CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2892|Reply: 20

[Politik] Orang Melayu pandang DAP sebagai parti untuk Cina. Sebab tu saya tertarik dengan

[Copy link]
Post time 6-8-2020 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Anak muda bangkit, peduli – Shazwan
Pada 5 Ogos 2020



Bukan mudah untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap sesuatu perkara lagi-lagi jika persepsi itu sudah lama wujud dan menjadi sebati dalam diri mereka.

Golongan muda yang merupakan pelapis masa hadapan perlu terus peduli dengan politik negara bagi memastikan ia tidak terus dicemari oleh golongan yang tidak berhati perut.

Shazwan Zdainal Abidin, anak jati Batu Pahat, Johor, memberitahu, tujuan beliau memilih DAP adalah untuk memperbetulkan salah tanggap masyarakat Melayu kepada parti itu, selain mengakui bahawa DAP mempunyai arah perjuangan yang seiring dengan jiwa beliau sendiri.

Ditanya berkaitan keluarga mahupun orang terdekat tentang penglibatannya bersama DAP, beliau menyatakan tidak mendapatkan pandangan daripada sesiapa termasuk keluarganya sendiri untuk menyertai DAP. Namun, keluarganya tidak pernah menghalangnya. Tidak dapat dinafikan, beliau kini telah lali dengan segala kutukan, hinaan dan kecaman yang sering dilemparkan sejak penglibatannya bersama DAP.

“Orang Melayu pandang DAP sebagai parti untuk Cina. Sebab tu saya tertarik dengan DAP dan saya ingin sampaikan kepada orang Melayu yang persepsi mereka selama ini adalah salah,” katanya dalam wawancara bersama Roketkini.

Isu Jawi di Pahang

Baru-baru ini, hangat isu Adun DAP di Pahang memfailkan permohonan kebenaran di mahkamah untuk mencabar perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri mewajibkan tulisan jawi di papan tanda iklan.

Menjawab soalan hangat Roketkini ini, saudara Shazwan berpendapat terdapat banyak lagi isu penting yang boleh diketengahkan berbanding isu tersebut, lebih-lebih lagi ia boleh dibangkitkan oleh pihak-pihak lain.

Tambahnya lagi, DAP di Johor pernah menjalankan ‘tour’ daerah ke daerah, memberi penerangan dan pendedahan kepada masyarakat tentang tulisan jawi dan salah faham berkaitan dengannya. Masyarakat memberi respon balas positif yang menunjukkan bahawa tidak sukar untuk memberi kefahaman kepada masyarakat  tentang sesuatu hal yang mereka tidak arif.

Anak muda peduli!

Apabila ditanya pandangan peribadinya berkenaan situasi terkini dunia politik Malaysia, beliau menyatakan bahawa kejatuhan Pakatan Harapan menerusi pengkhianatan pada penghujung Februari lalu akan kekal menjadi sejarah hitam terburuk untuk negara ini.

Namun, Ketua DAPSY Batu Pahat ini menegaskan bahawa amat penting untuk anak-anak muda bangkit dan terus peduli terhadap politik tanah air, supaya pada masa akan datang, mandat rakyat tidak diperlekeh dan dicabuli lagi oleh mereka yang tidak berhati perut. — Roketkini.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2020 06:22 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Minami2013 at 6-8-2020 10:41 AM

Komen psl jawi pun ngelak.  Kalau dah tau byk lagi isu yg lebih penting, kenapa cina dap masih sangap nk protes tulisan jawi ni. Moralnya cina dap ni masih keCINAan.. kalau ada sikap respek dengan org islam melayu, setakat tulisan jawi kat papan niaga tak patut jadi isu. Itu ler bila nk sekolah asing sekolah cina, sampaikan kena terangkan jawi tu ape.. tak perlu lah highlight.. itu yg jadi kalau cina bersikap kiasu berkawan dgn bangsa die je. Blame the srjkc dan srjkt.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 06:41 PM | Show all posts
brape sen cina babi bayaw depa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 6-8-2020 10:41 AM
brape sen cina babi bayaw depa

Dapat jawatan ler tu.. boleh jadi calon bertanding..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu nak join DAP Youth volunteer program, tapi itu cerita PRU13 dululah. Sekarang tidak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap jelah engkau nk jawatan..masuk ameno pas pkr ppbm memang x der chance nk pegang jawatan jenis macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Seingat iols kat akhirat nnt kita akan ikut pemimpin yg kita pilih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2020 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu ayam bukak citer pompuan melayu,skrg lelaki melayu pulak.. gigihh jadi barua semata dapat duit
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:56 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-8-2020 03:59 AM

Berharap encik Shazwan Zdainal Abidin bagi middle finger kepada mana mana pihak yang menghina kebebasan, kepercayaan dan keyakinan encik  Shazwan Zdainal Abidin ...kerana mereka yang menghina itu adalah dari golongan yang masih lagi hidup di kandang kuda!




Tetapi saya percaya encik Shazwan Zdainal Abidin tidak akan membuat begitu kerana encik Shazwan Zdainal Abidin bukanlah seorang yang bodoh... kerana encik Shazwan Zdainal Abidin mempercayai apa itu erti kebebasan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:58 PM | Show all posts
koserrr lahai ko nak tertarik menarik da domb ka ko punya pasal lah bakpe nak suruh org lain ikut citarasa ko...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 07:58 PM | Show all posts
Tp orang-orang Melay anggap Syazwan sebagai barua khadam DAP.

mcm mana tu ayam????
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 6-8-2020 06:36 PM
Komen psl jawi pun ngelak.  Kalau dah tau byk lagi isu yg lebih penting, kenapa cina dap masih sanga ...

Diorang kan pandang hina sekolah keb.. konon sjkc terbaik.. kalau sek keb belajar jawi sikit je nanti leh jadi islam katanya..bahasa melayu pun x nak belajar.. xda class .. belajar mandarin dan english je..sedangkan bahasa melayu bahasa perpaduan.. sombonggg
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 6-8-2020 07:34 PM


hahahaha adoiii sakit perut aku
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
rayriff replied at 6-8-2020 08:32 PM
hahahaha adoiii sakit perut aku

Hahahaaha.. Sesuai utk dia dan geng2 dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2020 09:10 PM | Show all posts
Sudah la
Try harder next time ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 09:12 PM | Show all posts
Sudah la
Try harder next time ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 09:51 PM | Show all posts
parti bebas ada ,buatpe nak parti dap lagi...sorry la yee....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 10:19 PM | Show all posts
Nak tengok contoh si Buang? Mcm barua kat dalam citer atas ni la.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.482245 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list