View: 1804|Reply: 19
|
[Dunia]
Penderma sperma saman klinik kesuburan selepas spermanya diberikan kepada pasang
[Copy link]
|
|
Penderma sperma saman klinik kesuburan
MyMetroGlobal
Neil GASKELL mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah klinik kesuburan yang mengizinkan spermanya diberikan berulang kali. FOTO Sunday Mirror
Agensi
London: Seorang bapa menyaman klinik kesuburan selepas spermanya diberikan kepada pasangan sejenis tanpa persetujuannya sehingga menghasilkan sembilan bayi.
Portal mirrok.co.uk melaporkan, Neil Gaskell mengambil tindakan undang-undang selepas klinik itu tanpa pengetahuannya menggunakan spermanya berulang kali kepada pasangan sesama jenis dan ibu tunggal.
Dia terkejut apabila mengetahui terdapat sembilan kelahiran hasil daripada spermanya, ditambah empat lagi dari pasangan heteroseksual yang bermaksud dia mempunyai 13 anak yang tidak pernah diketahui.
Gaskell, 49, yang mempunyai tiga anak kandung menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) marah dengan keadaan itu dan mengambil tindakan undang-undang serta mahu menyelesaikan dengan membuat tuntutan sehingga lima angka.
Dalam wawancara eksklusif dengan Sunday Mirror, dia berkata, anak-anak sepatutnya dibesarkan oleh seorang ibu dan ayah seperti kebiasaannya. Gaskell turut dikecam golongan itu terutama ketua lesbian Kerry Pask yang mengatakan keputusannya untuk membuat tuntutan sebagai satu diskriminasi.
Bagaimanapun, dia menegaskan ia bukan soal diskriminasi dan ketaksuban.
"Saya menerima sebilangan orang akan merasa tidak selesa tetapi saya mahu anak yang lahir daripada sperma saya mempunyai ibu dan ayah.
"Saya menerima apa yang saya katakan akan memecah belah, tetapi anak inilah yang paling penting. Ramai orang akan setuju dan tidak bersetuju dengan saya, tetapi keutamaan saya adalah untuk anak." katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 9:13 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tetapi keutamaan saya adalah untuk anak
kenapa tak cakap ja keutamaan saya ialah bila nampak peluang buat duit...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 29-9-2020 10:22 AM
kenapa tak cakap ja keutamaan saya ialah bila nampak peluang buat duit...
Dia untung sekali. Klinik untung berganda |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun marah kalau sperm kita amanahkan utk proper parents agar anak lahir ada makpak..ni dia bagi kat gayah dan funden. jadi apa anak tu nanti...good moral dan pembesaran yg sihat itu penting. |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak kerjasama TT utk gune font selain warna merah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xim replied at 29-9-2020 12:57 PM
Mintak kerjasama TT utk gune font selain warna merah....
Warna merah tu untuk highlight isi penting. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-9-2020 12:59 PM
Warna merah tu untuk highlight isi penting.
Faham....tp digalakkan utk guna warna lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xim replied at 29-9-2020 01:05 PM
Faham....tp digalakkan utk guna warna lain....
Baik....
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar la ank ramai pon. Bkn nk kna sara pon kan... |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 29-9-2020 01:12 PM
Biar la ank ramai pon. Bkn nk kna sara pon kan...
Prinsip dia anak mesti ada ibu bapa. Klinik tu patut hormat je la permintaan penderma. |
|
|
|
|
|
|
|
Melihat prospek buat duit merujuk pada tindakan saman tu.
Prihatin sangat dengan nasib sperma heols kononnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Uols rasa helok kaler biru neraca ka biru mata hitam ku. Ka hijau purnama?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 29-9-2020 05:33 PM
Melihat prospek buat duit merujuk pada tindakan saman tu.
Prihatin sangat dengan nasib sperma h ...
Nak saman direct dia tak dilindungi dari segi undang2 pasal dah sain kontrak
So dia bengang he's the only valid donor kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
Rosak nasab keturunan. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang patut saman. Budak tu membesar dengan tidak normal tanpa ada ibu bapa jantina sebenar. Bukan ibu bapa lesbian. Suka hati je mmbenarkan telur kita produce sewenang2nya |
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 29-9-2020 05:36 PM
Uols rasa helok kaler biru neraca ka biru mata hitam ku. Ka hijau purnama?
Aiol sajes guna hijau purnama warna kebanggaan PAS. Kita tengok which is better, merah mata hitamku ka hijau mak ngkau. |
|
|
|
|
|
|
|
Percayalah sangat jantan tu kisah kemana tumpahnya sperma beliau.
Dia nak duit saman tu aja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saman saja... Jika ada clinic ada langgar agreement .. Kata nya clinic tidak notify him... |
|
|
|
|
|
|
|
baiklah... sama2 lah kita nantikan kemunculan sulung skema warna hijau abah kau itu ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 29-9-2020 09:38 PM
baiklah... sama2 lah kita nantikan kemunculan sulung skema warna hijau abah kau itu ya.
Guna hijau pucuk pisang pun hurkeh. Kekeke. |
|
|
|
|
|
|
| |
|