View: 3429|Reply: 42
|
[Tempatan]
Rumah sewa terbakar. Wang tunai RM52,000 hangus termasuk RM40,000 yang dikumpul
[Copy link]
|
|
Wang tunai RM52,000 hangus terbakar
myMetro>utama
Amirul Aiman Hamsuddin
WANG tunai berjumlah RM52,000 hangus selepas rumah sewa seorang peniaga terbakar dalam kejadian di Kampung Parit 10 Timur, Sungai Besar, semalam.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, rumah itu hangus termasuk tiga kenderaan iaitu van, Proton Iswara dan motosikal Kawasaki.
Pembekal barangan dan peralatan sekolah, Khatib Yusop, 38, berkata, ketika kejadian, dia sedang minum di kedai makan berhampiran sebelum menerima panggilan daripada jiran, Fazilla Mohd Hata, 33, memaklumkan kebakaran itu.
"Jiran memaklumkan, ketika kejadian dia terdengar bunyi kaca meletup. Dia kemudian ternampak kepulan asap keluar dari bahagian dapur rumah sewa saya," katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.
Khatib berkata, dia yang bergegas pulang mendapati api marak memusnahkan rumah menyebabkan dia gagal menyelamatkan barangan termasuk wang simpanan serta modal pusingan perniagaannya.
"Daripada jumlah RM52,000 itu, RM40,000 adalah wang simpanan yang saya kumpul sejak lapan tahun lalu manakala RM12,000 ialah modal pusingan perniagaan.
"Siapa yang tidak sedih duit yang dikumpul selama ini hangus sekelip mata. Kebetulan, saya ada rancang beberapa perkara untuk menggunakan wang simpanan itu pada masa akan datang," katanya yang mendakwa kerugian kira-kira RM200,000 tidak termasuk wang tunai itu.
Menurutnya, dia reda dengan kejadian ini dan akan tinggal sementara di Surau Hujung Parit 10 Timur.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar Penolong Penguasa Bomba Mohd Khuzaimey Ibrahim berkata, sembilan anggota dari BBP Sungai Besar dengan bantuan lapan anggota dari BBP Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, rumah terbabit musnah 90 peratus. Api berjaya dikawal 20 minit kemudian.
"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 3:10 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun...... |
|
|
|
|
|
|
|
Simpan duit kt mn 50k tu ? Kalau dlm peti besi rasanya susah sgat nk terbakar. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih ada org simpan duit ribu2 di rumah?
|
|
|
|
|
|
|
|
duit tunai RM250K pun ada yg simpan di rumah |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 5-7-2020 06:09 PM
duit tunai RM250K pun ada yg simpan di rumah
zaman cashless ni mmg jrg ade duit byk2 dlm wallet... mcm mana bleh simpan riban2 dlm rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je lg yg simpan ratus2 ribu kat umah....juta2 pun ada....tp bukan aku la...sedih |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kesiankn tuan rumah tu...
Dia penyewa je....ntah apa yg dia masak, pastu tak tutup api....pi minum kat gerai...huha..huha.....rumah org terbakar.....
Knp claim rm52k....ckp le rm520k.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Babat replied at 5-7-2020 05:53 PM
Kjp lagi, ada lobainita masuk tbakar tu cash kata nya. Kena muhasabah diri balik. Sbb tuan rumah tak ...
Masalah hati ko ni....belum pape lg dh fkr negatif kat lobainita bagai.... |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون |
|
|
|
|
|
|
|
Duit begitu banyak kenapa tak simpan dlm bank. |
|
|
|
|
|
|
|
Litar pintas ke..
Iols duk kt rumah ni mmg duk level bawah je..bilik iols n dapur pun kat sini..
2nd level seminggu skli kot jenguk..
Sky deck naik bila nk berenang je..
Jd kedua2 level tu mmg tak on ekon or lampu..unless lampu kt tangga..
Sbb bimbang terlupa off lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai peniaga masih simpan cash kat umah sbb transaction depa masih cash tak leh pakai bank. Mcm org nie agak pelik..budak2 beli stationary cash tapi dia beli brg boleh bank in. Dah biasa pegang cash banyak dlm tangan..modal 12k..adakah beliau seorg muflis tu simpan duit kat umah ke tidak mau dikesan oleh lhdn hu hu
Kalau tempat kita nie jual beli sawit in cash..kalau kebun byk ,angkut lah RM30k bwk pi bank in kat pekan kecik tiada bank ,apa nk pakai atm ..simpan cash kat umah utk modal. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi. Beraninya dia simpan cash di rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali tukarkan jadi emas lah......... Akan datang jual harga tinggi.. Kalau rumah terbakar, emas x kan hangus, nilai tetap sama............... |
|
|
|
|
|
|
|
peniaga stationary rasanya tak perlu pun cash sampai RM50K
simpan RM20K pun dah OK
byk kedai boleh terima kaedah transfer online je |
|
|
|
|
|
|
|
Urm..kesian jgk baca ni..hangus gtu je..apa punca kebakaran tu?jiran kata dgr bunyi kaca? |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnyaa 50k tu.. nangisss... |
|
|
|
|
|
|
| |
|