View: 1355|Reply: 14
|
[Tempatan]
Bawah pentadbiran PN, Malaysia diiktiraf berjaya urus, kawal wabak COVID-19. Kal
[Copy link]
|
|
Malaysia diiktiraf berjaya urus, kawal wabak COVID-19 – PM
Bernama -
6 July 2020
PUTRAJAYA – Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berucap pada perjumpaannya bersama kira-kira 250 warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini, beliau berkata kejayaan tersebut adalah berkat usaha kesungguhan dan kerjasama semua pihak di peringkat kerajaan hingga masyarakat.
“Kita bersyukur kerana Malaysia telah dapat melalui satu tempoh masa yang amat mencabar iaitu untuk menangani wabak COVID-19 yang telahpun melanda dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
“Kesemuanya ini kerana adanya usaha bersungguh-sungguh kita bersama-sama, baik di peringkat kerajaan mahupun rakyat jelata, menguruskan secara bijaksana, tegas dan berani membuat keputusan yang segera dan tepat untuk menentukan wabak penyakit ini tidak menular dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata kerajaan tidak memandang remeh sesuatu isu sekiranya ia melibatkan kesejahteraan rakyat walaupun Malaysia tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan wabak sedemikian dalam tempoh lebih 60 tahun.
Muhyiddin turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam dan petugas barisan hadapan atas usaha menangani COVID-19 termasuk doktor, jururawat, tentera, polis, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Beliau berkata hari ini Malaysia sudah sampai ke peringkat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), iaitu satu fasa yang boleh dikatakan memberi banyak ruang untuk memulakan semula kehidupan seperti biasa.
“Dalam fasa pemulihan yang sedang kita lalui sekarang, inilah satu tempoh yang agak lebih mencabar. Ini adalah satu lagi peringkat yang perlu kita ambil kira secara terperinci.
“Walaupun COVID-19 belum selesai sehingga vaksin itu dapat ditemui, tetapi kita telah mengambil langkah ke hadapan, mungkin lebih awal daripada banyak negara-negara lain yang sedang dilanda wabak ini,” katanya.
Setakat 12 tengah hari semalam, kes kumulatif yang dicatatkan di Malaysia ialah sebanyak 8,663 dengan 121 kematian, dan kes aktif hanya 77.
— BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau masih PH nanti menteri kesihatan angguk2 kepala belakang menteri pelancongan Ketapi tu. si Ketapi pulak pusing2 tangan sambil mengkecilkan risiko Covid 19. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik pm bukn yg jnis akn jwb takkan letak di kandang lembu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nazzse at 6-7-2020 05:29 AM
Syukur alhamdulillah.. Berkat bacaan doa yg ikhlas by PM yg diaminkan seluruh rakyat Malaysia yg dengar cakap dgn niat utk selamatkan Malaysia. Berkat usaha anggota KKM & barisan hadapan.
Prinsipnya, bila pemimpin, org atas ikhlas bekerja utk rakyat, kita dgn senang hatinya follow..
Bukan meratib ni salah kerajaan dulu, negara nak bankrap lah.. politik sampai sudah,kesejahteraan rakyat paling nak ambil tahu.. Pelancong lagi penting katanya
Hebat kerjasama rakyat Malaysia kali ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ph.. jgn panik, semua masih terkawal... jgn dengar ckp who |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. Tepat masanya.. Allah lindungi tanah bertuah ni |
|
|
|
|
|
|
|
korang semua ni palatao... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pee esh masih jadi KERAjaan
satu je dia pening, kandang lembu xcukup nak sumbat PRC |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn... Syukur sangat PH dah mampus. Dan takkan timbul2. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang ramai x ikut sop.korang rasa? Berdoa jela baik2
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pyropura at 7-7-2020 04:36 AM
Terbaik still Singaporn lar. Kes lebih 40k tapi kematian hanya 27 aje. Dan.depa tak perlu tanggung kerugian 2.5billion seharimacam.kita akibat PKP membuta tuli tanpa targeted approach. Takyah syok sendiri lah Mudin oii |
|
|
|
|
|
|
|
Saya juga ada terfikir, masa ramadan hari tu.. mungkin ada doa diantara kita, inshaAllah ada yang makbul. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang kes aktif cuma dua angka aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amin.. Raya Haji nanti tiada kunjung-mengunjung kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 7-7-2020 09:47 AM
Amin.. Raya Haji nanti tiada kunjung-mengunjung kan?
saya tak pasti pulak pasal kunjung mengunjung pada raya haji. |
|
|
|
|
|
|
| |
|