CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6817|Reply: 64

[Tempatan] LHDN Kangar ditutup untuk sanitasi. Abang Gelang Pink Bolosi Kawasan TEMCO ke LH

[Copy link]
Post time 11-8-2020 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Voyagers at 11-8-2020 11:24 PM

Dua lelaki bergelang merah jambu kunjungi pejabat LHDN dikompaun
Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 11, 2020 19:21 +08 | Durasi: 1 minit, 24 saat

KANGAR: Dua lelaki dikompaun selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang, di sini.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 pagi tadi, masing-masing yang berusia 47 dan 60 tahun  dikesan oleh orang ramai memakai gelang merah jambu ketika mengunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kangar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, pihaknya dimaklumkan mengenai kehadiran dua lelaki terbabit selepas dihubungi oleh orang awam yang berada di pejabat berkenaan.

Pihak polis kemudiannya, jelas Kiew, bergegas ke pejabat agensi terbabit dan membawa pulang suspek yang bekerja sebagai petani ke kawasan TEMCO.

Kata beliau, sebaik tiba di pejabat LHDN itu, polis mendapati gelang merah jambu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dipakai oleh kedua-dua lelaki berkenaan.  

Kedua-dua lelaki itu, ujar Kiew, sepatutnya berada di rumah seperti mana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kerana mereka berasal dari kawasan yang diperintahkan menjalani perintah kuarantin di rumah (HIO).

Berikutan itu, Kiew berkata, PDRM boleh mengambil dua tindakan ke atas mereka iaitu yang pertama di bawah Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 270 yang membolehkan mereka ditangkap, direman serta dituduh di mahkamah.

Sementara satu lagi dakwaan di bawah Akta Pencegahan dan Penyakit Berjangkit di bawah Seksyen 14 dan 15 .

Namun begitu beliau memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan perintah pengasingan dirumah serta diberi jaminan polis.

Bagaimanapun, tegas Kiew, sekiranya mengulangi kesalahan, mereka akan ditahan.

Sementara itu, tinjauan ke bangunan tersebut kira-kira pukul 2 petang tadi mendapati pintu pagar masuk agensi tersebut telah ditutup dan orang awam tidak dibenarkan masuk.







Salam
YBhg Datuk/Tuan/Puan.

Dimaklumkan caw. Kangar ditutup sementara waktu bagi tujuan sanitasi.
Terdapat 2 org yg hadir ke Kaunter BSH telah melepasi saringan suhu. Semasa mengisi borang rayuan,anggota RELA terdengar perbualan mereka berkenaan alamat yg perlu diisi. Alamat tersebut adalah Sangla ,kwsn yang telah di TEMCO. Mrk dipanggil dan disoal siasat.
Didapati mrk telah membuka gelang pink dan menyembunyikan di dalqm poket.mrk juga mengaku menggunakan lorong tikus bg tujuan rayuan BSH.

Stk




PEMATUHAN PKPP (KANGAR)
TARIKH : 11/08/2020
MASA : 1115
LOKASI HDN
ANGGARAN :15-20 ORANG
CATATAN : ADUAN DRI ANGGOTA RELA DN PERTUGAS LHDN MENDAPATI 2 ORG AWAM DRI TEM KO KUALA SANGLANG TERLEPAS DRI KAWASAN PKPD... TEAM PKPP KANGAR BERSAMA POLIS AKN ESCORT 2 ORG AWAM TERSEBUT KE KUALA SANGLANG







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 03:55 PM | Show all posts
Lagi kes degil sambil menyusahkan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh!!! Ntah berapa ramai lg dah terlepas ntah ke mana2
Tolong la ada kesedaran skit
Jangan la menyusahkan lebih ramai org
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 04:17 PM | Show all posts
adoi.. menyusahkan la depa ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 04:50 PM | Show all posts
sialan betul hanat-hanat ni..
degil mengalahkan beruk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ko sekolah tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2020 04:58 PM | Show all posts
orang sanglang ni tak de TV ke? takde media ke?
melampau sangat la korang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelang pink ni mmg bole bukak pakai ya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 05:39 PM | Show all posts
degil yakmat... disuruh kuarantin kat umah sendiri dah patut syukur... gamaknya kalau kena kuarantin dalam lokap baru la terkawal kot... ini yg diorang nak keee
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:57 PM | Show all posts
vavinya la bangsa ketegaq ni. nak pasang pagar kawat satu sanglang tu memang tak daya la nak buat mcm sgor mansion dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nak buat rayuan bsh utk dpt duit
last last kena bayar kompaun
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 07:21 PM | Show all posts
cantik x payah bayar cukai

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 07:28 PM | Show all posts
ni babi yg jenis yakin dia tak dijangkiti, tapi menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kene bayar rm1k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 08:08 PM | Show all posts
Dua lelaki gelang pink ditahan di LHDN
Oleh KOSMO!
11 Ogos 2020, 6:40 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Dua lelaki dari Kampung Kuala Sanglang, Sanglang dekat sini yang diarahkan menjalani perintah kuarantin di rumah ditahan polis hari ini selepas bertindak keluar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kangar untuk membuat pendaftaran Bantuan Sara Hidup.

Lelaki berusia 47 dan 60 tahun yang memakai gelang merah jambu itu ditahan di bangunan Wisma Hasil kira-kira pukul 11 pagi.

Terdahulu, kehadiran dua suspek yang pergi ke agensi itu dengan menaiki sebuah motosikal disedari orang ramai sebelum mereka membuat laporan polis.

Polis kemudian bergegas ke pejabat agensi berkenaan dan bertindak membawa pulang kedua-dua lelaki terbabit yang merupakan pesawah ke kampung mereka yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco).

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya memandang serius kes tersebut dan dua lelaki terbabit boleh disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 dan 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Bagaimanapun, bagi kes ini saya memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan perintah pengasingan di rumah dan diberi jaminan polis.

“Jika kes ini berulang lagi, saya akan pastikan mereka yang ditahan akan dimasukkan ke dalam lokap,” katanya kepada pemberita di Pondok Polis Kuala Sanglang di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan ke bangunan LHDN Perlis kira-kira pukul 12 tengah hari tadi mendapati pintu pagar masuk agensi tersebut telah ditutup dan orang awam tidak dibenarkan masuk. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 08:09 PM | Show all posts
Dua lelaki bergelang merah jambu kunjungi pejabat LHDN dikompaun
Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 11, 2020 19:21 +08 | Durasi: 1 minit, 24 saat
Dua lelaki bergelang merah jambu kunjungi pejabat LHDN dikompaun
Pegawai dan anggota pasukan keselamatan mengadakan pemeriksaan dan mengawal pintu masuk bangunan LHDN cawangan Kangar pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
KANGAR: Dua lelaki dikompaun selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang, di sini.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 pagi tadi, masing-masing yang berusia 47 dan 60 tahun  dikesan oleh orang ramai memakai gelang merah jambu ketika mengunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kangar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, pihaknya dimaklumkan mengenai kehadiran dua lelaki terbabit selepas dihubungi oleh orang awam yang berada di pejabat berkenaan.

Pihak polis kemudiannya, jelas Kiew, bergegas ke pejabat agensi terbabit dan membawa pulang suspek yang bekerja sebagai petani ke kawasan TEMCO.

Kata beliau, sebaik tiba di pejabat LHDN itu, polis mendapati gelang merah jambu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dipakai oleh kedua-dua lelaki berkenaan.  

Kedua-dua lelaki itu, ujar Kiew, sepatutnya berada di rumah seperti mana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kerana mereka berasal dari kawasan yang diperintahkan menjalani perintah kuarantin di rumah (HIO).

Berikutan itu, Kiew berkata, PDRM boleh mengambil dua tindakan ke atas mereka iaitu yang pertama di bawah Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 270 yang membolehkan mereka ditangkap, direman serta dituduh di mahkamah.

Sementara satu lagi dakwaan di bawah Akta Pencegahan dan Penyakit Berjangkit di bawah Seksyen 14 dan 15 .

Namun begitu beliau memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan perintah pengasingan dirumah serta diberi jaminan polis.

Bagaimanapun, tegas Kiew, sekiranya mengulangi kesalahan, mereka akan ditahan.

Sementara itu, tinjauan ke bangunan tersebut kira-kira pukul 2 petang tadi mendapati pintu pagar masuk agensi tersebut telah ditutup dan orang awam tidak dibenarkan masuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kepada pemakai2 gelang pink yang x reti bahasa, jari tengah (ditunjuk) utk anda
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kepada pemakai2 gelang pink yang x reti bahasa, jari tengah (ditunjuk) utk anda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2020 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-8-2020 08:17 PM
kepada pemakai2 gelang pink yang x reti bahasa, jari tengah (ditunjuk) utk anda

depa pakai gelang pink, depa pun teringin nak tengok orang lain pakai gelang pink juga
tu yang berjalan merata
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru aku dok kata.. Ingat senang nak sekat sanglang tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070701 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list