulakkk

Xpe Ayam PH xmasu ...

Untung masuk bod dpat duit..kita ni dpat point je tu pun kengkadang kne caras..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 4-4-2020 12:19 AM
Untung masuk bod dpat duit..kita ni dpat point je tu pun kengkadang kne caras..hehe

Kena la Ayam keje keras..porem melayu la dia target. Porem lowyat mmg dah sebati dgn puak deme. Try maki Ayam, conperm kena potong manyak tacang.

Back to topic, sharol dah biase berlakon lawak watak YB. So mmg seswai ler dgn jiwa nak jadi yb
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang positif harusla iol sokong
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Good job Shahrol. Lepas arwah Abam meninggal pn banyak keluar psl kebaikan2 beliau kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgusnya... pelik mcmne retis lain leh tergamak mnta bntuan. Rmai lg tau org miskin kt luar tu yg lbh lyak dpt bantuan. Kucing2 jlnn pun bnyk yg terjejas.. sian meowwww
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:56 AM | Show all posts
ada jugak yang perihatin..untung org Kluang.
kuching2 jalanan laa ni susah kot nak makan...sebab gerai2 dan restoran2 banyak tutup..
siannye..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat hari tu menteri kanan Ismail Sabri dah bagitau takleh direct hantar pada penerima sumbangan? Boleh kasi sumbangan pada pusat2 nanti anggota keselamatan yang agihkan?  Ni gi hantar direct pulak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.083100 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list