Bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi.
Saya mempunyai pengalaman menanam bawang merah sejak dari universiti lagi. Pengalaman ini membolehkan saya menanam bawang dnegan mudah di dalam pasu.
Maklumat BotaniNama: Bawang merah
Nama Inggeris: Shallot
Nama Saintifik: Allium cepa cv. aggregatum
Keluarga: Alliaceae
Bawang merah adalah tumbuhan herba yang tiada batang keras. Bawang yang kita nampak itu adalah daun yang terubah suai. Jadi sebenarnya kita makan daun bawang.
Tanaman PenghalauBau bawang yang tengik mampu menghalau serangga untuk datang menyerang pokok berdekatan. Sebab itu kalau tanam bawang jarang kita lihat afid atau kutu daun menyerang.
Penanaman Bawang MerahBawang boleh kita tanam dengan dua cara iaitu menggunakan biji benih atau pun bebawang. Jika menggunakan biji benih, tempoh untuk tuai bawang akan mengambil masa sekitar 3-4 bulan.
Manakala jika kita tanam guna bebawang akan mengambil masa hanya sekitar 2 bulan setengah.
Bawang merah sesuai ditanam di tempat yang ada cahaya matahari penuh. Jika di tempat redup, bawang yang terhasil akan lebih kecil.
Penyediaan bebawangBiasanya kita akan menanam bawang merah terus ke dalam pasu. Betul tak? Cara ini betul. Tiada masalah. Tapi ada cara yang lagi cepat.
Kita boleh mempercepatkan pengeluaran tunas bawang merah dengan memotong 1/3 dari atas bawang.
Jika tidak potong, bawang akan mengambil masa sekitar 6-10 hari untuk mengeluarkan tunas. Manakala dengan kaedah potong sedikit ini akan memendekkan sekitar 3-5 hari.
Contoh keratan sisi bagaimana potongan 1/3 itu.
Konsep potong ini adalah kita memotong dari atas. Jika lihat di keratan rentas ini, pada bahagian berwarna putih itu akan mengeluarkan tunas baharu. Jadi kita potong dari atas agar tunas itu mudah keluar lalu menjadi daun.
Potong 1/3 dari atas bawang merah agar tunas cepat keluar.
Video cara tanam bawang.Media PasuBawang suka tanah yang poros tidak bertakung air. Terutama tanah yang kaya dengan bahan organik.
Eloknya buat campuran tanah antara kompos dan tanah hitam dengan nisbah 1:1. Cara kira sukatan mudah sahaja untuk nisbah ini. Jika kita guna 1 pasu kompos, kita guna juga 1 pasu tanah. Campur dan gaul kedua-duanya.
Penanaman dalam PasuSetelah kita potong atas bawang merah, kita boleh terus tanam di dalam pasu. Jika pasu saiz sekitar 10 cm diameter dan tinggi 15 cm (contohnya botol 500 mL), kita boleh menanam satu bawang.
Jika saiz pasu seperti botol 10L, kita boleh menanam 3 hingga 4 bawang merah.
Korek sedikit lubang dan masukkan bawang merah. Biar potong bawang merah separas dengan aras tanah. Kambus sedikit untuk tutup bawang merah.
Jarak sekitar 10 cm untuk setiap bawang merah.
Bawang memerlukan air yang cukup di awal pertumbuhan agar bebawang besar. Siram dua kali sehari.
Tanam bawang merah biar separas. Kambus sedikit sahaja tanah.
PembajaanBawang merah paling suka baja organik seperti kompos dan baja tahi ayam. Di awal penanaman, terus letak baja selepas tanam dalam pasu.
Selepas itu letak lagi satu sudu makan baja tahi ayam setiap 2 minggu sekali.
Jika guna baja kimia, boleh letak baja NPK hijau dalam satu sudu teh setiap 2 minggu sekali.
Cantas Kuntum BungaApabila bawang mencecah umur sekitar 20-30 hari selepas tanam, bawang akan mula mengeluarkan satu daun yang sedikit keras. Daun ini kalau kita perhatikan di hujungnya ada sedikit bonjol. Ini adalah kuntum bunga bawang yang akan menjadi bunga bawang.
Jika kita biarkan kuntum bunga ini menjadi bunga, segala nutrien bawang akan fokus bagi penghasilan bunga. Seterusnya menyebabkan bawang tidak menghasilkan bebawang yang berkualiti tinggi.
Oleh itu saya sarankan untuk anda membuang bunga itu dengan memotong terus daun kuntum bunga tersebut.
Dengan itu kita akan dapat menghasilkan bawang yang besar.
Kudup