CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1577|Reply: 22

[Tempatan] Nor ‘Phoenix’ Diana atau dikenali ahli gusti berhijab dari Malaysia, tersenarai

  [Copy link]
Post time 4-4-2020 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-4-2020 06:26 PM

Nor ‘Phoenix’ Diana atau dikenali ahli gusti berhijab dari Malaysia, tersenarai Forbes 30 Under 30 AsiaFMT Reporters -

April 3, 2020 1:20 PM


Nor Diana yang terkenal dengan aksi lagak ngeri, kini tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia.

Ahli gusti berhijab dari Malaysia, Nor “Phoenix” Diana tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2020.
Beliau antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam edisi muka depan Forbes bagi kategori Sukan dan Hiburan.
Pernah ditemuramah bersama FMT Ohsem Julai tahun lepas, dia diberi gelaran “Phoenix”kerana aksinya ibarat burung cenderawasih, kecil tapi lincah, jatuh bangun semula, tidak kenal erti lelah demi matlamatnya.

Gadis berusia 19 tahun ini kelihatan seperti seorang yang pasif, namun mempamerkan perwatakan berbeza di atas gelanggang yang penuh lagak ngeri.
Nor diana berjaya mencuri tumpuan dunia apabila muncul sebagai wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) tahun lalu.
Selain itu, imej berhijab serta sukan “ganas” yang beliau ceburi juga telah menjadi faktor kepada kejayaan beliau.

“Tapi bila dah naik pentas, saya dapat rasai keyakinan daripada penonton yang teruja untuk melihat wanita berhijab beraksi,” katanya.
Kerana minat mendalam pada sukan gusti, Nor Diana mula menceburi bidang tersebut seawal umur 14 tahun.

Meskipun bidang gusti yang disertainya berbentuk persembahan, setiap aksi dan lagak ngeri yang dipamerkan memerlukan latihan berterusan dan keadaan fizikal yang mantap.
Diana, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik swasta, memberikan komitmen untuk melatih dirinya 2 kali seminggu pada setiap Rabu dan Sabtu.

Bermatlamat menjadi ahli gusti sepenuh masa, Nor Diana harap ia menjadi contoh terbaik buat wanita lain untuk turut menjadikan gusti sebagai seni mempertahankan diri.


“Gusti persembahan sudah ditentukan siapa menang, siapa kalah, tapi setiap aksi itu semuanya betul. Tetap sakit bila kena lambung,” katanya.
Forbes 30 Under 30 Asia ialah senarai untuk anak muda di seluruh Asia di bawah usia 30 tahun yang mencabar tradisi konvensional dan menetapkan semula peraturan untuk generasi akan datang.

Ia menampilkan usahawan, pencetus perubahan dan pemimpin muda.
Selain Diana, Anja Chong, 26 atlet “speed skating” Malaysia turut tersenarai di dalam kategori Sukan dan Hiburan.

Antara kejayaannya meraih 4 pingat emas pada acara temasya Sukan SEA 2017 dan 2019
Kategori lain yang disenaraikan adalah:
  • Seni (Seni & Gaya, Makanan & Minuman)
  • Hiburan & Sukan
  • Modal Kewangan & Ventura
  • Media, Pemasaran & Pengiklanan
  • Runcit & E-Perdagangan
  • Teknologi Enterprise
  • Industri, Pembuatan & Tenaga
  • Kesihatan & Sains
  • Usahawan Sosial
  • Teknologi Pelanggan
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/03/nor-phoenix-diana-atau-dikenali-ahli-gusti-berhijab-dari-malaysia-tersenarai-forbes-30-under-30-asia/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2020 10:25 AM | Show all posts
Ganas juga dia terbang!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:53 AM | Show all posts
Tahniah buat beliau
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Smalam tgok kat berita, ingatkan dia lawan sesama pompuan rupanya lawan dengan jantan..gila ahh dia ni..xsakit lak badan dia ea
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 mcm tu pun boleh gusti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:18 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 4-4-2020 11:07 AM
Kecik2 mcm tu pun boleh gusti ke?

tak terkoyak ke selaput bila buat aksi ganas2 ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 4-4-2020 11:18 AM
tak terkoyak ke selaput bila buat aksi ganas2 ni?

Iols tak rase. Selaput tu terkoyak bila tertusuk benda kat bawah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:25 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 4-4-2020 11:20 AM
Iols tak rase. Selaput tu terkoyak bila tertusuk benda kat bawah tu.
Seks kali pertama mampu menembusi dara lalu memecahkannya? Fakta itu salah! Ini kerana, selaput dara juga boleh terjejas andainya perempuan itu melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, membuat regangan, berbasikal atau memanjat sesuatu.
https://www.wanista.com/2017/141631/fakta-tentang-selaput-dara-yang-korang-kena-tahu/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
orgnya kecik halus je tp skill dia power
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 4-4-2020 11:25 AM
https://www.wanista.com/2017/141631/fakta-tentang-selaput-dara-yang-korang-kena-tahu/

Japs kaka... apa iols baca ni?
Nape tetibe ckp psl.benda ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 4-4-2020 11:18 AM
tak terkoyak ke selaput bila buat aksi ganas2 ni?

Ambik berat part tu je ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:36 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 4-4-2020 11:33 AM
Ambik berat part tu je ke

for research purposes only. mana tau kot ada hadik2 yg nak bergusti jgk esok
at least derang tau
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:52 AM | Show all posts
Vivy usop dan Hajjah Neelopa pun ada title ini.....

tapi beza nya dia ini menang title kerana bakat bukan kerana show off guna bag jenama




Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 11:57 AM | Show all posts
chicozinn replied at 4-4-2020 10:55 AM
Smalam tgok kat berita, ingatkan dia lawan sesama pompuan rupanya lawan dengan jantan..gila ahh dia  ...

Hah?! Lawan dengan jantan?? Hebat2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
minah_selekeh replied at 4-4-2020 11:57 AM
Hah?! Lawan dengan jantan?? Hebat2..

Ye, siap banting2 badan lagi tu haa..for me like urmmm...ko pmpuan lawan ngan jantan??jantan weyhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka mma fighter korea s, seo ji yeon ... bengkak2 muka ngeri pulak .. skill2 lwn mma fighter best ditonton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah...  Tahniah..  Kecik molek je orngnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 4-4-2020 11:07 AM
Kecik2 mcm tu pun boleh gusti ke?

Tgk Marko Stunt tu lagi kecik siap main kat AEW lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 4-4-2020 12:10 PM
Ye, siap banting2 badan lagi tu haa..for me like urmmm...ko pmpuan lawan ngan jantan??jantan weyhh

Gusti fake je sister.. Lain la mma baru real
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Austronesian replied at 4-4-2020 12:19 PM
Tgk Marko Stunt tu lagi kecik siap main kat AEW lagi.

Iols mase kecik2 dolu tgk wwf je.. takde la tgk org tenit2 halus2 ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.079357 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list