CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21990|Reply: 5

Jenis-jenis mesin jahit dan kegunaan nya

[Copy link]
Post time 11-9-2020 04:53 PM | Show all posts |Read mode







Jenis Jenis mesin jahitJenis jenis Mesin jahit Portable dan Industri
Terdapat pelbagai jenis jenis mesin jahit di pasaran Malaysia,
harga nya bergantung kepada kemampuan mesin, dan Jenama mesin tersebut
Disini ingin saya huraikan sedikit berkenaan jenis-jenis mesin jahit serta harganya,
Setiap model mesin mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, antaranya adalah untuk jahit lurus,
jahit tepi, jahit lubang butang, butang, interlock dan lain-lain.
Secara umumnya, mesin jahit juga terbahagi kepada dua katagori iaitu:-
Mesin jahit industri (untuk kegunaan pukal), dan Mesin Jahit portable (untuk kegunaan rumah)


Jenis -jenis Mesin Jahit mudah Alih (Portable)
Mesin jahit mudah alih, atau lebih dikenali sebagai “mesin jahit portable”
merupakan mesin jahit yang mampu melakukan lebih banyak corak jahitan berbanding mesin jahit industri.
Walaupun terhad dengan masa penggunaan yang singkat, ia mampu menghasilkan pelbagai produk jahitan
seperti lubang butang, butang, zip, jahit beg, jahit tepi ,jahit sulam dan lain-lain.
PROS :

1. lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
2. Jimat elektrik
3. lebih banyak fungsi. (lubang butang, zip, sulam, jahit tepi dll)
4. Harga lebih Murah
5. Jimat ruang
6. Kelajuan mesin perlahan (Mudah dikawal oleh beginner)
CONS :
1. had penggunaan 2~3jam
2. Motor berkuasa kecil
3. rangka plastik, mudah rosak jika jatuh
4. Kelajuan mesin agak perlahan berbanding mesin industri

Mesin jahit portable juga terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya adalah :
1. Mesin jahit lurus (basic)

Antara harga mesin jahit lurus yang popular ialah
Brother Ja1400 RM690
Juki Hzl12z RM499
Singer Start RM590
(Tertakluk kepada Diskaun semasa, WhatsApp 0123416010 utk diskaun Khas)
Jenis jahitan hasil dari Mesin jahit lurus Portable
Jahit tepi (Overcast) dari mesin jahit lurus portable serbaguna
Jahit tepi menggunakan Mesin jahit lurus serbaguna
Jahit tepi tudung (BABY SEAM) oleh mesin jahit lurus serbaguna
2. mesin jahit lurus berkomputer (lebih banyak fungsi)
Harga mesin Jahit lurus Berkomputer Adalah sekitar RM1200 hingga RM1599
Jenis jahitan hasil dari mesin jahit berkomputer
sulaman halus mesin jahit berkomputer
3. Jenis jenis Mesin Jahit Tepi  
Terdiri dari beberapa jenis corak jahit tepi,
Antara yang popular ialah Jahit tepi kasar (OVERLOCK) ,
Jahit tepi halus (NARROW HEM), Jahit tepi tudung (ROLLED HEM)
dan jahit tepi bawah T-shirt (COVERSTITCH)
Singer 14n555 Overlock machine RM1099
Mesin jahit jenis OVERLOCK Brother 2104d
Hasil Jahitan Dari Mesin Jahit Overlock

Brother 2340cv COVERSTITCH MACHINE
Mesin coverstitch cuma boleh jahit satu jenis jahitan sahaja spt gambar dibawah:-
Gambar jahitan COVERSTITCH

4. Mesin jahit sulam Berkomputer
Mesin jahit sulam berkomputer adalah sangat canggih dan boleh menghasilkan sulaman yang cantik
paling popular ialah jenama Brother kerana harganya yang sangat berpatutan selari dengan fungsi yang dimiliki
Brother NV955 RM2500
Brother Nv980k RM2600
Brother Nv980k RM2600

Jenis jenis Mesin Jahit Industri
Mesin Jahit Industri Jack A4 Berkomputer , kawal speed, Auto Potong benang RM2600
Mesin jahit industri atau lebih dikenali sebagai Mesin Jahit high speed, adalah mesin jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan secara pukal. Perbezaan yang ketara berbanding mesin jahit mudah alih (portable) adalah mesin jahit ini khusus untuk jahitan yang lurus sahaja.
PROS :
1. Jahitan yang lebih laju
2. boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rehat
3. motor lebih besar, mampu menjahit semua jenis kain
4.Jangka hayat yang sangat panjang (30 – 40 tahun masih dapat berfungsi dengan baik)
CONS:
1. Harga lebih mahal berbanding portable
2. memerlukan ruang yang besar
3. Berat
4. mampu menjahit satu jenis jahitan sahaja
Antara jenama mesin jahit industri yang laris di pasaran kini adalah JUKI,
walaupun harganya agak mahal namun kualiti jahitan dan mesin tersebut tak dapat ditandingi jenama-jenama lain.
Jenama lain seperti Gemsy, Typical, Singer, JACK, Siruba dan juga Brother adalah lebih murah berbanding JUKI,
kualitinya juga baik.
Jenis jenis  Mesin jahit Industri

1. Jahit lurus
Juki Clutch Motor RM1900 (Jenis motor size BESAR dan berdesing bunyi nya)
Juki Servo Motor RM2200 (Jenis motor yang SENYAP)
Juki Auto Thread Trimmer RM3600 (Auto Potong benang sebaik shj habis jahitan- tak perlukan kacip)
Singer Clutch Motor RM1800
Singer Direct Drive RM2200 (Sistem Direct Drive ialah Motor berkomputer yang boleh kawal SPEED)
Singer Auto Thread Trimmer RM3200
Jack Direct Drive Speed control RM1600
Jack Auto Thread trimmer RM2600
2. Jahit tepi kasar
Juki 4benang RM3600
Juki 3 Benang RM3500
Singer Direct Drive 3 benang dan 4 benang harga sama
RM2600
Jack Direct Drive 3benang dan 4 benang harga sama
RM2600
3. Jahit tepi halus
Harga Mesin jahit tepi halus adalah sama seperti harga Mesin jahit tepi biasa
Cuma biasanya mesin jahit tepi halus ialah mesin jahit 3 benang
Perlu nyatakan semasa membeli bahawa kamu hendak jahit tepi halus/tudung
4. Interlock
Jack interlock 5 benang Direct Drive RM4500
Konwa Interlock 5 benang RM4500
Singer Interlock 5 benang RM4500
jenis jahitan interlock oleh mesin industri
5. Lubang butang
Kebanyakkan Mesin lubang butang Harga nya ialah RM7500
Antara jenama yang available ialah Jack, Singer, Konwa Dan Juki
6. Butang
Anggaran Harga Mesin jahit butang ialah RM5000

Jenis jenis Motor Mesin jahit Industri
Jenis motor bagi mesin jahit industri pula terbahagi kepada tiga jenis
1- Clutch motor (Saiz besar dan berbunyi berdesing)
2- Servo motor (Jimat eletrik dan bunyi senyap)
3- Direct Drive (Motor berkomputer terus sambung ke kepala mesin)
kebanyakan mesin jahit keluaran terbaru telah bertukar kepada teknologi direct drive
sejak tahun 2016
Motor jenis DIRECT DRIVE
SERVO MOTOR mesin industri
CLUTCH MOTOR Mesin jahit industri
jahit2 ni ,kalau ada buka kedai jahit di rumah ke
okla nak belajar mesin2 yang tepat untuk di beli
kala setakat macam saya just nak jahit baju
koyak ke ,memang tak pernah lagi baju koyak haha




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada pendapat, untuk beginner yang baru mencari mesin jahit kena tahu apa yang hendak dijahit. Macam saya beginner, saya pakai portable dahulu sebab saya nak explore semua jenis jahitan. Sekarang dah tahu menjahit sikit, lebih banyak guna jahitaln lurus. Satu hari nnti, cukup duit baru nk beli mesin industri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:55 PM | Show all posts
nice info
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:39 AM | Show all posts
mosti replied at 1-10-2020 10:48 PM
Pada pendapat, untuk beginner yang baru mencari mesin jahit kena tahu apa yang hendak dijahit. Macam ...

terigin nak belajar menjahit.
Better masuk class ke atau boleh belajar online je?


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:53 AM | Show all posts
Good info
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068907 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list