CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1092|Reply: 1

[Tempatan] Sultan Johor Kurnia Kereta Myvi Kepada 10 Jururawat Wad Diraja HSA

 Close [Copy link]
Post time 29-9-2020 03:31 PM | Show all posts |Read mode



JOHOR BAHRU, 29 Sept (Bernama) — Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, berkenan mengurniakan 10 kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Menerusi hantaran berserta gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, kurniaan terbabit adalah bagi menzahirkan penghargaan atas sumbangan serta khidmat para jururawat berkenaan kepada baginda dan keluarga Diraja Johor.

Kenderaan itu disampaikan kepada para jururawat berkenaan dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn Bhd di Larkin, di sini, oleh Pengarah Kasawari Motors Muhammad Fahmi Hassan.

Menurut hantaran itu, Penyelia Jururawat Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur atas kurniaan berkenaan.
“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda Tuanku Sultan atas kurniaan ini.

“Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Johor serta keluarga Diraja Johor,” katanya.

Turut berkongsi perasaan sama, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak, tiga hari lepas.

“Saya bersyukur dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor,” katanya.
Gambar: Official Sultan Ibrahim
Gambar: Official Sultan Ibrahim
Gambar: Official Sultan Ibrahim
Gambar: Official Sultan Ibrahim
Gambar: Official Sultan Ibrahim
Gambar: Official Sultan Ibrahim
Gambar: Official Sultan Ibrahim
Gambar: Official Sultan Ibrahim

Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 03:43 PM | Show all posts
sorry sweetie,
thread pertaining to this had already been created.
will close this one down

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053289 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list