ok seperti yg dijanjikan, I akan citer pantang larang dekat shopee. Semenjak shopee kena tempias nak kena saman sebab jual filem cetak rompak baru2 ni, shopee makin aggresive tanpa belas kasihan banned dan delete product yg tak dibenarkan.
ok this is my experience dekat shopee walaupun tak sampai setahun lagi. Kebiasaan nya kita kalo nak nampak trusted dan kedai nampak gah dengan review dan total sale yg banyak, kita suruh kawan, adik beradik, atau kita sendiri guna account wife/husband beli barang sendiri. I nak ingatkan yea, shopee pakai system yg sangat canggih, bukan main agak2 atau guna manual manusia yg check sama ada kita langgar peraturan dia ke tak. Sebelum ni ada beberapa dropship I beli barang dekat shopee I kemudian derang jual semula, dalam seminggu mcm tu shopee dapat detect yg ada 1-2 org yg selalu membeli dgn I terus system shopee suspend acccount I. Alasan langgar peraturan. So kesimpulan nya, jangan suruh husband/wife, kawan atau adik beradik even mak ayah sendiri beli di kedai you. Memang cari penyakit. Shopee sangat2 pantang kalo buat fake order mcm ni. Kalo tak fake order pun, dropship pun tak boleh.
No.2, sekarang ni shopee dah jadi gila men delete product org dengan suka hati kalo buat missleading discount. Contoh harga product you sebelum ni RM100, memang dah lama harga ni you meniaga, tetiba you nak naik kan jadi RM120, once you ubah harga asal jadi RM120, bila you join campaign yang membuatkan RM120 jadi RM100 selepas discount, terus product you akan di delete tanpa belas kasihan, tak de warning2, kalo product you tu baru listing takpe la shopee delete, kalo yg dah lama yg dah ada beratus review dan total sold, habis hilang mcm tu je.
selain dari tu, kalo you all jual bend yg dilarang, ada je org report kedai you, bye-bye la product tu, contoh jual benda2 yang dah ada trademark nama mcm baju mickey mouse, iphone, nike , adidas, tak kisah la ori atau fake, once ada yg report memang terus kena delete