CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5582|Reply: 67

[Tempatan] Tiga wanita ditahan maki polis tegur main mercun

[Copy link]
Post time 15-5-2020 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Wanita ditahan maki polis tegur main mercun

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/578643/wanita-ditahan-maki-polis-tegur-main-mercun

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2020 @ 11:19 AM

BERNAMA



TIGA wanita ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis yang menegur tindakan salah seorang daripada mereka bermain mercun di sebuah taman perumahan di Kerayong, Bera.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin berkata, semua suspek mempunyai hubungan keluarga dan berusia antara 21 hingga 45 tahun ditahan pada 8.45 malam, Rabu lalu oleh pasukan yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan terbabit.

Katanya, salah seorang suspek dilihat membaling mercun menyebabkan pegawai polis berhenti di hadapan rumah itu untuk menasihatkannya supaya tidak meneruskan perbuatan tersebut, menyebabkan suspek marah.

"Semasa itu, seorang wanita yang menaiki kereta Proton Waja tiba di perkarangan rumah, difahamkan terus memaki pegawai polis dengan perkataan kesat sebelum seorang lagi wanita keluar dari rumah dan melakukan perbuatan sama.

"Pegawai terbabit memberi nasihat kepada suspek untuk menghentikan perbuatan itu, namun mereka dikatakan enggan memberi kerjasama selain turut menghalang polis daripada melakukan tugas," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mansor berkata, semua suspek kini direman selama tiga hari mulai semalam, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak lebih RM100 kerana mengeluarkan kata kesat.

"Polis menasihatkan orang awam untuk tidak bermain mercun atau apa-apa jenis bahan letupan dan patuh serta memberikan kerjasama kepada arahan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
adoiii.. perangaii.. ku sangkakan remaja.. tp masing2 dh dewasa dh tua pun.. boleh pulak perangai camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah kena.. Padan mukaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 11:52 AM | Show all posts
Perlu ka kita nak simpan lg rakyat mcm ni tuan2..mai sama2 kita pikiaq
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 11:56 AM | Show all posts
stress dok umah kot, duit BPN da habis
raya tahun ni tak dapat sopink, bakar mercun plak kena tegur ngan pulis
mesti pulis ni jenis tak herlokkk rupa paras, klu mcm zul ripin musti acik2 insaf sambil gentel hujung rambut
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu je aku nak cakap. "Bangang tanpa sempadan".
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bangsa ape ni, nmpk kg sgt perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 11:57 AM | Show all posts
igtkn remaja..rupanya dh tua bangka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2020 11:59 AM | Show all posts
Mendapat sudah mengalahkan kanak2 nak jugak naik mercun
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tua2 bangka pun buat pangai mcm budak2
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangaiiii. Orang cmni kadang dengan jiran pun tak baik ni, silap sikit makan makian ler. Tua ganyut dah pun main mercun lg, kene tegur dimaki pulak polis. Ee
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 12:10 PM | Show all posts
soalan jujur...  kalau main bunga api n mercun poppop boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 12:12 PM | Show all posts
iols memang geli sikit dengan sundel-sundel kampung yang hanyir ni.. selayaknya la ditangkap.. dah la kampung ceruk bera, biadap lak dengan polis..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 12:17 PM | Show all posts
Vongok nye lahai
Polis tegur ko  stop la maen
Pas polis berlalu ko maen la lagi hahaha
Tpi merxun bola neh kuat dowh
Mmg saket tinge arr bunyinye
Rumah haku tetiap tahun wajib
Maen mercun poppop ngan bunga api jek
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 12:20 PM | Show all posts
padan muka..saja lah tu kan ..mendapat lah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Vuto lu!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal pasal je kena, disebabkan mercun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Motep sgt maki2 polis. Period ke kak? Ko puasa ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiii sedap maki hamun polis camtu. Ni mesti 1 family memang dibenci jiran tetangga. Boleh agak perangai macam hape
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis untuk dicintai. Bukan untuk dimaki. Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054309 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list