CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BicaraHatiku

[Dunia] #PrayForLebanon (Angka Kematian Cecah 135, 5000 Cedera & 300000 Hilang Rumah

  [Copy link]
Post time 5-8-2020 09:55 AM | Show all posts
Baja ammonia nitrat 2,750 tan didakwa punca letupan Beirut

https://www.bharian.com.my/dunia ... unca-letupan-beirut

Rabu, 5 Ogos 2020 | 9:44am


Sebuah helikopter memadam kebakaran di lokasi letupan di sebuah gudang di Beirut. - Foto AFP

BEIRUT: Letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini dan mengakibatkan ribuan cedera, didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk ibu kota yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 70 orang.

"Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab.

"Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan," katanya.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan sehingga kini 73 penduduk terkorban, manakala 3,700 lagi cedera dalam insiden berkenaan.

Ketua Keselamatan Awamnya, Abbas Ibrahim pula berkata, bahan mudah meletup itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan orang ramai bagi aktiviti membeli belah dan berhibur pada waktu malam.

Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu.

Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk manakala Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan penghantaran bantuan.

Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat letupan.

Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sedia terjejas.

Ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 09:59 AM | Show all posts
comparable dengan Tianjin Explosion 2015
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:00 AM | Show all posts
kesian org2 beirut..
ada yg video diupload ni... yg empunye handphone meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:01 AM | Show all posts
2750 tan tu katanye lagi kuat dari bom atom hiroshima?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:02 AM | Show all posts
BicaraHatiku replied at 5-8-2020 09:43 AM
Tak tahu la ...ni video close up... dah mcm perang.

nampak mcm kebakaran awal.... sebelum letupan super saiya

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:08 AM | Show all posts
ada UN peacekeeping kan kat sana?kalau hal2 macam ni dorang tak boleh tolong2 sikit ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2020 10:08 AM | Show all posts
katanya shockwavae sampai dirasai di pulau Cyprus
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 10:17 AM | Show all posts
atira replied at 5-8-2020 10:00 AM
kesian org2 beirut..
ada yg video diupload ni... yg empunye handphone meninggal

meninggal ke?
tu la...kuatnya letupan bunyi kaca pecah
mesti dia tak sempat meniarap ke apa...
innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.
Pray for Beirut.

Takut sungguh tengok video tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:23 AM | Show all posts
BicaraHatiku replied at 5-8-2020 09:43 AM
Tak tahu la ...ni video close up... dah mcm perang.

Pehh lagi close video yang ni.

Ape jadi dengan perakam ehh??


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:25 AM | Show all posts
Innalillahiwainailaihirojiun...Pray for Beirut

dasyatnye letupan sekelip mata wave tu dtg habis lenyap bangunan...org yg ambil video tu lagumana?smpai tetonggeng cam tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2020 10:37 AM | Show all posts
syamzana replied at 5-8-2020 10:25 AM
Innalillahiwainailaihirojiun...Pray for Beirut

dasyatnye letupan sekelip mata wave tu dtg habis l ...

tak tahu lah...padang jarak padang terkukur jadinye.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2020 10:42 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 5-8-2020 09:59 AM
comparable dengan Tianjin Explosion 2015

Kannn...




Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 5-8-2020 11:17 AM

People never learn from history..kalo dah peram beribu tan amonia nitrat dlm gudang camtuh mmg saja cari penyakitlah..mcm time bomb waiting to happen.tunggu nk meletup je
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:32 AM | Show all posts
1. kenapa dirampas eh? baja seludup ke.

2. Pihak yang merampas pun kenapa kau peram sampai 6 thn? tak kan pihak berkuasa tak tau apa2 pasal ammonium nitrat reaction?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 11:40 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 5-8-2020 11:43 AM
kucingitam replied at 5-8-2020 11:32 AM
1. kenapa dirampas eh? baja seludup ke.

2. Pihak yang merampas pun kenapa kau peram sampai 6 thn? ...

kat sana xde pegawai sains kah..jangan buat main NH4NO3 nih.salah satu bahan utama utk buat bom TNT
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Katany bahan rampasan. Tapi kau simpan ammonium nitrat beribu tan bertahun2 mcm tu memang mengundang petaka. Anyway, kat FB dah meratib angkara yahudi hisbolah apa bagai. Start dah diorang salahkan org lain sana sini. Sokmed memang tempat toxic.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2020 11:49 AM | Show all posts
JunkMail replied at 5-8-2020 11:45 AM
Katany bahan rampasan. Tapi kau simpan ammonium nitrat beribu tan bertahun2 mcm tu memang mengundang ...

mmg bom jangka la...tunggu masa jer.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:54 AM | Show all posts
teringat citer mcgyver ambik baja buat bom lawan penjahat.

selain kumpul gas dari pokok bakau guna buluh.

aku pernah bakar baja saja test meletop ke tak. ke sudah takde apa2..

dahsyat betul letupan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.069414 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list