View: 3038|Reply: 34
|
[Tempatan]
Najib, Rosmah akan dibenar untuk bersua barangan mewah yang disita selepas 21 Ju
[Copy link]
|
|
Najib, Rosmah dibenar periksa barangan mewah disita selepas 21 Julai
| | 9 Julai 2020
Najib dan Rosmah dibenar untuk memeriksa barangan yang disita polis di premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, didakwa ada kaitan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dari 21 Julai. - Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dibenar memeriksa barangan yang disita polis di premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, didakwa ada kaitan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dari 21 Julai.
Tanpa menetapkan tarikh tertentu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memeriksa barangan itu selepas 21 Julai iaitu dua hari sebelum hari jadi Najib.
Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin yang mengesahkan perkara itu berkata, kini terserah kepada peguam yang mewakili kedua-dua pihak, polis dan Bank Negara Malaysia untuk menetapkan tarikh bagi pasangan itu memeriksa barangan berharga berkenaan kecuali barang kemas.
"Pemeriksaan ke atas barang kemas itu akan dijalankan sebaik sahaja tukang emas warga Lubnan daripada Global Royalty Trading SA tiba. Tetapi, kami tidak dapat sahkan bila tukang emas itu akan datang sebab sempadan negara kita ditutup ketika ini," katanya kepada pemberita selepas prosiding hari ini.
Pada 11 Mac, Rosmah mendapat kebenaran untuk melakukan pemeriksaan fizikal ke atas aset itu yang disita polis didakwa ada kaitan dengan skandal dana 1MDB, bagaimanapun beliau masih belum memeriksa barangan itu disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada 10 Jun, mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk memeriksa barangan disita polis termasuk jam tangan, beg, dan cermin mata hitam selepas mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Faten Hadni.
Pihak pendakwaan memfailkan permohonan untuk melucut hak aset yang disita di premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd.
Najib dan Rosmah merupakan pihak ketiga dalam permohonan lucut hak itu.
Sitaan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ta-selepas-21-Julai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Habah ko mewah
dah namanya pemimpin negara, tak kan la dapat hadiah singlet pagoda
sita pun cara salah
bodoh PH, bodoh lagi kutu babi @ nahnukutu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau barang disita rosak acaner... dpt ganti rugi ke tak..
atau actually brg2 tu dh dikira hangus.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau brg rosak hilang..boleh saman kerajaan balik....
aku caya sprm akan buat daftar iventori melainkan ader yg rembat masa tukar gomen |
|
|
|
|
|
|
|
yang kata mewah tu sinar harian ya.
untuk marhaen mewah lah dah sokabar marhaen. lainlah sokabar orang kaya macam awak mungkin ini biashe2 jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 9-7-2020 03:14 PM
yang kata mewah tu sinar harian ya.
untuk marhaen mewah lah dah sokabar marhaen. lainlah sokaba ...
Dalam artikel tak ada pulak kata mewah
tunggu je la atok dengan guan jeng punya turn
harap2 sita cara telus kalo betul mereka dibukti salah
bukan sita dulu untuk timbulkan prejudis, lepas tu baru bicara
tu pun terkial2 lepas dua tahun
celaka punya PH |
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 9-7-2020 03:03 PM
Habah ko mewah
dah namanya pemimpin negara, tak kan la dapat hadiah singlet pagoda
Hahahahahahaha kutu babi?! Hahahahaha... Nahnukutu tu nama pendek. Suruh dia bagitau nama panjangnya apa @Nahnukutu |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berpuas hati.
tak perlu minta maaf. saya maafkan kamu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 9-7-2020 03:22 PM
semoga berpuas hati.
tak perlu minta maaf. saya maafkan kamu.
ISI artikel,
bukan TAJUK |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun boleh sahaja nak make fun of your name
Atata... ta...i*...
takper lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam artikel tak kata, dan saya pun tak kata.
tapi dalam tajuk ada.
apa masalah awak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 9-7-2020 03:28 PM
dalam artikel tak kata, dan saya pun tak kata.
tapi dalam tajuk ada.
Masalahnya ada unsur sebaran kebencian
lagi satu, tak ada gambar yang lebih buruk ka |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat lagi masa ni, satu Malaysia padan kan muka Dato Najib ... |
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 9-7-2020 03:18 PM
Hahahahahahaha kutu babi?! Hahahahaha... Nahnukutu tu nama pendek. Suruh dia bagitau nama panjangn ...
Nahnukutu aka bugisdom |
|
|
|
|
|
|
|
aku terfokus muka kakmah je.. xkan dia x buat pape... ni mmg kesan kekal ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah kena tangkap??? dah masuk penjara??? dah didapati bersalah??? |
|
|
|
|
|
|
|
bila kak mah nak buat comeback? |
|
|
|
|
|
|
|
berbau ikan masin |
|
|
|
|
|
|
| |
|