CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22988|Reply: 205

[Dunia] Update 8.6.2020:Ditindih Polis Hingga Mati, Siapa Sebenarnya George Floyd Sehing

  [Copy link]
Post time 29-5-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-6-2020 03:05 PM

Rakaman kejadian yang tular menunjukkan George mengerang dan merayu berulang kali ”Tolong, tolong, saya tak boleh bernafas,” kepada seorang anggota polis yang menekan lehernya dengan lutut.

Kematian seorang lelaki, George Floyd, pada Isnin lalu di Amerika Syarikat (AS) menjadi tular di media sosial hingga ke seluruh dunia ketika ini. Kata-kata terakhir George sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, meruntun setiap perasaan manusia tanpa mengira perbezaan kaum bangsa mahupun agama.

Persoalannya, siapakah George Floyd dan apa yang berlaku kepada lelaki berkulit hitam ini sehingga membangkitkan kemarahan rakyat negara itu dan kecaman bertalu-talu oleh warganet yang menuntut supaya keadilan dapat ditegakkan.

Malah, tanda pagar #JusticeForGeorgeFloyd dan #BlackLivesMatter kini menjadi trending di Twitter sehingga mendapat jutaan ciapan oleh netizen di seluruh dunia.

Siapa George Floyd?

George Floyd yang berusia 46 tahun, merupakan seorang penduduk di bandar Minneapolis dan bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah restoran Amerika Latin yang bernama Conga Latin Bistro di bandar tersebut.

Menurut sumber, George telah bekerja di restoran berkenaan selama lima tahun dan menyewa rumah daripada pemilik restoran itu, Jovanni Thunstrom.

Menerusi muat naik di Facebook pada Selasa, Thunstrom menggambarkan George yang dibesarkan di Houston sebagai bukan sahaja pekerja tetapi umpama keluarga dan kawan yang sangat baik.

”Menonton video ini membuatkan air mata saya mengalir, tubuh saya penuh dengan emosi dan persoalan tanpa jawapan,” tulis Thunstrom.

Today I woke up to hear a very sad news. I saw a video of a black man been choke to dead by a Minneapolis police officer…


Kenapa George Floyd ditahan di Minneapolis?

Pada Isnin (25 Mei 2020), George dilaporkan terlibat dalam satu kejadian dengan Jabatan Polis Minneapolis.

Menurut sumber, pada hari tersebut, pegawai polis telah mendapat panggilan daripada sebuah kedai runcit yang mendakwa George telah menggunakan cek palsu di kedai berkenaan.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Polis Minneapolis, anggota polis yang bertugas telah bertindak ke atas laporan yang diterima.

Apa yang berlaku kepada George Floyd sewaktu ditahan?

Setelah pihak polis mengesan George yang berada berdekatan keretanya, mereka mendakwa bahawa sewaktu ditahan, beliau ”menentang pegawai secara fizikal” dan berkemungkinan berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Rakaman kejadian yang tular menunjukkan George mengerang dan merayu berulang kali ”Tolong, tolong, saya tak boleh bernafas,” kepada seorang anggota polis yang menekan lehernya dengan lutut.

Pegawai tersebut dikatakan meletakkan sebelah lututnya lagi di bahagian belakang George, berhampiran tempat tangannya yang digari.

Dalam rakaman menyayat hati itu, George juga dapat didengari berkata ”Jangan bunuh saya, dan mama.. mama..” sebelum dia diam, tidak bergerak lagi dengan mata tertutup.

Dalam sebuah rakaman kamera litar tertutup yang tidak dapat didedahkan, menunjukkan George Floyd tidak langsung melawan pihak polis yang menagkapnya ketika itu.

Siapakah Derek Chauvin dan Tou Thao?

Derek Chauvin dan Tou Thao adalah dua daripada empat pegawai polis Minnesota yang terlibat di dalam insiden ini.

Pegawai Chauvin telah dikenal pasti sebagai polis yang menjatuhkan George dan menekannya di leher menggunakan lutut sebelum beliau tidak sedarkan diri di dalam video tersebut.

Pegawai Tou Thao pula dilihat cuba menenangkan orang ramai yang merakam kejadian tersebut dan meminta mereka untuk bersurai ketika mereka menjerit mmeberitahu bahawa George tidak lagi bergerak.

Polis terlibat dipecat

Polis Minnesota mengatakan bahawa George meninggal dunia setelah ketika kejadian tersebut.

Pada petang 26 Mei, Datuk Bandar Jacob Frey mengesahkan keempat-empat pegawai yang terlibat dalam kejadian itu telah “diberhentikan” serta-merta.

Pada sidang media pada hari itu, Frey telah menggambarkan kejadian itu sebagai  ”kacau-bilau”. Dia berkata: “Saya percaya apa yang saya lihat dan apa yang saya lihat adalah salah di setiap peringkat. Menjadi kulit hitam di Amerika tidak boleh dijadikan hukuman mati.

”Selama lima minit kami menyaksikan seorang pegawai kulit putih menekan lututnya ke leher lelaki kulit hitam. Selama lima minit.

“Pegawai ini gagal dalam erti kata manusia yang paling asas.”

Siasatan kini telah dilancarkan oleh FBI dan pihak berkuasa di Minnesota

Rakyat masih tidak berpuas hati

Rusuhan kini terus dilakukan oleh penduduk yang tidak berpuas hati dan menuntut agar kesemua anggota polis yang terlibat dijatuhkan hukuman mati.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, mereka dilihat turut  ‘menyerang’ rumah anggota polis yang didakwa membunuh George namun mereka tidak dapat berada lebih dekat kerana rumah tersebut dikawal puluhan anggota polis.
Kematian George Floyd boleh diibaratkan seperti satu kisah kematian yang menggoncang dunia. Mungkin rusuhan yang meletus kini, adalah hasil daripada rasa amarah rakyat yang tersimpan sekian lama akibat sikap perkauman dan diskriminasi warna kulit.

Walau kita sudah berada di tahun 2020, namun apa yang boleh ditafsirkan, keganasan yang berlaku terhadap komuniti kulit hitam di Amerika Syarikat seakan tidak berkesudahan.

https://www.thesun.co.uk/news/11717522/who-george-floyd-why-arrested-minneapolis/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Habes kosong rak Target barang2 kene samun.  #BlackLivesMatter #GeorgeSoros
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis kulit putih kata George menentang mereka secara fizikal tapi rakaman video x de tunjuk dia melawan pun.....dasar omputih perasan diri mereka bangsa mulia. .....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Die tekan leher org tu gayanya mmg nak org kulit itam tu mati.....kuat tu die tekann... Mmg. Xbole bernafaslah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 04:01 PM | Show all posts
Ramai orang yang merusuh pasal kes ni, tengok video Floyd waktu kena tahan kasihan sangat
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu badan tekan leher. Buduh! Ko xda belajar sains ka time jadi polis? Moga bangsa ni mampus kena penyakit kelamin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Serta merta kne buang terus.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 29-5-2020 04:12 PM
Satu badan tekan leher. Buduh! Ko xda belajar sains ka time jadi polis? Moga bangsa ni mampus kena p ...

Polis tu byk kes keganasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 04:39 PM | Show all posts
teruk betul...............................
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 04:45 PM | Show all posts
Memang ramai yg merusuh... siap loot angkut tv oven apa semua...
Eh jap rasanya benang pasal ni dah ada kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 05:08 PM | Show all posts
kt Mesia, pemabuk komunis bunuh orang melayu  kt jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam & racist...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
White supremacy...haritu anak dengan bapak tembak mati lelaki kulit hitam tengah jogging sebab disangka penjenayah.. memang padanlah rakyat merusuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 29-5-2020 04:12 PM
Satu badan tekan leher. Buduh! Ko xda belajar sains ka time jadi polis? Moga bangsa ni mampus kena p ...

Kejam gile polis tu...dh la gemok, memg x dpt bnafas la mamat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 29-5-2020 07:06 PM
White supremacy...haritu anak dengan bapak tembak mati lelaki kulit hitam tengah jogging sebab disan ...

Konon darah dirang tu mulia..bungul kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis yang buat perlu responsible atas kematian Floyd ... Tapi tidak perlu lah buat damage control statement kata aruah baik orang nya .. Keluar Dari penjara kata nya mahu mula kan hidup baru di Minneapolis later buat jenayah lagi officer responsed pun sebab dapat panggilan  ..

Uols yang cakap racist sebab white yang bunuh ... Uolls pun tiada beza pun ... Sebab itu black di panggil nigga ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan popcorn lagi ..
Tengok comments white haters apabila nigga guna race card .. Ramai leluhur mereka lawyer hebat..

Innocent orang Putih pun ramai kena peluru nigga ... Cuma news lebih supports minority jah ...  
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:11 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 29-5-2020 03:53 AM
Polis yang buat perlu responsible atas kematian Floyd ... Tapi tidak perlu lah buat damage control s ...

Arwah pun pernah masuk keluar penjara kes rompakan bersenjata kan. Tapi biasalah hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila jahat polis tu. Racist gila.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 29-5-2020 08:11 PM
Arwah pun pernah masuk keluar penjara kes rompakan bersenjata kan. Tapi biasalah hehehe

Dekat usa nak jadi jaga kedai tak buat tapisan keselamatan ke?

Tak kan la org ad rekod rompak bersenjata blh jadi jaga kedai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.227743 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list