"Saya tak faham kenapa mempromosi budaya gelek dan dangdut kepada kanak-kanak."
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/06/111204dm2bs5wmuvzlm55l.png) Kredit foto: YouTube
Pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi mempersoalkan tindakan syarikat animasi tempatan Les' Copaque Sdn Bhd melancarkan muzik video Goyang Upin & Ipin biarpun ia meraih jutaan tontonan di YouTube.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/06/111319kwk2p0kzamcwcjap.png) Kredit foto: Twitter
Beliau berkata begitu kerana bimbang ia menjadi ikutan dan pengaruh negatif buat generasi muda, khususnya kanak-kanak.
Kekesalannya itu diluahkan menerusi ciapan di Twitter yang menyifatkan banyak lagi tarian budaya yang lebih sopan boleh ditonjolkan.
Memang pada mata orang normal, kanak-kanak tidak kelihatan seksi. Namun, lain pula dengan golongan yang memiliki kecenderungan seks kepada kanak-kanak (pedophilia). - CARI |