CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37673|Reply: 205

Kawan Rapat Dedahkan Agama Sebenar Dianuti Glen Fredly

[Copy link]
Post time 23-4-2020 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: Trends Map

Sudah hampir 2 minggu, penyanyi terkenal Indonesia, Glen Fredly meninggal dunia akibat meningitis. Walaupun masih bersedih, rata-rata masyarakat di Indonesia tertanya apakah agama yang dianuti oleh mendiang Glen Fredly lebih-lebih lagi kerana isteri Glen, Mutia Ayu seorang penganut agama Islam.


Menurut laporan dari suara.com, bekas Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin mendedahkan bahawa mendiang Glen Fredly menganut agama 'kemanusiaan'. Agak pelik dengarnya, namun perkara ini juga disahkan oleh bekas pengurus Glenn Fredly, Adib Hidayat melalui akaun Twitternya.


Lukman Hakim kemudian menjawab kenyataan Adib Hidayat itu dengan mengatakan bersyukur kerana ada pihak yang bersetuju dengannya.






Kredit foto: Twitter


Lukman Hakim berkata pada suara.com, kemanusiaan adalah menjadi semangat Glenn Fredly dalam muzik dan aktiviti yang dilakukannya. "Karena kemanusiaanlah yang selama ini menjadi spiritnya," kata Lukman.

Lukman Hakim. Kredit foto: padangkita.com

Lukman juga menyebut bahawa Glen Fredly bukan sahaja pemuzik yang boleh dipercayai, tetapi gigih dalam aktiviti kemanusiaan. Glenn Fredly, kata Lukman lagi, adalah pendamping dan sahabat kaum marjinal (masyarakat minoriti) dan tidak peduli dengan kepelbagaian agama yang menjadi ciri Indonesia, tetapi dia lebih menfokuskan dengan nilai-nilai kemanusiaan.
Lukman Hakim adalah salah seorang tokoh yang kenal rapat dengan mendiang Glenn Fredly. Pada tahun 2018, Lukman dijemput untuk bercakap mengenai muzik di Persidangan Muzik Islam di Ambon. Ketika itu Lukman Hakim, yang masih bertugas sebagai Menteri agama, dijemput khas oleh Glenn Fredly yang berasal dari Ambon.
Penyanyi dan komposer, Glenn Fredly meninggal di Hospital Setia Mitra Fatmawati, Jakarta Selatan kerana meningitis. Glenn Fredly meninggalkan seorang isteri yang juga penyanyi dangdut bernama Mutia Ayu dan seorang bayi berusia 40 hari. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Retis malaysia ker nyah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai retis indon mendukung konsep agama kemanusiaan walopon beragama Islam. Sbb tu ade je yg selamba sambut hari Nyepi, Natal, Easter, buat ritual nenek moyang etc. Jawapan retis ni kdg2 tergantung bila netizen indon tny agama ape yg retis ni anuti sebenarnya. Kalo ko muslim, jawab jelah im still muslim. Ni siap bagi hujah2, backfire netizen blk as if netizen ni penyibuk. Soalan yg simple x bole ke jwb?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Agama apakah itu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Agama kemanusiaan? Pagi islam, petang buddha, mlm christian gitteww
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
So agama lain takde kemanusiaan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2020 11:12 AM | Show all posts
1st time dgr agama kemanusiaan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:13 AM | Show all posts
tapi kebumi ikut agama mana?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon dan bodo berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
djzara81 replied at 23-4-2020 10:45 AM
Ramai retis indon mendukung konsep agama kemanusiaan walopon beragama Islam. Sbb tu ade je yg selamb ...

Cakap aje... Free thinker. Agama nya bukan Islam. Habis cerita.  
Tapi nak bagi Sedap dengar di kupeng.. agama kemanusian lah...

Yg penting jgn di sibarkan di tanah melayu.  Ini Indon boleh kelaim....




Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:33 AM | Show all posts
kemanusiaan merentasi batas agama. teringat filem PK. watak aamir khan tu bawak idealogi kemanusiaan walaupun dia alien.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Alam dan manusia kah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:43 AM | Show all posts
Dalam IC dan surat beranak memang tulis agama kemanusiaan ker caner?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 baca tajuk ingatkan dia peluk agama islam diam2.. Baru nak ucap Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ni dulu pernah kawin dgn dewi sandra kan? mmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
gugunogaga replied at 23-4-2020 11:57 AM
Mula2 baca tajuk ingatkan dia peluk agama islam diam2.. Baru nak ucap Alhamdulillah

Dia peluk orang islam la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
haih pelik2 je org yindon ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bini dia tu islam dari lahir je kn? bukan prktis pun kn?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebumi tgk mcm style kristian..tp entah laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
So agama kemanusiaan ni ada solat jenazah x?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.310490 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list