CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4950|Reply: 49

[Tempatan] Apa nasib Malaysia Airlines?

[Copy link]
Post time 15-10-2020 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Apa nasib Malaysia Airlines?

https://www.hmetro.com.my/bisnes ... b-malaysia-airlines

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 7:59 PM

BERNAMA



Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Bhd yang juga pemegang saham tunggal syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad (MAB) kini dilihat semakin hampir untuk memuktamadkan keputusannya - sama ada terus menyalurkan satu lagi talian hayat untuk MAB atau bertindak sebaliknya.

Setakat ini, tiada sebarang petanda jelas jika MAB mampu bangkit semula, walaupun Khazanah bertindak menyalurkan dana memandangkan kerajaan telah memberi sokongan kewangan terhadap syarikat penerbangan itu sejak 20 tahun lepas.

Malah, suka atau tidak, satu keputusan muktamad perlu dibuat ketika liabiliti dan hutang MAB terus meningkat.

Jilka dilihat, pada akhir 2018, liabiliti MAB hanyalah kurang RM5.5 bilion manakala pada 6 Oktober lepas, syarikat penerbangan itu mengumumkan pelaksanaan pelan penstrukturan semula segera dengan hutang mencecah RM16 bilion.

Kalangan penganalisis penerbangan berpendapat sudah tiba masanya untuk Khazanah mengurangkan pegangan atau pemilikannya dan sebaliknya mempertimbang langkah penswastaan penuh dalam usaha menyelamatkan MAB apabila kerajaan tidak lagi mempunyai peruntukan secukupnya untuk menampung MAB.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga sudah beberapa kali menegaskan bahawa kerajaan tidak lagi dapat menyuntik dana secara tunai atau pun modal untuk MAB dan menyerahkan kepada Khazanah untuk membuat keputusannya.

Dalam laporan sebelum ini, syarikat induk MAB, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), telah memaklumkan syarikat pemiutang dan pemajak bahawa Khazanah akan menghentikan penyaluran dana ke dalam kumpulan itu dan menutup operasi syarikat penerbangan itu sekiranya langkah penyusunan semula hutang tersebut terbukti gagal.

Setakat ini, Malaysia Airlines masih mengekalkan khidmat lebih 12,000 kakitangannya dan telah melaksanakan tindakan potongan gaji pada Mac lepas.

Jumlah pekerja itu kekal bertahan walaupun dalam persekitaran Covid-19 yang tidak dijangkakan dan menyaksikan syarikat penerbangan berkenaan mengambil beberapa langkah termasuk mengenakan potongan gaji, cuti tanpa gaji secara sukarela dan tidak memperbaharui khidmat pekerja kontrak.

Menurut laporan, jika pelan penstrukturan semula membabitkan hutang bernilai RM16 bilion itu gagal, kumpulan penerbangan itu akan mempertimbang pelaksanaan Pelan B iaitu menyuntik dana ke dalam Firefly - syarikat penerbangan tambang rendah yang dimiliki sepenuhnya oleh MAG.

Firefly yang mengendalikan 12 pesawat enjin 'turboprop' yang beroperasi kebanyakannya dalam negara, akan menjadi syarikat penerbangan nasional jika Khazanah meneruskan pelan tersebut.

Langkah menceburi segmen tambang rendah ini dilihat memberi lebih banyak peluang untuk Khazanah dalam pasaran berikutan kesukaran meneruskan kelangsungan dalam segmen premium ketika MAB bergelut melunaskan pembayaran kepada pihak pemiutang dan pemajak.

Ketika berkongsi pandangannya, penganalisis penerbangan Endau Analytics, Shukor Yusof yakin Khazanah sebaliknya mampu menjadikan Firefly sebagai syarikat penerbangan nasional yang baharu.

"Selagi Khazanah bersedia dan sanggup menyuntik duit rakyat, mana-mana syarikat tempatan yang memiliki sijil operator udara (AOC) boleh dijadikan syarikat penerbangan nasional baharu. Siapa yang boleh menghalang Khazanah?" katanya kepada Bernama.

Bernama telah berusaha mendapatkan ulasan Firefly namun tidak berjaya setakat ini.

Sementara itu, seorang lagi pakar penerbangan yang enggan dikenali berpendapat bidang Firefly adalah perkhidmatan domestik melalui khidmat pesawat turboprop.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan mengekalkan status quo tidak akan memberi apa-apa kelebihan dalam menjadi syarikat penerbangan nasional.

"Bagaimanapun, dengan mempunyai beban kewangan yang berkurangan berbanding MAB, ia akan menjadi peluang yang baik untuk Firefly dari segi menilai semula skala operasinya, terutamanya dengan kewujudan banyak pesawat kecil dalam pasaran pesawat terpakai selain pasaran pajakan dengan kadar rendah.

"Walaupun industri pelancongan secara keseluruhannya masih belum meningkat (semula), ini sebaliknya mungkin masa yang sesuai untuk menilai semula skala operasi Firefly sebelum permintaan perjalanan udara kembali meningkat pada masa depan," katanya.

Mengulas prospek Firefly sebagai syarikat penerbangan nasional tambang rendah baharu, katanya ia adalah munasabah untuk menganggap Firefly mampu bersaing dengan Kumpulan AirAsia untuk perkhidmatan domestik namun di peringkat serantau, AirAsia berada dalam kedudukan kukuh di pasaran ASEAN.

"Sudah tentu, ia akan memakan masa untuk Firefly mewujudkan kedudukannya di peringkat serantau apabila permintaan terhadap perjalanan antarabangsa meningkat," katanya.

Menurut Pusat Penerbangan (CAPA) iaitu antara sumber risikan pasaran paling dipercayai di dunia untuk industri penerbangan dan perjalanan -- AirAsia adalah jenama syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia Tenggara.

Jika dilihat, mandat Khazanah adalah mengembangkan kekayaan jangka panjang Malaysia, untuk meningkatkan nilai pelaburan secara mampan selain melindungi modal kewangan yang disuntik ke dalam dana.

MAB misalnya telah diswastakan pada 2014 yang menyaksikannya mengeluarkan sejumlah RM1.38 bilion untuk membeli baki 30.6 peratus yang tidak dimilikinya.

Ini merupakan sebahagian daripada pelan penstrukturan semula utama Khazanah bernilai RM6.2 bilion untuk memulihkan MAB yang sebelum ini dikenali sebagai MAS.

Malangnya, penularan pandemik Covid-19 telah menghentikan "momentum baik" dinikmati MAB yang turut dijangka berterusan pada 2020.

Kerajaan secara terbuka telah berusaha mencari rakan strategik untuk syarikat penerbangan itu sejak tahun lepas dengan lima cadangan telah diterima pada awal tahun ini, tetapi Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mendedahkan syarikat tersebut.

Oleh itu, bagaimanakah masa depan Malaysia Airlines? Apa yang pasti, kini terpulang kepada Khazanah untuk memutuskannya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
YOU ARE A GREAT WAY TO FLY...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
aku baca news smlm, khazanah lg minat nk fokus pd Firefly
maybe firefly will be the new official nation airlines
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik aku kenapa khazanah lgi suka FF dari MAS..MAS ni da lama kot jdi penerbangan rasmi Malaysia..mmg btul MAS ni byak perabihkn boreh tu pn sbab mismanagement org2 atasan tapi rasa sayang klu khazanah xnk take over MAS..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 11:11 PM | Show all posts
mcm tak biasa plak.

jual je la mcm proton jual ke geely.
pastu cepat2 buat la citer dap bakar mesjid.
...settle.


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 11:25 PM | Show all posts
orang dah kata tukar uniform stewardess takmo buat


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2020 12:31 AM | Show all posts
firefly tak pernah pon low cost airline.

reporter dgn org dia interbiu ni kedua2nya sekolah ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara itu Glc vumiputra UemSunrise diarahkan bailout Ecoworld kompeni Cina selet. Tahniya lar gomen Mulayu isele PN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 16-10-2020 12:31 AM
firefly tak pernah pon low cost airline.

reporter dgn org dia interbiu ni kedua2nya sekolah ke ta ...

Tu pasal aku benci nengok PC yg melibatkan wartawan Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
jika tiada MAS habislah KLIA, sekarang pun dah sendu banyak kedai tutup
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 08:56 AM | Show all posts
Nak tutup dah ke? Dah lah sepanjang hidup belum pernah fly dengan MAS lagi. cedihnye idop
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 09:01 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 16-10-2020 05:57 AM
jika tiada MAS habislah KLIA, sekarang pun dah sendu banyak kedai tutup

sgt sedih ok keadaan KLIA skrg ni..gelap...suram...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
siputpepel replied at 16-10-2020 08:56 AM
Nak tutup dah ke? Dah lah sepanjang hidup belum pernah fly dengan MAS lagi. cedihnye idop

Alaa emm skrg la masanya sebelum dah takda nanti.

Takleh g oversea jelaa tapi nak terbang ke sabah sarawak pun takleh gak skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 15-10-2020 11:11 PM
mcm tak biasa plak.

jual je la mcm proton jual ke geely.

sarcastic nye u hehehe.. cerite cine mabok langgar org balik masjid pun dah cukup
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 10:00 AM | Show all posts
memang MAS dah lama jadi national punya syarikat penerbangan
TAPI lama juga la .. MAS ni duk rugiiii je ... skandal sini .. skandal sana ....
nak salahkan PKP pun mcm weird sangat ....

sebb dah berapa kali dah MAS ni diselamatkan ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 10:03 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-10-2020 09:52 PM
aku baca news smlm, khazanah lg minat nk fokus pd Firefly
maybe firefly will be the new official na ...

Harap jangan. MAS adalah kebanggan negara..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
xyah lah nak sayang2, sentimental bagai kalu asyik beban je.. iols kalu gi overseas x kisah pun x naik MAS..I cari yg lebih murah..haha..Turkish Airlines pun best je..mmg la cabin crew kita ramah..i admit..tapi flight gi London tu pun, bukannya sepanjang 13jam tu cabin crew nak serve kita..2-3 jam pertama n 2-3 jam akhir je pun diorg layan pax..so,org malaysia takyah nak fefeeling sentimental sgt la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
firefly mahal.
x sesuai low cost airline.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:26 AM | Show all posts
kesiannya kat staff2 dorg.. apa la nasib..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:27 AM | Show all posts
mejaputih replied at 16-10-2020 08:01 AM
sgt sedih ok keadaan KLIA skrg ni..gelap...suram...

penuh hantu je skrg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.108284 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list