|
Seronoknya Mawi menerima hadiah kejutan sebuah kamera jenama Canon lengkap dengan aksesorinya sempena Hari Bapa daripada isteri tercinta.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202006/22/204938aq6mm118kqimzqem.png) Kredit foto: IG Mawi
Kata juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu, dia tidak berniat menunjuk-nunjuk, sebaliknya mahu menghargai pengorbanan Ekin sepanjang 12 tahun mereka mendirikan rumah tangga.
Selain itu, Asmawi Ani, 39, juga menepis dakwaan orang ramai yang sebelum ini menuduh kononnya Ekin 'kaki kikis'.
"Dulu ramai yang kata dia akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender. Tapi, berlaku sebaliknya. Aku yang kikis duit dia," tulisnya berseloroh.
Dalam masa sama, Mawi juga memaklumkan bahawa isterinya seorang wanita yang jarang meminta-minta, sebaliknya pandai mencari duit sendiri.
"Dia tak pernah pun nak paksa aku, minta duit setiap bulan, malah dia sendiri pandai cari duit. Dia tak mengharapkan aku sepenuhnya.
"Alhamdulillah. Semoga dia terus berjaya & dan diberkati Tuhan," ujarnya.
Menurut mStar, Ekin sebelum ini pernah dilabel sebagai ‘kaki kikis’ dan ‘kaki bomoh’ selepas berkahwin dengan Mawi yang pernah menerima julukan 'jutawan segera'. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|