CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3847|Reply: 23

[Tempatan] Jual filem RM1, Penerbit AADD saman e-dagang RM50 juta

[Copy link]
Post time 5-8-2020 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Jual filem RM1, Penerbit AADD saman e-dagang RM50 juta

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/607021/jual-filem-rm1-penerbit-aadd-saman-e-dagang-rm50-juta

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 10:00 PM

Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my


AYU menunujukkan filemmnya yang dijual di platform berkenaan.  Foto ihsan pembaca.

PENERBIT filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD), Datuk Ayu Puteh mendedahkan beliau bakal menyaman pihak e-dagang terkenal sebanyak RM50 juta.

Ia susulan, pihak e-dagang itu menjual filem terbitan syarikatnya, Pencil Pictures & Records Sdn Bhd secara haram di platform berkenaan.

Berdasarkan perkongsian tangkap layar (screen shot) di media sosial oleh warganet mendapati filem dibintangi pelakon Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sanda dan PU Riz itu dijual pada harga RM1 dan RM5 di platform e-dagang berkenaan.

Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 43, berkata, beliau mula mengesan tindakan tidak bertanggungjawab dibuat pihak e-dagang itu sejak 10 Jun lalu di Telegram.

"Sebaik mengetahuinya (keluar di Telegram), saya terus buat aduan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan pihak Astro.

"Kemudian, saya buat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara. Namun, selepas melihat tiada sebarang tindakan yang pantas saya buat aduan semula kepada FINAS sebab hati saya sangat marah bila tengok orang jual filem saya dengan harga RM1," katanya.

Menurut Ayu, didapati pula penjualan filem AADD di jual di platform e-dagang terkenal itu dengan harga sangat rendah dan menjual produk curi tanpa kebenarannya membuatkan hati beliau panas dan tak boleh kawal.

"Dia (pihak terbabit) rasa hidup ini dia punya, jual filem saya RM1. Selama dua bulan, penjualan berkenaan berlangsung di platform e-dagang itu dan sekarang pandai pula mereka turunkan iklan dan filem saya.

"Tahu pula takut, tapi semua bukti itu saya dah ada. Kalau pihak berkenaan turunkan (iklan filem) pun, semua bukti cukup. Saya dah simpan dan baru saya buka kes.

"Nak lari mana. Pihak peguam untuk uruskan kes undang-undang ini pun sudah saya lantik. Saya akan berjuang untuk membela filem hak cipta syarikat saya dan tuntut ganti rugi pada mereka," katanya.

Menurut Ayu, beliau nekad tampil berjuang sendiri sebagai usaha pihaknya sangat serius dan memandang isu cetak rompak ini masih belum dapat dibanteras dengan berkesan sehingga kini walau pun sudah bertahun-tahun.

"Saya kena bangkit dan ambil tindakan saman ini sendiri untuk bela hak saya. Dalam bisnes, nak sewa apa tapak pun kena bayar dan dapatkan permit. Semua ada akta dan bukan boleh buat sesuka hati.

"Walaupun ada orang persoalkan tindakan saya kenapa nak bising-bising apakah kerana filem saya itu sudah terjual puluhan juta? saya tak peduli semua itu.

"Cakaplah apa pun, saya ambil tindakan sebab filem ini berkualiti dan bukan filem yang tangkap muat. Senang kata, bukan filem sampah. Saya sanggup berhabis wang buat penggambaran filem ini hingga ke luar negara di Eropah dengan pembiayaan sendiri sepenuhnya.

"Saya tak minta dana FINAS pun sebelum ini. Bila saya mohon, dapatlah sedikit bantuan. Berjuta duit semua wang milik saya sendiri dikeluarkan hanya untuk hasilkan filem ini dengan baik. Jadi, bila filem saya jadi mangsa cetak rompak, takkan nak biar dan diamkan saja. Malah, menjadi hak saya nak tuntut ganti rugi hingga RM50 juta pun," katanya.

Ujar Ayu, jika pihak e-dagang berkenaan membuat penafian dan menganggap alasan diberikan itu tidak masuk akal.

"Kenapa mereka (pihak e-dagang) itu tak cuba jumpa saya, minta izin nak jadi pengedar. Susah sangat ke? Pihak Astro pun datang berbincang dan buat bayaran pada saya untuk hak penayangan.

"Saya ambil tindakan undang-undang atas paksi kebenaran. Lagi pun, saya dapat bantuan kewangan daripada FINAS sebanyak RM300,000 pun selepas filem AADD siap dihasilkan, itu pun sebab filem itu berkualiti dan FINAS gembira. Apapun, memang semua bajet filem, duit saya sendiri," katanya.

Ayu berkata apa yang disuarakan adalah sebagai rakyat dan pembikin filem selain berharap ia mendapat perhatian dan tindakan segera daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Sementara itu, mengenai kehadirannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang tadi, Ayu berkata beliau ke sana untuk 'follow up' aduan kes berkenaan cetak rompak itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
filem ni ke yang ashraf muslim shoot sampai ke Eropah pastu terjangkit covid ke. Maklumla kurang peka sangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:23 AM | Show all posts
kt telegram, kene bayar rm1. kira ada la gak nilai. yg lelain, donlot free je kak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Good girl. Go for it.
Mungkin akhirnya tak dapat 50 juta...... tapi dapat 2,juta pun OK dah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:49 AM | Show all posts
tulis ja lah shopee..

apa pon kahkahkah2.... hina gila. ada ka orang sangup bayar tgk cerita melayu hatta RM1 pun? tayang kt TV pon x laku
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 tu nk tnya. Aku ada beli satu produk ni rm279 brg dri cina. Bru skali pkai produk tu trus ada scar. Mmg bole ilang tp take time. Ni da nk msok 2mggu nmpk lg kesan scar. Aku mnta refund sbb under malfuction. Seller dispute then dtg agent shopee menangkan seller sbb utk refund kena ada syarat2 dia mcm brg x sma mcm dlm gmbr etc. Tp msalahnye seller tu claim brg selamat digunakan bagai. Pastu shopee ckp dalam siasatan sbb aku ckp aku nk shopee cover bil ubat dgn klinik dan kalau nk return aku nk shopee cover duit aku return brg tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 5-8-2020 10:58 AM
Alang2 tu nk tnya. Aku ada beli satu produk ni rm279 brg dri cina. Bru skali pkai produk tu trus ada ...

Maaf, kalau aku buat tuntutan atau nk saman shopee agak2 bole mng ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:20 AM | Show all posts
eh jap
asal sorg tu
die tny, die sendiri yg jawab
creepy plk aku rasa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 11:25 AM | Show all posts
ni sama mcm kes movie keluarga iskandar jual kat shoppee ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:28 AM | Show all posts
caprut replied at 5-8-2020 10:58 AM
Alang2 tu nk tnya. Aku ada beli satu produk ni rm279 brg dri cina. Bru skali pkai produk tu trus ada ...

Saya baru jer pulangkan barang yang dibeli dari Shopee, harga dalam RM 600. Berjaya dapat refund. Saya buat sedetail-detailnya sbb produk tu claim boleh itu ini, tapi realitinya hampeh. Utk kes saya seller takde dispute.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat telegram mana bayar kan
Shopee la kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 5-8-2020 11:28 AM
Saya baru jer pulangkan barang yang dibeli dari Shopee, harga dalam RM 600. Berjaya dapat refund.  ...

Kes aku seller tu dispute
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:01 PM | Show all posts
Mina2215 replied at 5-8-2020 10:21 AM
filem ni ke yang ashraf muslim shoot sampai ke Eropah pastu terjangkit covid ke. Maklumla kurang pek ...

Tak, filem ni awal dari trip dia kena Covid tu.  Tapi rasanya sama di Scotland.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:09 PM | Show all posts
kawan aku tgk movie ni. dr segi penceritaan die, citer ni level2 cerekarama tayang kt tv3 je. kes pasal ustaz seraf muslim ade anak luar nikah, anak tu carik die balik la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo bagi tgk free pun aku tak hengen nk tgk drama sebegini ya
kalo keluarga iskandar the movie tu je yg aku sanggup bayar
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:17 PM | Show all posts
mesti dah lama report tapi di nyahkan je syarikat platform tersebut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2020 02:23 PM | Show all posts
annehuda replied at 5-8-2020 02:09 PM
kawan aku tgk movie ni. dr segi penceritaan die, citer ni level2 cerekarama tayang kt tv3 je. kes pa ...

so,
bagus ke tidak level cerekarama tv3 tu?

level acaner uol espek?
ada lawan2 mcm filem marvel?
ada letupan2, putus kaki tangan, berdarah bagai?
atau mesti ada misteri pelik2, alien, hantu ??


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:26 PM | Show all posts
bangcak replied at 5-8-2020 02:23 PM
so,
bagus ke tidak level cerekarama tv3 tu?

takdok la. pd pendpt meols, biarla ada sesuatu yg lain yg kite tak penah tgk. ni citer pasal ustaz tunggang agama. rasenye citer mcm ni penah tayang kan kt tv?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 02:28 PM | Show all posts
yg Keluarga Iskandar pun sama kan.. tak nak saman Astro ker sebab download tu terang2 ada logo astro first..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 5-8-2020 02:01 PM
Tak, filem ni awal dari trip dia kena Covid tu.  Tapi rasanya sama di Scotland.

Owh thanks nekngah bagi pencerahan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.096523 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list