Media Lubnan mendakwa letupan kuat di Beirut berlaku di gudang bunga api. Bunga api dapat dilihat dalam video, beberapa saat kemudian letupan sekunder menyebabkan sebahagian besar kerosakan.
Post time 5-8-2020 03:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Highly explosived item being seized by the government are stored at the blast area.
Harap2 jangan Syria atau Israel sudah.
Tanah area lebanon , Syria & Israel tu macam di sumpah pulak supaya perang hingga ke akhir hayat. Bukan baru2 ni je peperangan tu. Padahal takde dapat apa pun perang2 tu. Takde negara jadi maju mana pun.
Post time 5-8-2020 03:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dudaberhias replied at 5-8-2020 03:13 AM
Highly explosived item being seized by the government are stored at the blast area.
Harap2 jangan ...
Fertile Crescent tu tanah bermulanya tamadun2 awal dunia.. Mmg semua bangsa berebut.. Beribu2 perang utk takluk kwsn ni.. Ditambah pulak dgn 3 agama samawi berebut tanah yg dijanjikan.. Dan dikatakan nanti perang terakhir sebelum ditiup sangkakala..pun disini juga.
Letupan di Beirut berpunca daripada ammonium nitrat
BEIRUT - Sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat yang digunakan sebagai baja pertanian disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di bandar raya berkenaan meletup semalam sehingga menyebabkan berlakunya satu malapetaka.
Perdana Menteri Lebanon, Hassan Diab berkata, bahan tersebut dihantar dengan menggunakan sebuah kapal dan disimpan di sebuah gudang sejak tahun 2013.
"Adalah tidak masuk akal bahawa ammonium nitrat yang berada selama enam tahun di sebuah gudang tanpa melakukan sebarang langkah pencegahan sehingga membahayakan keselamatan penduduk," kata Hassan seperti dilaporkan akhbar USA Today.
Bagaimanapun katanya, punca bahan itu meletup masih disiasat.
Siasatan awal pihak berkuasa menunjukkan ia kemungkinan satu kemalangan yang tragik dan sumber perisikan memberitahu Fox News semalam bahawa mereka tidak menafikan ada perbuatan khianat.
Ammonium nitrat juga pernah digunakan dalam kejadian pengeboman bandar raya Oklahoma di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1995.
Hassan turut menambah, pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian dua letupan tersebut akan mendapat hukuman setimpal.
Sementara itu, Naib Presiden Yayasan Pembela Demokrasi, Jonathan Schanzer memberitahu Fox News letupan di Lebanon bukannya akibat serangan tentera.
"Buat masa kini, ia kelihatan akibat keputusan gagal mengurus (ammonium nitrat dengan baik)," katanya.
Dua letupan yang berlaku itu menyebabkan 73 orang terkorban dan 3,700 orang cedera dan ia boleh didengar sehingga ke bandar Nicosia di Pulau Cyprus, timur Mediterranean yang sejauh 240 kilometer dari Beirut. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN: 73 terkorban, 3,700 cedera dalam letupan di Beirut