CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9414|Reply: 129

[Tempatan] Cuaca panas sampai 15hb September

[Copy link]
Post time 10-8-2020 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Cuaca panas diramal hingga pertengahan bulan depan
RAIHAM MOHD SANUSI | | 10 Ogos 2020


SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini akan berlanjutan sehingga bulan depan.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, cuaca panas itu berlaku sejak hujung bulan lalu disebabkan kurangnya kadar taburan hujan dan litupan awan.

Menurutnya, kekurangan hujan dan litupan awan itu dipengaruhi tiupan monsun barat daya.

"Keadaan ini mengakibatkan suhu di kebanyakan tempat yang direkodkan antara 33 hingga 34 darjah celsius, bagaimanapun suhu berkenaan tidaklah begitu tinggi.

"Cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan apabila berakhirnya monsun barat daya dan kadar taburan hujan kembali normal," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dr Mohd Hisham berkata, kekurangan taburan hujan itu juga mungkin dipengaruhi faktor kadar hujan lebih daripada biasa yang direkodkan pada Jun dan Julai lalu.

Bagaimanapun beliau berkata, suhu panas itu hanya berlaku di Semenanjung Malaysia tetapi tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.

Susulan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah pencegahan kendiri selain menghabiskan lebih banyak waktu di rumah.

"Biasanya bila suhu panas begini, masalah kualiti udara yang kurang boleh berlaku kerana tidak ada hujan.

"Jadi elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka. Kurangkan masa berada di luar rumah," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 03:26 PM | Show all posts
pening kepala panas betul

itu hari sebulan jugak sejuk

jimat letrik

bala lgbt lah ni

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:27 PM | Show all posts
no wonder lah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:33 PM | Show all posts
Cuaca betul2 panas terik sejak minggu lepas air paip pun macam dah dipanaskan tak perlu guna heater lagi.  Banyakan minum air untuk elak terhidrasi.  Duduk dalam bangunan lebih baik dari berjemur diluar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
33° - 34° tu suhu biasa kat kedah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:42 PM | Show all posts
Kasihan dengan pokok kesayangan aku. Kena siram air 3/4 baldi waktu pagi dan malam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2020 03:45 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 03:40 PM
33° - 34° tu suhu biasa kat kedah..

itu bala aktiviti2 liar anak2 kulim la tu


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolpandai replied at 10-8-2020 03:45 PM
itu bala aktiviti2 liar anak2 kulim la tu

standard la suhu mcm tu.. Kedah dan Perlis mmg panas.. Pernah kami kena 40°C..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 03:47 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 03:46 PM
standard la suhu mcm tu.. Kedah dan Perlis mmg panas.. Pernah kami kena 40°C..

yang 40 darjah tu bala pilih mukriz jadi mb

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 10-8-2020 03:42 PM
Kasihan dengan pokok kesayangan aku. Kena siram air 3/4 baldi waktu pagi dan malam.


Aku nak share la.. Bukan apa.. Senang hidup ang. ... Nah..

Semoga bermanfaat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:48 PM | Show all posts
33 degrees kat tempat aku ni.. rengsanya panas bahang pening kepala otak aku
suka suhu 27-28 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:48 PM | Show all posts
ye.. tempat aku ni dekat 2 minggu x ujan rasanya... dari raya haji sampai la ke hari ni rasa x ujan lagi... mlm pun rasa bahang... aku ni pengecut sejuk... tapi dek bahang panas.. mlm kul 10 pun aku mandi lagi... anak aku yg kecik tu [un mesti kene mandi sikit sebelum tido .. tukar baju ..baru leh tido
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolpandai replied at 10-8-2020 03:47 PM
yang 40 darjah tu bala pilih mukriz jadi mb

Tak ada kaitam.. Sejak dari dulu memang panas
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:50 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 03:49 PM
Tak ada kaitam.. Sejak dari dulu memang panas

bala lgbt dan syiah la tu


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah jerebuuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolpandai replied at 10-8-2020 03:50 PM
bala lgbt dan syiah la tu

Ang ni.. Ada penjelasan kenapa utara ni panas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2020 03:54 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 03:48 PM
Aku nak share la.. Bukan apa.. Senang hidup ang. ... Nah..

Semoga bermanfaat

Terima kasih. Akan difikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn nk kena pakai mask lg,  blh pitam dgn cuaca mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 03:54 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-8-2020 03:52 PM
Ang ni.. Ada penjelasan kenapa utara ni panas..

disebabkan graviti???



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolpandai replied at 10-8-2020 03:54 PM
disebabkan graviti???

Tak salah aku sebab something yg berkaitan dgn batu kapur..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.068211 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list