CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3605|Reply: 5

Puas Hati "Hiking" 4 Jam, Jumpa Pemandangan Seakan 'Jurassic World' Di

[Copy link]
Post time 3-7-2020 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Sha,
3 hari lalu





Terdapat banyak tempat untuk dilawati di negara kita. Ada di antaranya yang masih lagi ‘tersembunyi’ dengan keindahan alam semulajadi yang tenang dan mendamaikan.

Seperti perkongsian oleh seorang gadis, Aizaharwani MJ di Facebook mengenai pengalamannya menerokai permata tersembunyi di Bumi Kenyalang.
Bengoh Range yang terletak di Padawan Sarawak ini diliputi gunang-ganang, tasik, air terjun, serta pemandangan menakjubkan umpama seperti berada di kawasan penggambaran filem ‘Jurassic World.
Pengembaraan hari ini: Menemui permata tersembunyi Bengoh Range di Padawan Sarawak. Ianya memerlukan pendakian selama kira-kira 4 jam.

Saya pergi ke empat air terjun iaitu Curtain, Koring, Pe’an dan Susung. Pemandangannya sangat menakjubkan dan tidak disentuh oleh tangan manusia umpama adegan daripada filem Jurassic World.
Daripada semua tempat yang saya kunjungi hari ini, pemandangan paling eksotik dan kemuncak kepada pendakian hari ini adalah pemandangan dari Kampung Sting, di mana anda dapat melihat 180° pemandangan dari Empangan Bengoh & Banjaran Bengoh.
Pemandangan dari atas selalu menjadikan pendakian berbaloi.  sumber









Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg cantik
Berani la dia..
Iols x boleh naik sampan pastu keliling x de apa..
Pastu sunyi sepi
Iols akan bayangkan kat bawah ada rasaksa atau ikan besor nak tolak sampan iols..
Tp iols suka pwmandangannn
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:15 PM | Show all posts
pasni ramai serbu, tempat pun hancur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2020 05:56 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-7-2020 03:15 PM
pasni ramai serbu, tempat pun hancur

haha kan.. tapi ada oranglah komen, tempat cantik ni,jauh wo
pendalaman..susah juga nak pergi sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2020 06:00 PM | Show all posts
shernazz replied at 3-7-2020 03:06 PM
Mmg cantik
Berani la dia..
Iols x boleh naik sampan pastu keliling x de apa..

kan hehe..tapi yang paling sedap,kalau dah sampai tempat tu.
terfikir juga,kalau naik helikopter kan mudah sampai haha

nak lalui semua denai,semua tu,seram.kadang2 betul awak
'cakap' tu ada bayangan rasaksa

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 3-7-2020 06:00 PM
kan hehe..tapi yang paling sedap,kalau dah sampai tempat tu.
terfikir juga,kalau naik helikopter  ...

Itu lah..
Nampak.cam.best je bila tengok dia dah sampai
Tapi.bila fikir cara nak sampai situ penuh onak duri..huhuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060938 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list