CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4037|Reply: 42

[Politik] Ali Rustam bakal ganti Khalil sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka

[Copy link]
Post time 4-6-2020 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ali Rustam bakal ganti Khalil sebagai Yang di-Pertua Negeri Melakaekas Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ketujuh menggantikan Mohd Khalil Yaakob.

Mohd Khalid merupakan bekas setiausaha agung Umno dan menteri besar Pahang.

Pelantikan Mohd Ali disahkan oleh exco Melaka, Idris Haron, dalam satu klip video ucapan tahniah kepada bekas Adun Paya Rumput dan ahli parlimen Batu Berendam itu.

"Saya ingin mengambil peluang ini selaku pengerusi Biro Belia Perhimpunan Belia Islam mengucapkan tahniah kepada presiden.

"Kita sedia maklum, di mana beliau telah diletak di tampuk negeri Melaka sebagai gabenor Melaka.

"Alhamdulillah, dengan kewibawaan yang terdapat pada diri Tan Sri (Mohd Ali) yang banyak sumbangan dalam arena politik tanah air, termasuk terutamanya pembangunan belia yang masih presiden Perhimpunan Belia Islam Dunia saya merasakan inilah pilihan terbaik yang dihadiahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada seluruh rakyat negeri Melaka," katanya dalam ucapan tersebut.

Idris yang juga bekas ketua menteri, turut menjunjung kasih kepada Agong atas pelantikan Mohd Ali.

"Ini kali pertama, kita akan mempunyai seorang anak tempatan sebagai TYT Melaka," katanya.


Mohd Khalil Yaakob
Difahamkan, majlis angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baru dijadual berlangsung di Balai Istiadat Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di Melaka, Jumaat ini.

Acara itu akan diikuti dengan majlis serah tugas daripada Mohd Khalil kepada Mohd Ali pada jam 11 pagi.

Mohd Ali berkhidmat sebagai ketua menteri Melaka dari 1999 hingga 2013 sebelum digantikan Idris yang juga Adun Sungai Udang.

Sementara itu, Idris turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Khalil yang memegang jawatan berkenaan selama 16 tahun.

"Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Tun Khalil dan isterinya Toh Puan Datuk Zurina Kassim di atas tenaga bakti dan sumbangan kepada rakyat Melaka.

"Tidak dapat dinafikan bahawa Tun (Khalil) membawa Melaka ke peringkat seterusnya daripada sebelumnya. Rakyat Melaka akan merindui Tun dan Toh Puan selama-lamanya," kata Idris.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 05:55 AM | Show all posts

Aii sampai sekarang tak tau atas dasar apa Dato Khalil jadi yang dipertuan. Dia orang Pahang. Isteri jer orang Melaka kan? Mungkin time itu tak ada yang layak dan dan orang MElaka sendiri tak kisah.

Sekarang anak jati melaka naik - baguslah. Masa dia jaga Melaka mmg banyak jasa dia membangunkan Melaka kalau tak silap satu dari jasa dia buatkan sungai Melaka jadi tarikkan pelancung ada sampan/boat . Tahun 90 sungai Melaka tu busuk ya amat!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Melaka mmg ada ali rustam je ke
turun naik politik, muka dia je lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 4-6-2020 06:14 AM
Melaka mmg ada ali rustam je ke
turun naik politik, muka dia je lagi

Org melaka suka dia, dorg mengadu apa jer ke MBMB, kakitgn MBMB wajib turun padang. Tak senang duduk dorg.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
turun naik asik muka itu jer...dr ai kecik sampai awal belia ...mmg xde org lain ke atas dunia ni ehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Respect beliau. Pernah buat project dan consultant utk negeri melaka masa dia MB, memang serius dan komited.

Visi dia jauh, nak melaka lebih maju dan bersih.

Masa tu aku pandang dia, ek eleh.. macam bagus je kau ni.. tapi, serius dia bagus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2020 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah ada event dengan dia ni. Bini dia havoc, bekas minah kilang. This should be fun to watch.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Melaka nampak elok bawah dia tapi sengsara la pegawai kerajaan Negeri kul 3am kena standby dia call tanya nape lampu jalan tak hidup..


Dia ni takde kes rasuah ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah orang Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:54 AM | Show all posts
melaka darul traffic light
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:56 PM | Show all posts
Dia ni kalau dijemput rajin datang kenduri kawin.

Tak perlu meja VIP. Cukup ambilkan dia lauk hidang untuk dia jamah makan.

Tapi ada ustaz sebelah dia takutla kalau ada orang letak benda bukan2.

Macam2 dia bagi pembangunan walaupun di kawasan cina.

Tapi last2 cina 2X tak nak pangkah dia walapun depan2 cakap manis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ke KL dah dia untun majlis angkat sumpah esok.
Dah try masukkan gambar tapi asyik la not supported.Dpt gambar tu dari polis pengiring aka anak buah akak.
Akhirnya, ada juga anak Melaka yg duduk di kerusi TYT tu. Sepjg akak hidup, akak dapat TYt org Pahang &  orang Utagha.. tapi akak x de la kata dia ni yg terbaik. Ada kelemahan dia tp harap dah tua ni elok2 la jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan bersih.

Btw, kenapa TYT ni org yg dah tua2 ek? Kenapa kita x ambil yg umur 40-an?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kluangman replied at 4-6-2020 12:56 PM
Dia ni kalau dijemput rajin datang kenduri kawin.

Tak perlu meja VIP. Cukup ambilkan dia lauk hi ...

Kenduri ka, kematian ka, open house ka, pasti dia datang ke rumah walaupun kadang2 dia datang time kitorng dah kemas table. Tp dia x kesah. Apa ada dia makan. Kalau xde makan, minum saja pun dia ok.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 4-6-2020 08:33 AM
Aku pernah ada event dengan dia ni. Bini dia havoc, bekas minah kilang. This should be fun to watch.

Wife dia happening tp xde la sampai overshadow dia. Ok je wife dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 4-6-2020 09:05 AM
Melaka nampak elok bawah dia tapi sengsara la pegawai kerajaan Negeri kul 3am kena standby dia call  ...

Entah le..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 4-6-2020 08:29 AM
Respect beliau. Pernah buat project dan consultant utk negeri melaka masa dia MB, memang serius dan  ...

Dia KM. Bukan MB. Walau Melaka ada Sultan yg suka menyerlahkan dirinya #betaisbetter , tp Melaka iktiraf TYT je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_chili replied at 4-6-2020 07:49 AM
turun naik asik muka itu jer...dr ai kecik sampai awal belia ...mmg xde org lain ke atas dunia ni eh ...

Nampak sgt akak ni dah tua kan.. Zaman akak Tok Rahim. Kemudian baru dia. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 4-6-2020 06:14 AM
Melaka mmg ada ali rustam je ke
turun naik politik, muka dia je lagi

Ada lain.. Isam #kauybkeakuyb? Tp dari mamat hashtag tu, baik la TokAli ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 4-6-2020 05:55 AM
Aii sampai sekarang tak tau atas dasar apa Dato Khalil jadi yang dipertuan. Dia orang Pahang. Iste ...

Darsita, akak membesar di tepi sungai Melaka itu. Bunyi tongkang dan bot nelayan dah sebati dlm diri. Zaman tu sungai masih bersih lagi. Tp lepas akak dah habis menengah, makin ramai org buang memacam benda dlm sungai tu. Termasuk la diri sendiri.. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:36 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-6-2020 03:33 PM
Darsita, akak membesar di tepi sungai Melaka itu. Bunyi tongkang dan bot nelayan dah sebati dlm di ...

oo Kak-Leen org Melaka ye
TYT ada 2 istana di Melaka

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.440439 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list