CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2134|Reply: 0

[Jenayah] SPRM nafi laporan 50 pekebun durian haram dipanggil

[Copy link]
Post time 15-9-2020 11:59 AM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... ian-haram-dipanggil




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan pihaknya memanggil 50 pekebun durian semalam, berhubung siasatan kes dakwaan pencerobohan tanah kerajaan negeri yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki, bagaimanapun mengesahkan kertas siasatan kes itu sudah pun dibuka SPRM Pahang dan pihaknya akan melihat isu berkaitan salah guna kuasa berhubung penerokaan tanah secara haram yang didakwa berlaku.

"(Pekebun dipanggil) itu tidak betul, tidak tahulah siapa yang buat cerita.

"Setakat semalam, saya dilaporkan tidak ada panggilan kepada pekebun ini. Ini dilaporkan media tertentu, jadi saya sahkan kita belum ada lagi memanggil 50 pekebun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Liabiliti Korporat: Adakah Anda Berisiko? di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan seramai 50 pekebun durian yang menjalankan operasi kebun mereka tanpa permit dipanggil ke pejabat SPRM Raub bagi memberi keterangan mengenai siasatan kes berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.386278 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list