CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14951|Reply: 190

[Tempatan] 24 orang tinggal serumah. Emak, adik beradik, adik ipar, anak kandung, anak saud

  [Copy link]
Post time 9-4-2020 06:39 PM | Show all posts |Read mode


“KESELURUHAN ada 24 orang tinggal dalam rumah ini. Hidup kami ini serba berkongsi...makan sama-sama, tak makan pun sama-sama,” kata Zaimah Sabnon, 40.

Untuk rekod, 24 individu membabitkan Zaimah dan anak-anaknya, dua adik Zaimah serta anak mereka dan ibunya, Marmiah Tompok tinggal di rumah berkenaan.

Rumah setinggan di di Batu 10, Kampung Laut, Skudai di sini, kelihatan usang malah dinding papannya terkopak selain hanya menggunakan air perigi.

Zaimah yang tinggal di rumah itu sejak dilahirkan berkata, mereka tiga beradik bersama-sama membesarkan kesemua 17 anak daripada tiga keluarga berkenaan yang berusia setahun hingga 19 tahun.

Katanya, pekerjaan dilakukan ketua keluarga masing-masing juga tidak menentu.

“Saya bersama suami, Kamal Herul Zaman yang berusia 42 tahun berniaga burger di kawasan berhampiran.

“Adik kedua, Samsuri yang berusia 38 tahun bersama isterinya, Nurrani Jaini yang berumur 31 tahun bekerja sebagai tukang cuci di medan selera.

“Adik bongsu, Supian yang berusia 33 tahun bekerja sebagai pemandu manakala isterinya, Diana Jarfinie Mahamat Parudin, berumur 30 tahun adalah suri rumah,” katanya ditemui.



Menurut Zaimah, ibunya amat menyayangi rumah itu dan mereka sekeluarga akan terus tinggal di situ kerana tidak mampu membayar sewa kediaman lain.

Katanya, bekalan elektrik juga beberapa kali dipotong menyebabkan mereka terpaksa bergelap atau menggunakan lilin.

“Ibu mula tinggal di sini sejak dia berusia setahun lapan bulan. Pada asalnya, ia hanya pondok dan kami menumpang di atas tanah milik warga Singapura.

“Sepanjang hayat kami, kami hanya makan apa yang ada. Seandainya ada beras sahaja dalam rumah itu, kami makan bubur kosong,” katanya.

Menurut Zaimah, pendapatan keluarga jika disatukan juga masih tidak mencukupi.

“Kami kerap keputusan belanja berikutan pendapatan tidak mencukupi, anak ramai.

“Jadi kami adik-beradik berkongsi wang untuk membeli apa yang kurang di rumah ini termasuk lampin pakai buang untuk ibu,” katanya.

Menurut Zaimah, ibu mereka turut menghidap kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang bengkak.

Zaimah berkata, ibunya bergantung kepada suntikan insulin untuk kencing manis selai ubatan lain bagi darah tinggi.



“Mak tidak larat untuk ke klinik kerajaan Sri Orkid di sini, jadi doktor akan bagi ubat untuk dua atau tiga bulan.

“Untuk mak, dia sepatutnya berpantang dalam soal pemakanan namun dia tidak sampai hati melihat makanannya berbeza daripada kami,” katanya.

Oleh itu, menurut Zaimah, jika berlaukkan ikan masin, ibunya akan tetap memakannya walaupun dilarang.

Katanya, mereka pernah meminta bantuan jiran atau saudara mara selepas terputus bekalan makanan.

“Syukur kerana ramai yang membantu. Anak kami juga tidak cerewet.

“Saya kerap berpesan kepada anak untuk belajar menerima apa adanya selain memaklumkan, jika kita susah, ada lagi insan lain yang lebih susah,” katanya.

Orang ramai yang prihatin boleh menghubungi Zaimah di talian 010-8250700.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by famri7 at 10-4-2020 05:25 AM

Resepi jd miskin..branak mcm kucing..insyallah 7 keturunan kau akan kekal misekin...rezeki jangan ditolak..rezeki time memuki jah cystt..skra g cashhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
errkkk komen lebih2 kang kena kecam plak...

whatever floats your boat la 3 beradik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
17 anak dr 3 pasangan... Maknanya anak 5-6 org secara purata... Rumah pun tak ada, pendapatan pun tak banyak tapi tetap jua gigih beranak ramai...opstt, rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm..dah kawen msg2 takkan menebeng umah mak lagi kot..
Komen seterusnya simpan dalam hati saja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
umur 40 ?
biar betul ??
nampak tua cam dah 50an
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2020 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
yg tukang cuci medan selera tu cuba salah sorg apply keje kt company cleaning service hospital ke. gaji cleaner co hospital ak rs terjamin sikit, ada payslip , epf , socso.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap tiap hari is raya .. wahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 07:10 PM | Show all posts
Rambut berkarat tu si pemberi bantuan ke  atau si penerima  bantuan??


Basuhlah rumah biar bersih.

Kalau rumah kotor rezeki xmasuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2020 07:12 PM | Show all posts
adelea replied at 9-4-2020 07:01 PM
umur 40 ?
biar betul ??
nampak tua cam dah 50an

Zaimah yang pakai baju hitam, pakai mask
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:15 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 9-4-2020 07:10 PM
Rambut berkarat tu si pemberi bantuan ke  atau si penerima  bantuan??

Pemberi bantuan kot sbb dia je pakai mask & rambut berkarat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:15 PM | Show all posts
adelea replied at 9-4-2020 07:01 PM
umur 40 ?
biar betul ??
nampak tua cam dah 50an

yg pakai tudung tu mak dia
yg pakai mask tu umo 40 rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaimah yg 40 rambut karat tu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahla. X faham lah apa d otak mereka2 yg mcm ni
X sayang mak
X sayang diri sdiri
X sayang jg anak2
Susah nk hadam
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
24 org manusia, tolak yg sakit jd 23. Xkn xde rasa nk sental dinding rumah? And langsung takde inisiatif ke cari kayu terpakai tutup dinding terkopak? Mampuihh la kalau semua mengharap NGO., tu je la nk komen, mls ckp lebih2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm tah la... apa2 pun I bersyukur tak hidup dlm rumah mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 07:21 PM | Show all posts
ezacbee replied at 9-4-2020 07:15 PM
Pemberi bantuan kot sbb dia je pakai mask & rambut berkarat.

pemberi bantuan tu nampak busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia sayang rumah tu padehal bukan tanah sendiri. Anak2 seramai 3 org bukan nak bawak mak keluar dari belenggu kemiskinan malah maish menumpang tempat berteduh kat rumah mak yg juga bukan hak mak . Macam tak percaya wujudnya pemikiran gypsi kat sini... why oh whyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan menidakkan...... tapi something wrong la with this family. Complacent dengan life. Betul rezeki ditangan Allah SWT....tapi kalau lebih sikit usaha, ada perancangan..... insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya..macam mana depa manage privacy. Adik berkahwin bwk bini dok sekali..lain org ,bila berkahwin bina kehidupan sendiri.nanti cucu kahwin pun bawa pasangan dok sekali ke? .lain macam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.097509 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list